Tuesday 27 August 2013

Takkan Boleh Sama Lagi

Assalamualaikum.

Well, haritu nampak Baby update status.


Auch!
In my face kot. Rasa macam kena lempang sekali. 

WHAT IF I AM NOT MY BEST FRIEND'S BEST FRIEND?

Hmm.

Ada orang cakap, tempoh masa tu tak penting dalam kita nak nilai siapa kawan siapa lawan. For me, a friend and a best friend dua perkara yang berbeza. Lain sangat. Once dia jadi my best friend, maksudnya dia tu lain daripada kawan-kawan yang lain. 

I have to admit, aku kenal dia bukan macam aku kenal budak-budak lain. And for a period of time aku tak pernah kenal siapa dia in reality. But there was a day, yang Allah pertemukan jodoh kami, so aku jumpa dia. Masa tu, entah ya. Even first time jumpa, bagi aku rasa kekok tu almost takde. Aku rasa gembira. Jadi diri sendiri aje.

As the time flies, kami masing-masing sibuk dengan urusan pelajaran. Tapi okay je. Sampai satu masa, aku yang berubah dulu. Aku yang terlebih perasaan. Makan hati pada perkara yang takde kena mengena dengan aku. Memang tu salah aku sendiri. Tak dapat nak dinafikan. 

Tapi sebenarnya, aku sentiasa rindukan dia. Entah dia tahu entahkan tidak, aku sendiri tak pasti. 

Dan lepas tu, rupanya Allah masih panjangkan ukhuwah kami. Alhamdulillah, aku tak hilang friendship ni lagi. Terima kasih jugak sebab sudi maafkan aku, sebab sudi terima aku semula sebagai kawan baik kau.

Aku tahu aku yang salah. Tapi kan, aku buat macam-macam untuk samakan rasa tu semula. Kita jumpa, kita on the phone, kita text, kita bergelak, kita mengusik, tapi rasa tu tetap lain. Tetap tak sama.

Kalau kau tanya aku pasal life kau, mesti aku tak tahu nak jawab apa kan.
And kalau aku pun tanya dekat kau pasal life aku, pasal sakit aku, mesti kau pun takde jawapan kan.
Sebab kita bukan kita yang dulu.

Mungkin tu balasan sebab aku tak jadi kawan yang baik.
So aku kena terima lah kalau kau pun layan aku macam ni.
Aku tak marah kau. Sungguh, tak marah.

Cuma aku terkilan.
Terkilan dengan diri sendiri.
Tak apalah.

Macam kertas, sekali kertas tu renyuk, kita masih boleh ratakan kertas tu semula. Tapi kesan garis renyuk tu tetap ada kan, sama ada jelas mahupun samar.

Mungkin pada mata kasar kita masih kawan baik.
Tapi pada mata aku, kita sekarang cuma kawan. Itupun kalau kau rasa aku layak untuk jadi seorang kawan buat kau.
Dan aku tahu, sebenarnya pada mata kau pun, kau nampak perkara yang sama, kan?

Dah lah. Benda dah lepas pun.
Aku tetap sayang kau, sebab sekali aku letak rasa sayang untuk kau tu sebagai kawan baik, rasa tu akan selalu lebih daripada kawan-kawan aku yang lain.

Nanti first time kau masuk universiti kan.
Jaga diri. Jaga sahsiah. Jaga prestasi.
Aku tahu kau pandai.

Be well.
Aku sayang kau. :')


No comments:

Post a Comment