Friday 14 March 2014

Terpaksa.

Assalamualaikum.

Tak keterlaluan rasanya kalau aku cakap sampai tahap ni aku dah penat. Cukup penat. Serik mungkin. Tapi masih terus dan terus dan terus memujuk, merayu.

Bukan.

Ini bukan tentang lelaki. Ini bukan mengenai hati.

Aku cuma penat.

Ibu.
Bella.
Aten.
Fina.
Madi.
Aila.
Yaya.
Adaa.
Raihan.
Ziha.
Leyqa. 

Tolong. Tolong pegang bahu ini. Tolong dakap diri ini. Sebab pelukan dari korang itu ubat.

Ya. Aku tahu. Ini bodoh. Cukup bodoh. Untuk meluah sakit di sini.

Tapi aku masih aku. Masih yang dalamnya belum benar-benar utuh.  Yang hatinya masih rapuh. Yang uratnya tidak kekar. Bukan, itu bukan aku.

Ini kisah janji. Ini perihal harapan yang diberi. Lalu dikecai sekelip mata. Terus dikutip, lantas digarap, dibentuk kembali menjadi angan-angan indah.

Bukannya tidak pernah aku alami sebelum ini. Bukannya belum pernah aku rasa sebelum ini. Menjadi ketua, dimainkan oleh anak jagaan itu suatu norma yang pasti.

Aku cuma di atas engkau sedikit. Aku juga masih di bawah insan lain. Masih menerima arahan. Masih menerima tugasan. Urusan kelas, perihal pelajaran, soal sakit lelah tubuh. Aku kira itu kita sama bukan?

Maaf. Maaf untuk berlaku sebegini. Memang yang teratas suruh lepas. Malah membenarkan kau lepas. Kau bebas. Jauh. 

Namun aku pilih untuk begini.

Aku tidak memaksa. Tapi aku terpaksa untuk memaksa.

Kau faham frasa itu?

Terus aku jadi manusia teruk. Manusia mementingkan diri sendiri. Manusia yang tidak ada toleransi. Yang tidak ada hati perasaan.

Kau cakap begitu. Mereka tunjukkan begitu. Lalu aku juga rasa begitu.

Hebat.
Sangat hebat bukan?

Untuk menjentik. Lalu menggoyahkan dalaman seorang insan. Psikolgi luar sedar mungkin?

Tak apalah. 

Kita ini pun tak lama lagi. Sebulan. Hanya aku minta sebulan lagi daripada engkau.

Kerna aku ini perempuan dengan janji.

Dan engkau sahabat yang melafazkan janji.

Aku cuma berpegang pada janji. Mahu mengajar diri sendiri, serta orang lain, bahawa janji itu bukan sekadar omong kosong. Mungkin bagi engkau itu biasa. Tapi bagi aku, itu sumpah seorang manusia.

Maaf.

Aku merapu lagi.

Aku penat.
Penat memujuk engkau. Untuk terus ada. Untuk terus bersama.

Aku lelah.
Berkejar urusan pelajaran, latihan, pembentangan, juga peperiksaan.

Mengejar jawatan? Mengejar nama? Mengejar markah tertinggi di bangunan usang ini?

Mungkin.

Tapi jauh di dalam hati.

Aku sendiri masih terikat pada janji.

Pada janji yang terlafaz dalam doa pada Tuhanku.
Pada janji yang aku lafaz pada Ibu.
Pada janji yang aku tawar pada Opah.
Pada janji yang aku cabar pada diri sendiri.

Untuk menjadi yang lebih baik. Yang terbaik. Yang menyinar hingga berkilau.

Kerna dengan tertunai janji-janji ini, aku ingin merebut perhatian dia. Kasih sayang dia. Yang tidak pernah aku rasa sepanjang umur ini.

Maka aku hidup. Demi janji itu. Demi impian itu.

Dan kerana itu. Aku terpaksa untuk memaksa.

Dan kerana itu. Aku tetap perlu berdiri.

Mandiri.
Walau sendiri.