Friday 10 February 2017

Okay tak hari pertama praktikal?

Assalamualaikum.



10.02.17 – Hari untuk melapor diri sebelum secara rasmi berpraktikal 13.02.17, Isnin nanti. Kisahnya  kami dari UKM lima orang, sekolah pulak dalam 15 minit perjalanan, tak campur dengan kereta punya banyak atas jalan raya tu lagi. Maka bangunlah semua orang pukul 5 pagi siapkan apa yang patut pastu pergi lah sekolah.



Rombongan UKM ni ada 2 orang TESL, teacher lah mudah cerita. Sekolah kitorang ni pulak ada 2 sesi. Masa kat rumah haritu lagi aku dah fikir, macam mana kalau kitorang diasingkan. Tapi fikir balik, eh tak kot… Tapi tulah orang kata, gerak hati jarang salah.

Masa lapor diri tu jumpa orang pejabat, jumpa GPK Pentadbiran, jumpa Pengetua. Ala benda-benda biasa tu. Lepastu ada satu list nama keluar. Maka semua orang pun check lah dapat sekolah sesi mana, pagi ke petang ke. Dan…



Semua sesi pagi, aku sorang sesi petang. SEORANG.

Okay fikri tu petang dia tak kira sebab dia main sukan sea jadi dia takde lah gittew.

Sesi petang pukul 11 lebih dah kena ada kat sekolah. Habis mengajar pukul 6.40 petang. Nak berjalan balik bilik guru, nak kemas barang nak itulah nak inilah, adalah lebih kurang dalam pukul 7 malam keluar dari sekolah. Malam tu basuh baju lipat baju BUAT THESIS sediakan barang nak mengajar esok lagi. Pagi bangun awal kemas bilik, siapkan makanan, acah tidur jap sebab penat, gosok baju apa semua lagi, JUMPA SUPERVISOR THESIS pastu 11 lebih terpacak kat sekolah. Ulang tiap hari. Sampai bulan 6 nanti. 

Kau rasa? Hahahahahaha bye.

Pengetua kitorang tu orang yang berwawasan. Dia tahu apa dia nak. Dia tahu hala tuju nak bawa sekolah tu ke mana. Sekolah tu lawaaaaaaa. Besarrrrrr. Surau dia masuk pertandingan surau tercantik kebangsaan rasanya. Perpustakaan dia wakil Selangor untuk perpustakaan tercantik. Ada akademi bola sepak sendiri, akademi badminton, silat cekak hanafi semua. The best thing is, setiap toilet dia berkunci. Kira dijaga lah. Pengetua pulak ada idea baru, untuk buat toilet ada tema sendiri. Nak toilet moden? Okay masuk sana. Nak toilet ala-ala style Bali? Okay masuk sini. Dia pun bawalah tukul besi ke sana ke sini, ketuk mana yang patut. Nak duit buat renovation? Takde masalahhh. Katanya lah.




Okay kembali ke persoalan kita.

Cemana hari pertama praktikal, okay tak?

Perkataan pertama : exhausted. 

Penat weh merayap sana sini. Serius cakap, jaga makan je pastu pusing lah sekolah ni. Insyaallah, habis praktikal nanti kurus. Hahaha. Pastu biasalah kan jumpa semua orang senyum, tegur, salam. Kenalkan diri. Oh saya Ain. Dari UKM. Ambik TESL. Saya dapat sesi petang. Nak panggil siapa ya? Oh Puan.. Oh ha okay okay saya panggil kak je ye *gelak sopan sikit. 

Ha kau ulang skrip dengan aksi yang sama tu tiap kali kau berhenti jumpa orang. Haha. 

Perkataan kedua : serius laaaaaa.

Sebabnya satu, aku seorang tercampak petang. Tapi since dah terpacak pagi kat sekolah and kawan lain semua pagi takkan nak balik tinggal dorang kan. Pastu kena tunggu orang sesi petang masuk untuk settle kan urusan aku.

Sebab kedua, bila dapat sesi petang maksudnya aku ajar bebudak kecik form 1 tu ha. Sekarang kan sistem baru kat sekolah. Sistem KSSM, lagi susah kot. Dimulakan dengan tingkatan 1 bermula tahun ini yang mana maksudnya...

Buku teks baru. 
Novel baru.
Antologi baru.
Silibus baru ah senang kata. 
Pendekatan baru (21st century learning).
CARA TULIS BUKU REKOD PUN BARU.

Kau kenal buku rekod tak? Alaa yang tebal kulit keras cikgu kau bawak sana sini tu. Haaaa benda tu. Kau tau tak benda tu kena buat tahunan, bulanan dan harian. Okay aku anak cikgu so benda tu tak pelik ah bagi aku, dari kecik tengok. Pastu masuk asasi, masuk degree pun belajar jugak.

Tapi sekarang ni. Bila sistem baru tingkatan 1 ni ibaratnya apa aku belajar 3 tahun setengah kat degree UKM ni tak guna pun dalam praktikal. Kau tau kenapa. Sebab kena ikut sistem baru. Kena mula dari kosong balik. Baca segala nota baru, hadamkan, fahamkan, dalam tempoh sehari setengah sebelum mula mengajar isnin ni.

Sebab ketiga. Cikgu English sesi petang yang betul-betul cikgu bi ada seorang je. Dia lah penyelia aku. Yang cikgu bi lain semua bukan cikgu bi. Tapi mengajar sebab tak cukup cikgu. Kenapa tak cukup cikgu lepastu anak saya belajar dengan guru yang bukan asasnya bahasa inggeris lah? Em..malas nak kupas. Tu isu lain. Haha.

Dan penyelia aku bakal cuti dalam masa seminggu dua. Cuti bersalin. Maka aku pun sengsorang lah tak ada penyelia. Tak ada cikgu bi yang bebetul cikgu bi. Lagi pulak, aku kena design pelajaran untuk bebudak ni dengan gaya teknolgi. Gittew hahaha. Pastu lagi best, saya kena buat soalan exam pertengahan tahun. Katanya takpe awak buat dulu nanti baru refer ketua panitia ketua bidang. Kalau salah? Em. Awak buat lah baru. :) :) :)

Sebab keempat, Sekolah ada program baru untuk mantapkan English bebudak semua. Bengkel dan kelas tambahan setiap Sabtu. Guru praktikal TESL diwajibkan hadir. Kesimpulannya apakah? Saya bekerja tanpa elaun 6 hari seminggu (dan kena siapkan thesis bahaginyaaaaaa). Maka terpaksalah cancel nak keluar date dengan Madihah. Padahal janji lama dah. Itu kawan baik. Pun tak terlayan. Nasib bujang lagi. Emm.

Tak. Aku bukan tak puas hati. Rasanya otak terkejut ni. Yelah cuti 3 minggu duduk rumah masak, makan, kemas rumah. Tu je. Tetiba balik UKM tak sampai 24 jam kena camni. Hahaha. 

Okay je kot nanti insyallah. Lama-lama dah biasa tak rasa apalah kan. Cuma harapnya penat apa semua nanti moga kurus lah. Bukan main seronok duduk rumah tak bersenam langsung ha.

Satu benda aku suka pasal sekolah ni budaya dia. Dia terapkan budaya 5 minit membaca Quran setiap hari waktu pertama pembelajaran. Pastu dalam jadual pun ada slot untuk pelajar solat dhuha, setiap hari. Pastu Jumaat tu macam biasa lah, yassin dengan solat hajat beramai-ramai. Nice kan? Tiap hari baca quran dalam kelas sebelum belajar pastu ada stop untuk dhuha. Moganya 4 bulan kat sekolah ni melekatlah nanti amalan tu kat diri aku pulak. 

Tu je kot untuk first day. Nasib baik tak pakai kasut tinggi. 
Penat oi.





Saturday 21 January 2017

Bila lagi?

Assalamualaikum.

So, it has been months since my last entry here. Okay lupakan kejap nak catch up cerita apa semua tu, harini I wanna share something specific.

“Ain bila lagi?”

Straight to the point, soalan tu bukanlah merujuk kepada bila aku nak habis belajar. Instead, soalan tu merujuk pada bila aku nak tamatkan zaman bujang. Senang cakap, kahwin.

Rasanya cepat atau lambat memang semua orang akan dapat soalan ni jugak kan. Cumanya kalau macam aku, soalan ni dah ditanya sejak aku umur 19 tahun. I am currently 22 years and 3 months old, and yes, masih lah menghadap soalan tu.

Apa je yang belum buat. Diam sudah, senyum sudah, menjawab pun sudah. Tapi biasalah orang kita, mana mungkin akan berhenti. Nanti, kalau dah lepas itu pun akan ada soalan-soalan lain yang menyusul. Faham sangat dah.

Kalau tak ada angin tak ada ribut pun boleh orang bertanyakan soalan tu, apatah lagi bila ada majlis bertunang dan kenduri kendara. Kau rasa?

Entah ya. Mungkin sebab aku anak tunggal kot. Masing-masing membayangkan oh nanti mesti majlis nak buat besar-besaran kan. Ain kan sorang je, banyaklah duit boleh guna untuk meraikan ye tak. Sedara mara pun tak sabar nak tengok Ain nikah, Ain naik pelamin, tak sabar sangat nak tengok Ain ada teman hidup.

Ye. Tahu niat yang bertanya tu baik. Tapi..

Hidup ni tujuannya bukan untuk nikah semata-mata tau. Tipu kalau kata aku takda rasa nak bernikah. Tipu kalau kata aku tak cemburu langsung bila tengok kawan, lebih lagi kawan yang sebaya dah ada suami, dah anak, dah ada keluarga sendiri. Tipu, semua tu tipu.

Aku ni belajar pun belum habis. Thesis pun baru siap separuh, itupun entah banyak ke sikit ke pembetulan kena buat nanti belum tahu lagi. Belanja pun masih lagi bergantung dengan abah walaupun ada kerja sambilan. Tu belum kira mana nak bayar balik ptptn tu ha. Kemahiran pun belum semua yang betul-betul pandai lagi. Insyaallah lah nanti suami tu tidaklah mati kelaparan, rumah pun tidaklah macam tongkang pecah tapi still…jadi isteri bukan itu je. Banyak benda lagi kena sedia. Emosi lagi, rohani lagi, fizikal lagi, ekonomi lagi. Komitmen pada diri sendiri, tanggungjawab pada keluarga pun banyak lagi.

Bagi yang dah lepas mesti cakap alaaaa alasan je semua tu. Kau kena ingat Ain, ikut islam rezeki tu datang lepas nikah. Bukan tunggu rezeki dulu baru nak nikah. Kau kata tanggungjawab, kalau kau nikah pun tetap kena jalankan jugak. Lagi best, kau dah share tanggungjawab tu, takdelah sorang-sorang.

Okay taknak gaduh dengan orang yang dah selamat. Sebab apa? Sebab jalan kita tak sama. Cerita kau dengan cerita aku lain. Ujian kau dengan ujian aku lain. Jadi kita masing-masing tak ada hak nak judge keadaan orang. So dia jadi macam pointless, buat penat je.

Lepas tu, soalan kedua cenggini bunyi dia,

“Dekat UKM tu takde ke dapat sesiapa? Luar UKM pun boleh jugak awak cari ha. Baik cari cepat, nanti dah habis belajar susah tau nak dapat dah”

Serius, aku taktahu lah ideologi mana yang korang ikut sampai boleh berpegang dengan statement tu. Kalau tak fikir hormat, eii rasa nak ketuk ketuk je kepala tu, bagi memikir tu biar logik sikit. Tayah desperate sangat doh. Kau sembang oh nikah tu bagus oh nikah tu sunnah tapi kau macam tak percaya takdir, macam tak yakin dengan janji Dia.

Aku bukan jenis yang official kan something. Well obviously I’m talking about relationship here. Jenis aku, cukup untuk aku dengan dia tahu hati masing-masing, jelas dengan rasa tu. Berkawan, dalam masa yang sama kita menjaga lebih sikit daripada kawan biasa. Mudah-mudahan, kalau ada rezeki ada jodoh, nikah. Simple.

Itu cara aku. Ada orang dia tak boleh macam tu. Munafik katanya (hiks maafkan saya) sebab kau acah macam tak ada apa apdahal kau bercinta jugak. Bahaya katanya bila kau tak letak nama pada hubungan tu sebab apa-apa jadi, kau nak claim apa pun tak boleh. Sebab kau cuma kawan biasa. Risiko tinggi sebab hati orang berbolak-balik. Janji setia, kasih sayang dia semua tu boleh hilang macam tu je.

Well..macam aku cakap tadi. Setiap orang ada cara masing-masing.

Aku pun dah taktau aku merepek apa sebenarnya ni. Elok kiranya kita berhenti setakat ini haha.

Semoga urusan kita dipermudah, walau apa juga sekalipun.
Tahniah kepada yang dah selamat ataupun yang bakal melangsungkan tu, rezeki korang sampai awal. Gerak dulu kay, insyaallah ada rezeki nanti aku follow belakang hee :3