Tuesday 27 August 2013

Takkan Boleh Sama Lagi

Assalamualaikum.

Well, haritu nampak Baby update status.


Auch!
In my face kot. Rasa macam kena lempang sekali. 

WHAT IF I AM NOT MY BEST FRIEND'S BEST FRIEND?

Hmm.

Ada orang cakap, tempoh masa tu tak penting dalam kita nak nilai siapa kawan siapa lawan. For me, a friend and a best friend dua perkara yang berbeza. Lain sangat. Once dia jadi my best friend, maksudnya dia tu lain daripada kawan-kawan yang lain. 

I have to admit, aku kenal dia bukan macam aku kenal budak-budak lain. And for a period of time aku tak pernah kenal siapa dia in reality. But there was a day, yang Allah pertemukan jodoh kami, so aku jumpa dia. Masa tu, entah ya. Even first time jumpa, bagi aku rasa kekok tu almost takde. Aku rasa gembira. Jadi diri sendiri aje.

As the time flies, kami masing-masing sibuk dengan urusan pelajaran. Tapi okay je. Sampai satu masa, aku yang berubah dulu. Aku yang terlebih perasaan. Makan hati pada perkara yang takde kena mengena dengan aku. Memang tu salah aku sendiri. Tak dapat nak dinafikan. 

Tapi sebenarnya, aku sentiasa rindukan dia. Entah dia tahu entahkan tidak, aku sendiri tak pasti. 

Dan lepas tu, rupanya Allah masih panjangkan ukhuwah kami. Alhamdulillah, aku tak hilang friendship ni lagi. Terima kasih jugak sebab sudi maafkan aku, sebab sudi terima aku semula sebagai kawan baik kau.

Aku tahu aku yang salah. Tapi kan, aku buat macam-macam untuk samakan rasa tu semula. Kita jumpa, kita on the phone, kita text, kita bergelak, kita mengusik, tapi rasa tu tetap lain. Tetap tak sama.

Kalau kau tanya aku pasal life kau, mesti aku tak tahu nak jawab apa kan.
And kalau aku pun tanya dekat kau pasal life aku, pasal sakit aku, mesti kau pun takde jawapan kan.
Sebab kita bukan kita yang dulu.

Mungkin tu balasan sebab aku tak jadi kawan yang baik.
So aku kena terima lah kalau kau pun layan aku macam ni.
Aku tak marah kau. Sungguh, tak marah.

Cuma aku terkilan.
Terkilan dengan diri sendiri.
Tak apalah.

Macam kertas, sekali kertas tu renyuk, kita masih boleh ratakan kertas tu semula. Tapi kesan garis renyuk tu tetap ada kan, sama ada jelas mahupun samar.

Mungkin pada mata kasar kita masih kawan baik.
Tapi pada mata aku, kita sekarang cuma kawan. Itupun kalau kau rasa aku layak untuk jadi seorang kawan buat kau.
Dan aku tahu, sebenarnya pada mata kau pun, kau nampak perkara yang sama, kan?

Dah lah. Benda dah lepas pun.
Aku tetap sayang kau, sebab sekali aku letak rasa sayang untuk kau tu sebagai kawan baik, rasa tu akan selalu lebih daripada kawan-kawan aku yang lain.

Nanti first time kau masuk universiti kan.
Jaga diri. Jaga sahsiah. Jaga prestasi.
Aku tahu kau pandai.

Be well.
Aku sayang kau. :')


Thursday 22 August 2013

Aku Terima Cabaran Tu!

Rabu. 21 Ogos 2013.
Hari yang macam-macam, aku rasa lah. *taktahu nak buat ekspresi apa. -_-

I went back to SMKSD untuk sahkan dokumen for degree purposes later. Well, masa Foundation dulu guna khidmat Ketua Kampung aje but as haritu dah jenjalan dekat sekolah, kan jumpa GPK Pentadbiran jugak and yah, I got this in return.

“ Kenapalah tak datang sekolah aje bagi cikgu sahkan? Awak susah-susah jumpa Ketua Kampung semua macam dah tanak balik sekolah lagi dah.”

Eheh. Hambik kau.
Pasal tu yang untuk degree ni aku pergi sekolah. Hehew.

So tadi pergi dengan Amira, Salleh and Shamil. Konon nak pergi reramai before masuk degree next week tapi biasalah kan janji melayu. Tiba masa dia, masing-masing senyap tanpa berita. Hmm.
Oh oh ni eksaited nak cerita!


Tadi I pergi tengok board dekat dewan. Yang ada list pengetua, Ketua Pengawas and Penolong Ketua Pengawas yang pernah ada dekat sekolah ni.

KP & PKP :D


nampak tak nama kitew? lol
tapi salah eja. -..-
mencik mencik !

namaku kini hanya sejarah.
haih.
Dah namanya pergi sekolah of kos le jumpa cikgu balik kan. Wahh, seronok! Sumpah seronok jumpa. Tapi tadi pun ramai cikgu yang takde. L

I got bumped into Pn. Chan, our counselor. Masa sekolah dulu ada la sekali aku buat sesi dengan dia. Masalah jiwa kronik gila ah that time. Haha. As she’s a Chinese, memang biasa cakap omputeh la kan. Sama la jugak cam tadi, cakap omputeh la kami.

Jap jap jap. Ain, kau ambik TESL kan? Apedehal nak cakap omputeh? Lek ahhh.
Hamboi, sape piker cengghitu tu meh nak ketuk kepala dia sikit. -..-

Masalahnya, family I bukan jenis yang bilingual punya tongue. Masa sekolah dulu pun jarangggg gila boleh speaking. Maklumla, masa tu tak berapa  nak matang. Takut sangat orang cakap kita kerek bila nak speaking in English. Kira if aku ada speaking pun dekat kampus jela. And do you know how long it’s been since I left my Foundation? Adalah 4 bulan kot. Haaaa, kan ke lama tu. Tapi nasib baik la tadi boleh gak berbual in English tanpa memalukan diri sendiri. Alhamdulillah. Hehe.

Pastu tadi ada Kak Ruqaiyah dekat office. Oh, rupanya dia jadi guru sandaran. Bagusnya tabur bakti dekat sekolah sendiri. Aku pun camtu ke nanti? Huuuu, taktau lah. Ehek.
Suddenly GPK Pentadbiran, Pn. Fariza panggil kitorang masuk her office. Dia mintak kitorang datang Jumaat ni. Buat apa? Jumpa dengan budak-budak yang nak exam besar ni. Both PMR and SPM students.
Leulz. Saya ni PMR tu Alhamdulillah  la cikgu Allah bagi rezeki lebih. Tapi SPM tu, tak cukup kot nak motivate bebudak ni.

PMR students ni kira kitorang punya last junior. Time aku form 5 dorang form 1. SPM? Time tu dorang form 3. Masalah aku sekarang ni kan, to be honest la ye, aku ni ada sikit allergic dengan budak 1996. Seriously, aku taktahu la pasal hape. Be them junior sekolah ke, budak kenal luar sekolah ke, kalau budak tu 1996, mesti ada je yang tak kena. Aku ada masalah dengan 1996 and biasanya dorang pun ada rasa tak best dekat aku. Kira takleh masuk ah.

So, the best part was,

“Okay, kamu berempat cover untuk budak SPM ya.”

LIKE WHATTTT?!!!!                              
                      
Okay, the thing is, bila aku jenjalan around sekolah tu and nampak nama-nama bebudak ni pun mood aku boleh berubah, ni pulak nak have a talk dengan dorang.

Fuhhhh. Ain Ain Ainnn. Breathe in. Breathe out. Chill.

Professional lah babe. Jangan campur urusan umum dengan masalah peribadi, dengan emosi.

Dah lepas agih topik tu, Pn. Fariza ajak kitorang borak-borak. Banyak rahsia yang dikongsi. I mean, rahsia untuk jadi a better student, macam mana nak cope dengan rakan sejawat masa dah kerja nanti. Sebab dia dalam field of education jugak, so banyak la yang boleh aku ambil kan. Ibu pun cikgu jugak tapi kira ni ilmu dari perspekftif seorang pentadbir sekolah. Ha, gittew :3

Let see cikgu apa yang I jumpa tadi. ;)

Cikgu Zaki

Cikgu PJ, Maths and Science yang sangat ohsem! Now cikgu dah jadi GPK Kokurikulum. Wahh, tahniah! :D

" Hah, kamu. Nak sambung ke mana pulak belajar ni? Good luck."

Timekasehhh cikgu! :D

Teacher Sofea Eaida

Teacher ni TESL graduated. One of Ibu’s bestie. Teacher dulu pun degree dekat UKM. Banyak la benda she shared pasal degree in TESL, pasal cara belajar dekat UKM. Yang paling best Teacher cakap
“ Last time, there was this one lecture who name ______. Kalau masuk kelas dia kena pakai gincu. Wajib. Sebab dia suka student pakai gincu, bermake-up. Tapi tak tahulah dia ada lagi ke tak masa awak ni.”

Err. Hopefully dia takde dah la teacher. Leceh ah nak bermake-up bagai ni. Haish. Ade gak lecturer gitu  
-.-             
Btw thanks Teacher! :D

Cikgu Jarina

Jeng jeng jenggg. Boleh cakap semua pernah kena dengan Cikgu Jarina ni. Aku pun pernah kena. Dulu, masa first time diaa masuk kelas menggigil kot tangan aku baca doa. Haha, sengal betul. Entahla, bagi aku marah-marah, tegas, jerit cikgu ni semua ada baiknya. Cuma kita je yang tak terbukak mata hati lagi. Ha, sape yang buat muka bajet tu? Aku tak heran ah. Betul, aku okay je dengan Cikgu Jarina ni. Nak cakap ape cakap ah.

“ Buat betul-betul ijazah ni. Jangan hampakan harapan semua.”
Insyaallah cikgu J

Cikgu Jusoh
Haa, ni cikgu Kimia aku. Dua tahun uolls I belajar dengan dia. Tapi apakan daya, I takde chemistry dengan subjek Chemistry tu. Hahah. Acano? Nasib baik tak sangkut paper time SPM haritu.

“ Ha, kamu sambung TESL lagi ya? Nanti degree TESL ada sentuh sikit pasal kimia ni.”

Tahu dah cikgu ni gebang aku je. Mana lak TESL ada masuk Chemist kan. Tapi disebabkan I dah selalu kena provoke, kena gebang dengan cikgu Jusoh ni since form 4, so otak tu macam percaya aje apa yang Cikgu Jusoh ni cakap.

Aku ni pun kategori sengal plus blur plus senget sikit kan. Sempat la percaya sesaat dua yang TESL nanti ada sentuh kimia jugak. Tak ke sengal tu? =.=

Cikgu Khidzir

Taraa, ni cikgu Sejarah aku zaman lower form. Tapi tetap rapat sebab Cikgu Khidzir ni jugak one of guru pengawas and lepas tu meja Ibu kira dekat je dengan meja Cikgu Khidzir ni. Kira kalau aku tunggu Ibu habis kelas ke, meeting ke, kekadang lepak dengan cikgu ni. Hehew.

“ Ehh, lama betul Cikgu tak jumpa awak lah. Nak masuk degree dah ya. Selamat lah ya Cikgu ucapkan. Belajar elok-elok. Jaga peribadi dekat tempat orang nanti.”

Insyaallah, Cikgu. Terima kasih :’)

Ustaz Sapuan

Tak pernah dapat belajar dengan Ustaz ni. 5 tahun memang belajar dengan Ustazah. Best je Ustazah ajar, lagi senang kan sebab sama perempuan. Tapi, Ustaz ni, lembut sangat. Tenang je kalau dengar Ustaz mengajar ke, bercakap ke. Paling best tu kalau Ustaz lead solat hajat atau bacaan Yassin. Allah, sedapnya. :’)

Orang graduated dari Mesir kan. Lain la sikit caranya. J Tapi tadi tak sempat nak cakap lama dengan Ustaz. L

“ Nak buat ijazah dah? Subhanaallah, sekejap betul ya masa berjalan.”

Hehe. Ye ustaz J

Cikgu Ismawaty

Sukaaaaa dengan Cikgu Ismawaty ni :D Cikgu ni salah seorang yang selalu jumpa dengan Ibu sebab Ibu kan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Seorang yang sangat lembut, cantik, baik.

“Ainnn, lamanya tak dengar cerita. Sihat tak? Ni berseri semacam ni ada apa-apa ke? Bila nak bagi kad jemputan dekat cikgu ni?”

Ihikss. Cikgu ni buat I blush aje lah. Hehe.

Cikgu Khairi

Aha, ni cikgu yang jugak jiran aku. Dekat je rumah. Hehe. I tak belajar pun dengan Cikgu ni sebab masa upper form elektif aliran sains ada Biologi dengan Lukisan Kejuruteraan. And cikgu ni ajar LK. Me budak Bio. Eceh, bangga le sangat -_-

“Hah Ain, lama sungguh tak nampak. Berkurung dalam rumah aje dia.”

Well, I kan budak baik cikgu. :3

Cikgu Shaifuddin

Tak pernah belajar dengan cikgu ni. Tapi selalu jugak la selisih and borak dengan Cikgu Shaifuddin ni. Lagi satu, sebab dulu aku Co-Editor untuk majalah sekolah and cikgu ni cikgu majalah.
“ Ke mana nak buat ijazah ni? Oh, selamat lah dekat sana tu.”
Yep cikgu. Terima kasihh :D

Ustazah Sarina

Pernah belajar dengan Ustazah ni masa lower form dulu.

" Buat degree dah? Baik-baik ya."

Thanks ustazah! :)

Cikgu Zamilah

Ha, cikgu BM jugak ni. Tapi masa form 2 cikgu ni ajar aku Geografi. Kira sama dengan Ibu lah. Major BM, minor Geografi.

“ Eh Ainn, apa khabar awak? Amboi, makin sihat sekarang.”

Haha. Iye cikgu, saya memang tengah dalam mood makannn aje sekarang ni. Hehew :3

And ya, jumpa Cikgu Zamilah ni dekat dewan sekolah. Dewan baru tu. Zaman aku dulu tak siap lagi dewan tu. Cikgu Zamilah ada program motivasi ke apa tah dengan budak PMR. So aku tunggu luar dewan. Pastu dengar suara cikgu lain.

Hm. Macam kenal. Siapa ya?

Oh. Cikgu Fakhrul Razi. Cikgu ni pernah datang bagi motivasi dekat my batch. Ibu selalu cerita pasal cikgu ni dulu. Kira baik la Ibu dengan cikgu ni. Cikgu ni kira junior Ibu lah. Sama-sama guru cemerlang Bahasa Melayu. Dulu dekat SHAH, Pekan and now pindah SMKSD. Ingat tanak jumpa sebab I don’t think he knows me.

Then Cikgu Zamilah cakap,

“ Ini anak arwah Kak Hasnah.”

Muka dia terus berubah.

And he said,

“ Ibu awak dulu selalu cerita pasal awak. Ibu awak tu dulu orangnya baik sangat. Cikgu masuk sini pun kira isi kekosongan yang Ibu awak tinggalkan lah.”

Subhanallah. Ibu, orang yang Ibu anggap adik ni sudahnya ganti tempat Ibu dekat sekolah ni. Cikgu ni masih gunakan ilmu yang Ibu pernah kongsi sama-sama bu. :’)

Cikgu Mahmud

Ha, ni pun kauselor jugak. Cerita pasal cikgu ni, biarlah budak sekolah kami aja yang tahu.

" Wah, masih sambung TESL kau? Baguslah. Mak kau dulu BM. Kau sekarang BI."

Jangan pelik, memang ni style cikgu ni.
Btw, thanks cikgu :)

Cikgu Zazana

Tak pernah belajar dengan cikgu ni. Tapi Cikgu Zazana ni kira yang rapat dengan Ibu. I even pernah pergi bercuti sesama dengan family Cikgu Zazana ni, :)

" Kirim salam family ya Ain. All the best buat degree."

Thanks cikgu :)

Ustazah Nabila

Tak pernah belajar dengan Ustazah ni. Tapi, Ustazah ni lembut, lembut sangat. :)

" Baik-baik buat ijazah nanti tau."

Okay Ustazah! :D

Itu yang sempat bertegur lah. Yang tak sempat berborak sangat macam Cikgu Sharifah Dalilah, Cikgu Zuraidah.

Cikgu Nazran dekat hospital. Admitted katanya. Ustazah Faridah MC. Cikgu Wan Suhaida keluar pulak. Cikgu Marini ada kelas rasanya.

Nama kelas pun dah berubah. Yelah, pengetua baru. Cara tadbir sekolah pun barulah kan.

Well, harap-harap I’ll do my best jumaat ni.
Oh Ain, jangan tengok muka budak tu.
Jangan. Jangan.
-___-

Ha, balik tu singgah Jaya Gading. Lepak tempat doluw-doluw. Hehe
Apa lagi, makan leee :3
ABCCCCC :)

port feveret ni. :P

blogspot ni konfem dengki tau.
asal makanan sume takleh rotate -..-








Sunday 18 August 2013

THE PASAR :D

It’s Sunday people! Hari minggu. Hari yang biasanya stok lauk pauk semua dah licin dekat dalam fridge. Hari ni jugak lah ramai orang keluar pagi-pagi untuk cari bahan makanan segar.

Ehem.

Hari yang indah sudah semestinya dimulakan dengan sarapan yang enak lagi mengenyangkan. Hehew. Makan lagiiii :D

Sebab kita nak keluar beli barang japgi, so kita makan dekat luar aje harini okes. I had nasi minyak for my breakfast. Yeler, nak makan nasi minyak majlis sendiri taktahu lagi bila sampai seru kan, so kita cekik jela nasi minyak orang. Ehek. And I minum teh tarik! Yipeeeee! Such a perfect diet Ainnnnnn -.-


Tadaaa ~

asal letak gambar nasi je dia tanak rotate.
haih -.-

see the foam?
omomomomo <3

As the perut pun sudah la kenyang, kita pun ucap Alhamdulillah sebab ada rezeki and masih berpeluang untuk mengisi perut dengan nikmat makanan macam ni. J

So our next destination is PASARRRRR *eksaited doe!

Aku pun taktau la bila last aku pergi pasar ni. Pasar malam tu ada jugak pergi. Ni aku cakap pasal pasar pagi, pasar tani, pasar basah tu. Sebab rasanya asyik beli barang dekat mini market, dekat kedai runcit, dekat supermarket, hypermarket.

Kalau masa tinggal dekat Bentong dulu every Sunday morning ikut Ibu pergi Pasar Besar Bentong. Awesome gilaaa masa masuk section ikan, ayam semua tu. Dengan lantai dia basah so boleh main skate lepas tu kena marah dengan Ibu sebab langgar orang. Haha. Dengan rasa penuh keterujaan tengok macam-macam jenis and saiz ikan. Besar, kecik, sedang semua ada. Yang hidup, yang dah habis nyawa, semua ada. Tengok orang buang sisik ikan dengan high speed, orang siang ikan, orang belah ayam. Wahhhh, hebat betul ah dorang. Laju gila buat kerja tapi tak cedera langsung.

Dekat pasar jugak lah Ibu ajar jenis-jenis ikan, jenis ayam, jenis sayur. Nampak tak sesi pengajaran dan pembelajaran telah berlaku secara tidak langsung di situ oleh Cikgu Hasnah? Memang beliau seorang guru dan ibu yang aku memang takkan jumpa pengganti dalam dunia ni. :’)

So tadi beli ikan, beli ayam, beli sayur, beli buah.

Cuma beza sekarang aku guna duit sendiri. Aku dah reti pilih lauk yang segar. Hehe. Terima kasih bu ajar orang dulu. J

To those yang dah lama tak jejak kaki dekat pasar, pergi lah. For sure korang akan rasa seronok. :D
Tapi kalau yang memang jenis tak pernah pergi pasar tu, just give it a try. It’d take you to a new world. To a new dimension of life. Cewah. Haha.

Dah la. Aku pun dah siap jenjalan dekat pasar tadi.

So now nak rehat sebab lepas ni nak masak. Lepas masak kita buat apa?

Kita makannnn :P

Saturday 17 August 2013

Nak Nasi Ayam!

Sebenarnyakan, daripada hari tu kan, lepas dua tiga kali lalu depan My Chicken Rice Shop tu kan, lepas tengok iklan My Chicken Rice Shop tu dekat tv kan, teringinnnnn sangat nak makan nasi ayam. Tanak nasi ayam buat sendiri. Tanak nasi ayam yang biasa makan dekat warung tu. Nak nasi ayam My Chicken Rice Shop!

Okay, sila lempang saya sekarang. Gedik betul nak nasi ayam. Demand pulak tu nasi ayam ada brand bagai. -.-

Maka planning hari ni ialah keluar beli barang sikit untuk degree nanti. Stationary, toiletries dan yang sewaktu dengannya. Konon-konon nak lunch dekat My Chicken Rice Shop tu. Maka apabila diri ini, yang sedang mengidam ini terlihat akan restoran tersebut yang tersergam indah, timbullah perasaan yang sangat teruja.
Ayat pun dah macam ayam sebab duk teringin nasi ayam sangat. Haish.

Tapi, pelik jugak sebab takde orang pun duduk dekat meja restoran tu. Aku pun pergi la usha dekat sikit.

SORRY, THE RESTAURANT IS RESERVED FOR ECM.

WEHHHHHH !!                                                              

Tak aci ah ceni. Nak buat jamuan or hape ke pergi la buat tempat lain. Tak kesian ke dekat insan yang nak makan nasi ayam macam aku ni. Tak dapat lah aku makan nasi ayam My Chicken Rice Shop harini. Kecewa. Sedih woo. Sobs sobs. T.T

Pastu Kak Ngah tanya nak makan mana kita ni. Hmm. Jalan jalan terstop depan Laksa Shack.  Nak masuk, tanak masuk? Tak pernah masuk pun restoran ni. Takpe ah, kita try yep.

Tengok dia punya menu tu, then I saw Ice Blended Cappuccino.

CAPPUCCINO tu wehhhhh! Semalam dapat VANILLA. Harini dapat CAPPUCCINO pulak. Ehek ehek. Hilang kejap kuciwa tak dapat masuk My Chicken Rice Shop tu. Tambah pulak ada menu nasi ayam jugak dekat situ. Tapi aku nak My Chicken Rice Shop punya nasi ayam. -..-


So I sudah semestinya minum Iced Blended CAPPUCCINO. Hehew. Rindu sebenarnya nak minum CAPPUCCINO biasa aje. Iced blended ni kan likat sikit. Kalau yang biasa tu senang je aku minum. Teringat zaman buat asasi. Macam yg dekat DC Uitm Shah Alam tu. Hari-hari aku labur duit dekat kedai tu beli iced CAPPUCINO .



I makan set Nasi dengan Ayam Masak Lemak Cili Api as lauk tu antara my feveret. Eheh. 



Dia ada side dishes jugak. Served with plain soup, papadom, kerabu taugeh, otak-otak and telur dadar. Oh yes, aku langgar pantang makan telur hari ni. Memang now tengah tanggung akibat la ni. Dah naik gatal dekat kulit dah. Lepas tu dah terasa dah biji-biji yang tak diundang bertapak dekat muka ni. Haih. Makan lagi benda yang tak boleh makan Ainnnn. -__-

Kak Ngah makan set Nasi Kerabu dengan Ayam Percik. Dia punya side dishes ada keropok, kerabu taugeh, telur dadar and otak-otak. Angah minum Lemonade yang ada letak asam boi tu. Erk, aku tak boleh la minuman letak asam boi. Kacau rasa air tu aje. Tapi Angah cakap rasa dia refreshing. Aku minum, boleh la refreshing tapi kalau takde asam boi tu lagi bagus. Hehe. Lidah orang lain-lain :3

Tria makan set Nasi Ayam Halia. Hohoh. Nilah masa aku mencukai nasi ayam daripada budak tersebut. Kuikuikui. Jadi la dapat nasi ayam sesuap. Even bukan yang My Chicken Rice Shop punya. Kiranya takdelah kempunan sangat ke nasi ayam tu kan.

Iqa pulak dia share makanan aje. Bukan apa, budak ni tak makan banyak. Daripada membazir makanan better kita kongsi aje kan. Budak kecik ni minum ABC.

Ingatkan nak ajak Angah tengok The Smurfs 2. Iqa pulak sakit perut. Tak daya nak berjalan katanya. So? Pulanglah kami semua ke rumah.

Sebelum balik tu beli roti dekat Roti Boy. Beli 3 jenis roti pulak tu. :D

Aku memang bahagia dengan proses menggemuks kembali ni. Hehew. Nanti la dekat UKM kita diet semula yek. *tu pun kalau rajin. :P

Nanti nak keluar jugak makan nasi ayam dekat My Chicken Rice Shop tu! At least sebelum masuk degree. Nanti kat sana susah nak keluar awal-awal. Orientation la bagai kan.

Nak nasi ayam!



Friday 16 August 2013

Usrah Bersama Anak Kecil

Alhamdulillah. Seronok sangat rasa hari ni. ^_^


Kalau semalam dapat berjemaah dengan seorang aje anak saudara sebab yang seorang lagi tu prefer solat dengan ibunya, harini dapat solat dengan both of them.

Siti Nur Fitriah Aisyah Binti Kamarul Shamsul.

Siti Nur Jannahtun Asyiqah Binti Kamarul Shamsul.

tria & iqa :)

Actually tadi ajak dorang macam liat aje nak join. Biasalah, time maghrib kan cartoon best. Ehek. Kira ni first time la dapat solat dengan dua-dua orang ada sekali. Pujuk punya pujuk nasib baik nak join solat. 

So lepas maghrib tadi rasa macam nak tunggu Isya’ terus. Rasa macam malas aje nak bukak telekung semua. Daripada bagi bebudak ni keluar menghadap tv pastu lagi susah nak panggil solat semula baik duduk je dekat sejadah tu kan.

I pun tanya dekat dorang,

“ Kenapa tadi Acik ajak solat sekali tanak?”

“Ala, penat lah.”

“Malas la. Citer kat tv best.”

Hmm.

Then aku pun mula lah berusrah dengan my lovely nieces ni.

Macam-macam yang kami bincangkan. Daripada erti solat, umur diwajibkan solat, sampai lah ke cerita syurga dan neraka. Apa balasan yang ada di neraka sesuai dengan amalannya dan apa ganjaran yang ada di syurgawi kelak. Dengan cerita pasal titian sirat ibarat rambut yang dibelah tujuh tu.Ha tu antara yang dapat full attention dorang. Sebab dorang pelik gila macam mana manusia nak rentas jambatan sehalus tu sedangkan di bawah ada neraka panas yang menanti.

Rindu nak berjemaah dengan roommates masa Asasi dulu. Dengan Fiqa, dengan Mira, dengan Dibah. Kalau nak berjemaah laju aje ambik wuduk. Sapa lambat masuk bilik dia jadi imam. Haha. Apelah pemikiran masa tu. Tapi seronok, lepas habis solat terus duduk dalam bulatan. Buat usrah. Yang best, masing-masing kena bercakap. Even sikit. Lepas sorang pass turn pulak ikut circle tu. Ada salam-salam. Ada peluk-peluk. Ada sayang-sayang. Oh, rindunyaaaa. :’)

 Senang cakap kiranya banyak lah kisah-kisah yang kami bincangkan sementara tunggu masuk waktu Isya’ tu. Orang cakap nak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Alhamdullilah, Mcik Ain dorang ni ada sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama.

The best thing buat usrah dengan budak kecil ni, minda dorang bersih lagi tau. Bukan macam kita yang dah banyak tercemar dek kekotoran duniawi ni. And dorang sangat rajin bertanya. Kira bukan one-way-communication lah. J

Sampai masa nak solat Isya’ pun bebudak ni nak dengar cerita lagi. Seronok, katanya. :’)
Takpe ye sayang, nanti Acik sambung lagi ya. Kita sama-sama cuba bergerak ke arah yang lebih baik ya. :’)

Insyaallah. :)

VANILLA OREOOOOO!!

Haritu jenjalan dekat Carrefour. Then ada nampak one rack of Oreo biscuits. Usha punya usha nampak ada Oreo yang pelik sikit. Lain daripada yang lain.

Usha kejap,
Ohho, Golden Oreo rupanya.
Special punya fillings sempena 100th  year of Oreo.

Tahu takkkk,

Biskut dia tu atas bawah perisa VANILLA and dia punya cream dekat tengah pun VANILLA jugak.

Awhhhh, macam dah terasa-rasa dah VANILLA tu dekat lidah.

Tapi terlupa nak beli haritu. Sedih betul. T.T

Tapi tadi Kak Ngah beli biskut tu! Perisa tu! Yang rasa VANILLA tu!

Omomomomo!

Wangi betul bau biskut tu. Of course le, bau VANILLA yang sweet itu. Sedap betul rasa biskut and cream tu. Tak lain tak bukan, sebab dia rasa VANILLA lah. :3

Seronoknyaaa dapat makan VANILLA harini :D

Thanks Angah :*

Nanti beli lagi ya. Lagi baik kalau buat set sekali dengan CAPPUCCINO or apa-apa jenis COFFEE lah.

Hehew.

chenta hati #1

chenta hati #2
Wewewewe~
Bahagiaaaaaaaa :D

<3 <3 <3



The Lonely

Because I just love this song so much :')
The words.
The melody.



2 am, where do I begin
Crying off my face again
The silent sound of loneliness
Wants to follow me to bed.

I'm a ghost of a girl that I want to be most
I'm a shell of a girl that i used to know well.

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again.

Too afraid to go inside
For the pain of one more loveless night
But the loneliness will stay with me
And hold me till I fall asleep.

I'm a ghost of a girl that I want to be most
I'm the shell of a girl that I used to know well.

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again.

Broken pieces of 
A barely breathing story
Where there once was love
Now there's only me and the lonely.

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you?
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and the lonely in
To take my heart again.





Mirae Kiroro :’)

Semalam 8 Syawal, ada orang datang bertandang ke rumah.

She’s  Nur Amira Hafiza Mohd Hisham.
Or me called her Mirae Kiroro. Pengaruh lagu Jepun dulu la sebab femes sangat. Hehew.

Lama gilaaa weh tak jumpa budak ni!
Last jumpa dia sebelum aku masuk asasi kot. Or to be exact, 2 bulan sebelum aku masuk asasi. Masa tu dia siap bagi a bouquet of roses lagi. Wahhh, bunga feveret! Ada lagi bunga tu, aku keringkan. Well, aku kan suka simpan barang. Sentimental value la konon. Eheh. Kira setahun lebih dah. Masing-masing ada komitmen bila dah masuk asasi, masuk matriks. Aku pulak hidupnya nomad. Mana lah nak bertemu jodoh dengan si Mirae ni. Haish.

So semalam kami pun berjumpa lah. Eksaited uolls! :D

Even pernah ada krisis, dia still one of my bestie masa sekolah. She’s my setiausaha dalam Badan Pengawas. Nama pun kawan kan. Tak sah la if tak pernah selisih faham kan. :’)

Mirae pulangkan novelsss yang dia pinjam. Oh my bebeh novel, come back to mami. Wehoooo :3

Pastu kitorang pergi mini market cari lauk basah untuk lunch. Seronok tahu cari barang masak dengan girl friend. Terasa masing-masing dah besar. Dah kena masuk dapur bagai. Buleh nikah dah ni mek. Hailaaa, nampak tak kegatalan di situ? Astaghfirullahalazim. Hee J

Then balik rumah semula, Mirae pun start la apply PTPTN dia. As aku dah siap, kira aku tolong guide dia mana-mana yang tak faham la. Sambil buat tu kitorang share cerita dalam setahun lebih ni. Wahh, banyak betul yang aku terlepas pasal dia. And banyak jugak yang dia terlepas pasal aku.

Cerita punya ceritos, perut pun sudah lapar juga la amma. Ayuh le kita memasak. Lauk simple je, ikan kembung masak sambal dengan kangkung goreng. Tengah-tengah makan tu tetiba budak ni tercekik tulang ikan. Haih, nasib baik tulang tu berjaya menuruni oesophagus beliau. Phew! Alhamdulillah :) 

Best kot lepak dengan Mira. Dari pagi sampai ke petang.
Banyak benda kita cerita, kita kongsi, kita tukar pendapat.
Thanks untuk semua tu. :’)
And aku harap kita sama-sama dapat selesaikan apa yang kita bincang tu. Insyaallah J


Oh ya, thank for the chocolate even choc tu ada nuts. Adoi. Takpelah, macam kau cakap, aku makan choc dengan buah tu aje ye. If jumpa kacang, buang je. Hehe.


By the way, Mirae Kiroro ni masih tak dapat terima kenyataan yang dia dah nak masuk 20 tahun depan. Mentang-mentang lah u slim, u kecik, sempat berangan nak jadi muda sentiasa yep.

Perasan betul lah. -_-
Haha.

Welcome back to blogger weh.
Cepat buat entry baru.
I'll be waiting ^_^

Thursday 15 August 2013

Midnight Craving

Dah malam. Takde la 12 tengah malam pun. Tapi semua orang dah masuk bilik, tidur. Dekat luar semua lampu dah bertutup, gelap, sunyi.

Dan aku elok atas katil menghadap lappy.

Aku lapar. Betul,tak tipu. Lapar. T.T

Tapi cuak nak pergi dapur. Pastu tetiba aku dengar orang bukak lampu, bukak kipas, bukak tv kat luar.
Ha, aku tau dah. Ni konfem si Ami yang melepak tengok tv ni. Sementara tengah ada orang dekat luar la kena manfaatkan peluang untuk mencekik. Hehew.

So I opened up the door. Dia pandang aku yang tersengeh macam kerang busuk kat tepi pintu.

“ Kau apesal?”

“Weh. Aku lapo la weh. Tadi takde orang kat luar. Ni kau lepak boleh ah aku makan jap.”

“ Ler. Tak cakap. Aku pun lapar gak ni. Ain, masak nasi goreng kampung weh. Teringin ah.”

“ Ah, cekadak pulak kau ni. Aku nak cekik maggie je. Tak kuasa aku nak masak. Kau nak, kau masak ah.”

“Ala, aku mana reti masak. Kau masak la. Boleh makan jugak. Ikan bilis ada, belacan ada. Masak la Ain.”

eh budak ni, aku tengah kebulur banyak pulak songeh dia -,-

“ Hm. Masalah sekarang ni, aku tanak makan nasi. Kau tau tak dah pukul 11.40 ni. Kau nak aku makan nasi pastu tido? Oh nonono, nehi nehi. Kabhi nehi. Plus, aku tak boleh makan ikan bilis, makan belacan. So buat ape aku nak susah-susah masak if aku tak makan kan.”

“ Ala Ain. Tolong la. Aku tanak makan Maggie. Aku nak makan nasi.”

ei ei ei dia ni kan. mencabar kelaparan aku sungguh la. ada aku makan jugak budak ni kang.

“ Camni la. Kau masak eh? Aku ajar kau masak.”

“ Hmm. Kau sedia la bahan dia. Nanti aku masak je.”

“ Dei thambi! Boleh pulak kau nak negotiate dengan aku kan. Tanak tolong kang, kebulur padan muka.”

“ Yelah yelah. Apa nak pakai ni?”

Hehew. Best rasa dapat kalahkan lelaki. Sanggup tu, demi perut dia. HAHA

“ Okay, kau nak bilis kan. So mesti la kena ada ikan bilis. Belacan tayah ah. Japgi aku bersin bau dia. Herm, bawang, kau amik seketul ni jela sebab kau je nak makan kan. Ha, ni ada lagi ayam masak kicap tadi, boleh la pakai.”

“ Dahtu nak masak cemana ni?”

“Kau amik nasi, gaul dulu bagi dia lerai pastu letak tepi.”

“ Tayah letak garam terus?”

“Boleh je tapi better tayah. Takut kau lupa nanti kau letak dua kali, darah tinggi terus. Ehek.”

“Oh, bawang ni?”

“Bawang tu kau kupas pastu kau hiris sikit. Panaskan minyak, tumis bawang dengan bilis dulu. Pastu masuk ayam. Tapi carik dulu la ayam tu. Pastu masuk nasi kau tu, kacau. Masuk garam, kacau lagi. Tadaaa, siap!”

“Oloh, leceh gila. Nasi goreng aje pun.Takpe ah, aku makan Maggie gak la.”

Leulz. Buat penat je aku ajar tadi. =.=

Maka, makan la kami dua sepupu di tengah malam buta. Elok sangat la, cekik Maggie dengan ayam masak kicap, air susu untuk make sure kenyang pastu air kosong.


Haha. Bagussss sangat. -,-

Tapi apa yang bestnya, sebab this guy tak reti masak. So bila tahap kelaparan dia dah cengghitu, boleh la buli kejap.

Best wo!

>.<

Wednesday 14 August 2013

Better?

Harini aku ditugaskan oleh Kak Ngah untuk bawak anak dia pergi jumpa barber. Eceh, ditugaskan tu. Heheh. As sekolah nak bukak dah tak lama lagi kan, kena la kerat rambut bebudak ni. Serabut kot nak dengan rambut panjang and tebal untuk bebudak sekolah ni.

Act, I do have my favorite hair dresser. Tapi masalah dia jauh. And we have no transportation. Haih. So pergi jela kedai yang dekat dengan rumah tu.

Lepas dah serahkan kepala bebudak ni dekat Aunty tu, aku pun mula lah berburakss dengan Aunty dan anak-anak beliau. Sebabnya anak dia sorang tu sebaya aku and the other one is junior aku.

Aunty : Haiyaa wa manyak lama tadak nampak sama lu la amoi. Mana lu pigi juga?

Me : Saya study la Aunty.

Aunty : Oh. Lu study mana meh?

Me : Itu Shah Alam sana maa. Uitm.

Aunty : Oyaya. Saya tau itu Uitm.

Me : Sekarang I sudah habis belajar. Itu pasal ada sini.

Aunty : Oh. Okay okay. Wah, lu sudah gumuk sikit meh.

*haish aunty ni, isu sensitip ni jugak dia nak cakap -,-

Me : Hailoo. Mana ada sikit la Aunty. Ini banyak gemuk la.

Aunty : Haiyaa, tadak apa la amoi. Ini sudah okay maa. Dulu itu lu datang manyak kurus. Tadak lawa meh.


Ceit, dia menggalakkan aku gemuk ke hapeh ni? o.o

Waaaa!

Seteresss ambe. Telinga ni bila dah dengar ada orang cakap elok macam ni mula la dia nak berkomplot dengan hati cakap suruh teruskan lagi perusahaan ternakan lemak-lemak tu.

Ayoyoyo =.=




Tell Me Why

I took a chance, I took a shot
And you might think I'm bulletproof, but I'm not
You took a swing, I took it hard
And down here from the ground I see who you are

I'm sick and tired for your attitude
I'm feeling like I don't know you
You tell me that you love me then you cut me down
And I need you like a heartbeat
But you know you got a mean streak
Makes me run for cover when you're around
And here's to you and you temper
Yes, I remember what you said last night
And I know that you see what you're doing to me
Tell me why

You could write a book on how to ruin someone's perfect day
Well I get so confused and frustrated 
Forget what I'm trying to say

I'm sick and tired for your reasons
I got no one to believe in
You tell me that you want me, and push me around
And I need you like a heartbeat
But you know you got a mean streak
Makes me run for cover when you're around
Here's to you and your temper
Yes, I remember what you said last night
And I know that you see what you're doing to me
Tell me why

Why
Do you have to make me feel small
So you can feel whole inside

Why
Do you have to put down my dreams
So you're the only thing on my mind

I'm sick and tired for your attitude
I'm feeling like I don't know you
You tell me that you want me then cut me down

I'm sick and tired for your reasons
I've got no one to believe in
You ask me for my love then you push me around

Here's to you and your temper
Yes, I remember what you said last night
And I know that you see what you're doing to me
Tell me why

Why
Tell me why

I take a step back, let you go
I told you I'm not bulletproof
Now you know

Fearless.


"To me, fearless is not the absence of fear. It’s not being completely unafraid. To me, fearless is having fears. Fearless is having doubts. Lots of them. To me, fearless is living in spite of those things that scare you to death. Fearless is falling madly in love again, even though you’ve been hurt before. Fearless is getting back up and fighting for what you want over and over again..even though every time you’ve tried before, you’ve lost. It’s fearless to have faith that someday things will change. Fearless is having the courage to say goodbye to someone who only hurt you, even if you can’t breathe without them. I think it’s fearless to fall for your best friend, even though he’s in love with someone else. And when someone apologizes to you enough times for things they’ll never stop doing, I think it’s fearless to stop believing them. It’s fearless to say ‘’You’re not sorry’’, and walk away. I think loving someone despite what people think is fearless. I think allowing yourself to cry at the bathroom floor is fearless. Letting go is fearless. Then, moving on and being alright..that’s fearless too. But no matter what love throws at you, you have to believe in it. You have to believe in love stories and prince charming and happily ever after"

                                                                                                                                   - Taylor Swift

Tuesday 13 August 2013

'Cause munching is sooo good!


Hah.

Tulah perangai dua beradik tu. Membuli diriku yang sweet ini.

Ehhh? Ok, tak sabit. =.=

Kira malam tu ada Mak Long, Ami, Kak Ngah, Tria, Iqa, Kak Uda, Abg Hafiz, Balqis, Hijaz and me. Abg Sham aje takde, dah balik Jb. Biasa masak untuk sikit-sikit aje, ni hambik kau. Pastu sepupu sepapat ni request nak menu special pulak. Haih, banyak korang punya special. My rumah, my selera lah. Haha.

Tapi aku consider jugak la makanan feveret anak-anak buah terchenta tu kan. Tekak teringin nak makan gulai. Kira okay la tu since Balqis pun suka masak lemak cili api tu. Pastu Tria nak cendawan celup tepung. Angah nak sayur campur.

Ha, buleh le tu kan.


Nasi daun pandan, masak lemak cili api ayam or gulai ayam, sayur campur, cendawan goreng, puding milo susu, sambal kicap, air ribena, air strawberi, air kosong.

Habis semua lauk yang I masak. Alhamdulillah. Tak membazir :')

Tapi part sayur tu agak overcooked. Tu padah dia masak sambil nyanyi. Over feeling sangat. Ha ambik kau. -,-

Best kot makan ramai-ramai macam tu. Lepas tu these kids main bunga api pulak, oh meriah.

The best part was, masa makan tu Abang Hafiz panggil. Ingat dia nak anything ke, nak cakap makanan lebih masin or tawar ke.

" Ye Abg Hafiz, kenapa? "

" Ain, suami mana ni? Masak dah kira lepas dah ni untuk perut suami."

Wuwuwu.

Seorang lelaki bergelar suami kasi komen tu.
Hehe. Alhamdulillah.
Thanks for that.

Suami? 
Insyaallah. Tak lama lagi.
Doa-doa lah ya. :)


Itu cerita haritu. Ni cerita malam tadi. 

Angah ajak pergi Secret Recipe. Ohho, dah lama mengidam nak makan sana. Ada orang nak payung ni teramatlah bahagia rasa hati beta. Wuwuwu. 

I makan Cordon Bleu Chicken with fries and sweet corn dengan Iced White Coffee with white chocolate topping.

Uhhuuuuu! Nikmat gila dapat coffeeeee! Dah lama kot pantang tak minum. Haish, sentiasa peberet hatiku la kopi ni. :*

Angah makan Fish & Chips with fresh salad, Red Velvet Cake dengan Apple juice with celery. Cake tu sedap! Air tu, rasa saderi kuat kot, hilang rasa epal hijau tu. Btw, still refreshing :)

Iqa makan Frutilicious Cake dengan Oreo Blended. Cake yang just nice tahap kemanisan dia. Lembut aje tekstur dia. Melt in mouth. Omomomo, nikmat betul makan :3

Tria makan Burger Set. Air sama macam Iqa. Mak Long makan spaghetti. Hadoi, aku muak dah makan spaghetti ni. Haha.

Sambil tunggu makan sampei, main enpong jap.
Busan ler. I tak reti nak buat faces macam bebudak sekarang ni. Ni cubaan menggedik yang entah hape-hape. 

*sila scroll laju-laju -___-

faces #1 


faces #2

So conclusion dia, aku seronok menggemuks semula.
Haihhhh.

-,-






Monday 12 August 2013

Empat Raya

Hari ni Kak Ngah and Kak Uda buat rumah terbuka. Dorang mintak I tolong masak sekali. So ingat harini nak tutup pintu rumah aje la sebab nanti nak siap2 pergi rumah Mak Long. Sekali dah siap mandi semua tiba-tiba Abah balik. Eh eh eh, bukan balik sorang. Ada pulak rombongan dari Pekan nak beraya kat rumah aku. Nasib tu sedara jugak, so layan kan aje le.

Then Hazwani text. Jemput dia buat open house dalam pukul 2 gitu. Aih, saya ni mana ada transport nak bergerak. Ni la susah bila rumah tercampak jauh dari kengkawan. -,- Then Munirah pulak tanya nak pergi ke tak. Nak pergi. Nak join rumah si Nek Wani tu punya open hauss. Sodeh botoi den. T.T

Oh ya, sambil tunggu nak pergi tolong masak tu, perut aku sendiri dah buat konsert mintak makanan. Oh, I need food! Usha fridge, lauk ada ayam, ikan, daging. Hmm. Ikan lah. Let see, oh, ada keli. Mau masak apa ya? Keli goreng berlada? Yummy!

It was my first attempt with this cat-fish. Normal bila kita fry ikan dia meletup sebab minyak panas kan and the possibility untuk dapat parut2 chantek itu amat tinggi. TAPI aku tak sangka masak keli ni macam pergi volcano. Api kecik aje. Sumpah dia punya meletup kuat gila, dah tu jauh pulak tu jarak minyak tu meletup. Cuak aku masak. Habis jauh berdiri. Masa nak balik-balikkan ikan tu I saw gelembung minyak ready nak boost dekat me. Ala-ala slow motion gittew. Tetiba dia meletup! Ohmagashh! Palingkan muka anda! No, aku bukan risau takut muka buruk kena minyak panas. Ok, tu tipu. Mesti la risau, nama pun perempuan kan. But aku takut kalau kena mata macam mana? At least kulit boleh letak minyak, cream. Tapi mata? 

Dah siap lunch tu Bella mesej. Dia cakap dia nak datang, sekali dengan Hazwani and Salwani. Fuyoo, tuan rumah yang buat open house datang rumah aku. Terbalik pulak. Padahal aku tak pergi pun open hauss itu. Wuwuwu, terharu siot! Sayang Nek Wani! Muah muah kisses dari Cucu mung. Hehew. :3

Ha, pastu Bella cakap dia bawak adik dia. And Khery dengan Iman nak ikut. Khery? Haha, second round la dia datang beraya ni. :P Yeahh, jumpa Iman raya ni! Haha, eksaited aku. Biasalah, siapa tak suka jumpa kawan lama kan. Ehek, lama le sangat. Ihikss.

Aku duk tungtangtungtang kat dapur sambil tunggu bebudak ni. Then ada pulak nampak motors motorsss depan tingkap. Hailaaa, budak ni dah masuk pagar ghopenye. Memang rumah sendiri betul. Haha. Bukak pintu, oyeh nampak muka Khery dulu. Pastu ada Shamil. Ehh? Second round jugak. Leulz. 

Then aku nampak one guy in pink shirt, macam Azmeer. Tapi, asal macam lain sikit eh. Sapa eh? Tengok balik, ohhh. Nazrin. Nak buat cemana, first jumpa masa form 4 pastu dia blah pulak masuk MRSM kot. Ni jumpa balik, patut la macam kenal. Heheh.

I was looking for Iman actually. Nampak tak eksaited gila wa nak jumpa lu, Man. Hahaha. Then ada pulak myvi putih datang. Park dekat selekoh rumah. Tu kalau kena sagat dek mat rempit tu free aje calar balar kereta lu. Lahh, miss Bella Halim. Ecece, dia drive lah. Haha. Bawak rombongan uolls.


walaweh orang tu drive! XD


ghombonge cik bella. haha

yeah baby, abg Iman sudah masuk, dia jadi co-driver ;)

"beraya dgn bini"
caption iman dekat fb.
panasss!
lol :P
Dah minum-minum sikit, Khery berhajat nak main chair massage. Cewah, berhajat gittew! Haha. Main le budok. Guna jela. Tak kisah pun :)

segan le kununn -,-
 Masa tu Shamil dengan Iman duk melepak kat depan tv. Senyap aje budak berdua ni. Ohho, no wonder la. Tengok badminton match. China vs Indonesia. Pergh, senyap tak berkutik langsung. Melampau sungguh. Dah tahap abah aku dah tu, bukak chanel cenggitu, senyap teruih. =.=

Iman pulak bermanjee nak charger la, nak ash tray lah. Takpe takpe. Raya kan, kita layan kan aje kehendak mereka. Eheh.

I would say that Salwani ialah model untuk hari ni. Dan Iman pulak jadi photographer tak bertauliah. Haha. Tak caya? Jap.

that's what im tryin to say.
Hall of fame.
Hall of sweet Wani.
^_^
Oh ya, dekat rumah ada dua biji kusyen ni. Heart-shaped cushions. Biasa memang itu jadi sasaran orang datang rumah. Normally ze gegurls and le kids lah. This time, ada jugak yang melekat rupanya. Hahaha.


happy girls are in loveeee :*
Le guys ni cheq taktau la paseipa yang dok qajin nau kuaq masuq toilet. Tapi ada one scene tu masa si Shamil pi toilet semua orang berpakat untuk tukar chanel. Sebab dia yang tengok badminton match tu. Iman tu bukan hardcore sangat pun tengok that match. Haha.

So bila dia keluar, semua dah tengok movie. Cerita Gengster. Haih, dah senyap pulak dah bebudak ni dapat movie. Orang nak snap gambau. Hadoi la -,-

Takpe la, japgi gamba reramai. Kita ambik gambar personal dulu. Hehew.

driver and co-driver for today.
or, shall I say
mama and papa?
kehkehkeh.

bella ajak iman buat gwiyomi.
err -__-
class monitor.
assistant class monitor.
hoi rindu nak panggil gitu wehh!

nek wani dan enpong beliauu
introducing, Nazrin.
the one in pink shirt :)
yang tepi tu,
oh, abaikan aje. XD
boleh plak si iman ni senyum elok.
maniss gittuw!
heheh
tuan rumah yang berseluar aje =.=
OPOCOT!
tekezut mak~
>.<
ni le oghang buat open hauss. dia sanggup turun sini.
muah muah ke Nek Wani.
nenek i yg selalu vogie de vaz <3
iman tak puas hati.
:P

dia nak fly UMS tak lama lagi.
jeles nyaaa!
nak jugak belajar jauh jauh!
T.T
dorang dua-dua WANI :D

si nyamuk aedes lagi -,-
baju peberet lettew.
hehe
peace!
tengok tuuu!
dengan aku tanak sengeh pun.
siapalah akuuuu
*feel sedeh sikett :p
nicely fit :)
tu posisi orang tgh sedap melepak.
haish -,- HAHA
aku sayang dia. jangan tanya kenapa :3
friendzone yeee?
ala, comel betul budak berdua ni :)
Snap gamba kat luar rumah jap. :)

harmony je aku tengok warna dia. hehe
sorang lagi. hehew
bunga pulak dahhh.
ade pulak abg motor entepremm. haha
three ^_^
kepala aku yang teleng or
camera yang senget?
o.o
Nazrin cakap dia buat huruf M. -,-
aku nampak Wani aje buat lep lep.
haha
omg, i lost my hand!
leuls =.=
pendeknyaaaaaa :(
chenta hatiiii :*
Haa, kitorang ada gambar kelas tau. Cewah, feeling sekolah lagi kan. :P

sekolah?
oh takpe, kami dah habis.
IHIKSS <3
free #1

free #2

free #3

Habis dah gambar.
Actually aku cari gambar aku berdua dengan Khery. Tapi tak jumpaa.
Takde jodoh le tu. Hehew.

Muni, Teha, sorry takde gamba korang. Lain kali bagi gamba yang dah snap tu kat aku, boleh aku masuk sini. Ihiks.
Mira, lai lai raya rumah aku. Aku lama dah tunggu nak jumpa kau ni.

Selamat Hari Raya.

Thanks datang rumah. :)