Friday 19 July 2013

Case Closed.

Rasanya kes video seorang budak perempuan tu dah jadi macam fenomena kan. Sekejap je tersebar dekat satu negara ni.

Aku nak tulis sikit pasal benda ni. Cerita lama? Cerita dah basi? Ehh, kisah pulak aku kan. Sukati la --'

To me, personally la kan, I don’t have any issue pun pasal cerita budak ni. Unless masa mula-mula tengook tu ada la rasa simpati, rasa kesian dekat dia. She’s just too naïve. Lepas tu orang kita pulak yang sangat bermurah hati nak bagi komen tu, Allah lah, tak beragak nak menulis pun. Even kau rasa annoyed ke, rasa pissed off ke dengan budak tu, mind your words la bro. Ni tak, kau pandai cakap budak tu tak matang la, apa la, tapi the way kau hentam budak tu, you guys just wow me. Sebab korang sangat matang. Dari segi word choices, dari segi attached picture dekat comment box tu. Bravo bravo! Tepuk tangan sikit ke awop2 demo ni. =.=

Then fasal that girl dengan that boy. They’re adik to me. Yelah, dah aku lagi tua kan, so dorang pangkat adik la. Adat la tersasar dari landasan. Entah2 first time jatuh hati kot. Tapi kalau ikut yg dekat web, video tu actually diprivate kan ke something camtu la. Pastu that boy suruh that naïve girl public kan semula. Dapat likes katanya. Bangga. Tapi masalahnya muka yang dalam vid tu muka si girl, bukan si boy. So boleh nampak tak betapa si boy tu telah mengeksploitasi si girl untuk dia dapat likes bebanyok. Nampak tak? Dalam masa yang sama, the one who gonna bear for all the feedbacks would definitely be the girl. Ada tak nampak any statement from the boy masa budak perempuan tu teruk kena bash? Ada? Takda kan. Dia senyap je. I tak cakap I salahkan that boy 100% pun. Budak perempuan tu pun ada jugak salahnya. Ghairah sangat nak share dengan satu dunia betapa awak sayang pelas kasih pelas chenta dekat budak tu. Sudahnya, kan awak jugak yang susah nak terima komentar orang, nak terima cemuhan orang.

Adik, adik. Fikir habis-habis dulu sebelum buat dik. Orang yang dah nikah 20,30 tahun pun kalau pasangan tu bukan jodoh sebenar dia, putus jugak ikatan dorang tu. Ni, bila dah jadi macam ni, kan susah.


Oh btw, dekat web ada pihak yang update cakap dorang dah putus. Sahih tak sahih tu idok le teman taunye yob. Ada lah tu sebab musabab jadi macam tu. Sudah-sudahlah kita jadi paparazzi, mamarazi, adikrazi, kakakrazi, abangrazi, or nama lain dia penyibuk halo rang. Budak tu dah habis, dah ah. Biar je. Kalau nak jugak, bagi constructive critism. Bukannya lagi hentam dorang cakap serves your right la apa la. Okay?

I rasa semua orang salah dalam hal ni. Cuma, kita masing-masing ada points nak tegakkan benang yang basah tu. Tak percaya?

# Budak perempuan tu salah.
- yeke? tapi dia Cuma nak ekspressikan perasaan dia  aje.

# Budak lelaki tu salah.
- sure? bukan dia explore macam mana nak dapat attention through social media ke? lol

# Public yang salah.
- kan ada pepatah cakap jaga tepi kain orang tu maksudnya kita ambil berat as masyarakat. *ye, tepi kain ja, toksah duk gatai masuk dlm kain tu -,-

# Aku pun salah, sebab jadi penyibuk gak tulis pasal dorang.
- laa, tula fungsi beloggg uolss. nak tulis anything yang kita nak. plus, blog I, sukati I lewss.

See? Semua orang ada alibi. Haha. :P


Senang je cerita dia. Masing2 ego. Tanak mengaku diri tu salah, tanak mengaku diri tu bizibodi. 
Ahakss.

Thursday 18 July 2013

Oh yes. Haih. -_-'


Maka aku agak lapar hari ini. Dan sesungguhnya, otak aku tak berapa nak stabil due to hunger. 

:')

It's actually a poem. A beautiful poem by a Hindustani. 

This was taken from a movie entitled Main Prem Ki Diwani Hoon. I don't know why but this is one of my favoritas. :D








Saturday 13 July 2013

Laporan : Second Reunion :D

Jumaat.
12.07.13 bersamaan 3 Ramadan 1434H.

Suatu perjumpaan semula antara bekas pelajar 5 Ibnu Sina telah diadakan di gazebo milik Cik Nabila. Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kedua dalam tempoh hampir 7 bulan daripada perjumpaan sulung mereka.

Tett!

Lama kan korang tak baca ayat skema cengghitu? Ehek. So, tulah reunion yang tak berapa nak reunion kita semalam. :P

I tought that there should be about 11 of us kan. Tetiba yang munculnya, tu, 8 ketui ja. =.=
Tema reunion semalam : Potluck style.

Ate, mari le kite menengok amende lauk dibawak bebudak ni.

Bella
- nasi putih
- tomyam campur
- sayur kacang
- puding jagung
-bandung cincau
-oren sunquick *yang ni aku buat! :D

Aine
- rendang ayam
-kek batik
Khery
- kuih kastard
- popia basah
- ais batu

Hazwani
-ikan masak masam manis
- air mineral *diet ais, memula je :P

Iman
-murtabak
- karipap
Salwani
-nasi ayam
-sup
- sambal
- ayam
Shamil
- ikan masak asam pedas
-air katira *tapi tak bukak, cesh -.-
Teha
- samosa

Aha, gitu le ghope yang bebudak ni cekik semalam. Ehek :3

Oh, since sehari sebelum jumpa tu dah keluar result Upu kan, and kitorang pun ada yang lepasan asasi, lepasan matriks so ada lah cotcet sekejap pasal tu.

Me – UKM
Mira – USM
Salleh – USM
Shamil, Ina – Taktauuu L
Bella – UMS. ober the sea budak ni pegi. Hehe

Pastu ape lagi eh kita buat semalam? Oh, layan anak buah Bella, Alisya yang ganaih and tak reti duk diam tu. Ohho, lepas tu main bunga api kejap. Main mercun kejap. Hehew :D

Aku ada satu masalah, actually la. Y’know, dialek Kelantan and Terengganu teramatlah susah nak melekat dalam kamus otak aku. Serius. 6 tahun lebih duduk Kuantan pun still tak boleh catch up lagi. Apatah lagi bila dah naik Shah Alam bagai kan. Hilang teruih le gamaknye. -,-
Semalam pun ada few words yang bebudak ni sebut. Amende tah. Couldn’t recall them. See, nyanyuk sungguh =.=

Kalau dah namanya reunion tu, tak sah le kalau tak bergambar kan. Aku rasa beratus jugak kot gamba kita snap semalam. Thanks to Hazwani, Iman and Salwani sebab sudi bagi fon memasing. Hehe. Ehh. Jap! Jap! Thanks to mak Hazwani jugak sebab Wani pakai enset mak die. Tingkiu makcik! Lawo camera nset mcik. Hee :3

Disebabkan gamba yang banyak, aku tak larat nak letak sebijik sebijik kat sini. Bukan ape, nanti penat korang kena scroll ke bawah. Nak cari gamba korang lagi. Nampak tak budi yang I tabur untuk uolls kat situ? :P

So, aku grid aje all the gambass semalam. Oh yes, aku jugak buat kategori. Senang nak ingat cerita kita semalam. Tudiaa, memori uolls. Rugi sapa tak join semalam wa cakap lu. Ehh? Haha XD

Kaum Adam dalam kelas kita dulu dah memang sikit, 7 orang je. Tapi semalam yang ada cuma 3 orang, haih. So, presenting..

# le boys.

yang kacaks, yang jambu, yang baik, yang sengal, yang gediks, yang memahami, yang annoying and most important, yang sangat protective. aceceh <3

IMAN AZAHAR
ketua kelas yang glamers uolls XD
penchenta wanita
MUHD SHAMIL MUSTAFAR
my Kp :)
penchenta wanita

ZULKHAIRI ANUAR ZULKIFLI
abe ngah :D
penchenta wanita

boiprengg. HAHA.

* err, anda nampak apa persamaan mereka ? okay. diam diam. ni rahsia kita tau. syhhh :P

# le girls.

yang chanteks, yang lawa, yang kiuts, yang banyak gosipss, yang banyak rahsia, yang banyak pendam rasa, yang baik, yang penyayang, yang garang, yang lawak, yang melatah and most important, yang memahami <3


NURUL NABILA ABD HALIM
my bestie <3
jiran sebelah meja dlm kelas :D

NUR FATIEHAH HASAN
the one and only girl yg amik LK :D
comel :)

SALWANI SIDEK
budak bomba yg manesss <3
dia baik :)

NURUL HAZWANI NORZANIMAN
my vogie da vass Nenek :*
very lovely :)

AINE-MAIZURIE ZAINAL ABIDIN
ni aku -.-
okay, tu aje XD

gelprengg. IHIKS.

Oh ye, apa jadi bila Inciks Inciks kita yang bertiga tu ketemu dengan Miss Miss kita yang berlima?
Hmm..

# feMale, cause behind every great man there's a great woman. :3

imangg da hot guy :P

nyamuk aedes berterbangan XD

tengok yg 2 atas tu.
ulat bulu dah naik daunnnn~ HAHA

# ni yang takde kategori. hehew.

tuan belog with all the pakwess pakwiss :D
ni dah kenapeee =.=
middle right : bapak bapak berbincang. :p
middle left : some of the FOODS!

maka, blog ini telah mengalami kejutan fius sebentar, tak boleh nak masuk gamba dah. haish. =.=
padahal ada sikit je lagi ni. takpa na takpa. kita buat episod 2. hehew.

Laporan : Second Reunion (Episod 2)

hola!

episod 2 here. =.=

okay, kita sambung untuk gambar yang takde kategori tu.

^_^

cute!
grid by bella :)

<3
aku sayang. sungguh. :)

hg tidoq ambik gambaq dgn ceq?
=.=
once friends, forever friends.
BIO-LK, '10-'11 

Hazwani balik dari Uitm Dungun untuk reunion ni.
Teha rush balik kelas dari Polisas untuk jumpa and makan reramai camni.
Shamil tinggalkan bisnes bazar ramadan Polisas untuk join kitorang kali ni.
Iman balik lepas habis kelas dari Icam, Pekan untuk sama-sama dengan kitorang semua.

Oh, thanks for your sacrifices. :')

To those yang tak dapat datang, aku faham. Korang ada class, kampus semua jauh-jauh, masalah transport, masalah kesihatan. It's okay. Ada masa kita buat lagi. Kita bukan ramai pun. 19 orang aje kan. :D

Just as you know, aku pergi asasi and yes, aku jumpa ramai kawan baru. Lepas ni insyaallah aku pergi ijazah pulak, jumpa kawan baru lagi. Tapi ingatan dekat korang tu tetap ada. Ada masa rindu, ada masa teringat kita gaduh-gaduh manja, gaduh-gaduh yang ekstrem, kita gelak sama-sama, ingat perangai sorang-sorang macam mana, i just...aku rindu. :')

4 Ibnu Sina - 5 Ibnu Sina 
Biology - Lukisan Kejuruteraan
2010 - 2011

in memories  ~












Friday 12 July 2013

La Tahzan.



Semua ini rezeki Allah SWT.
Aku gembira dengan tawaran itu. Sungguh.
Mereka juga sedang bergembira dengan tawaran masing-masing.
Ada juga yang gembira untukku. Terima kasih sayang.
Namun, aku seperti terdengar esak kesedihan.
Sepertinya aku terlihat garis sendu di wajahnya.
Sepertinya aku terasa erang kecewanya.

“Congrats ain!’’

“ Aku? Aku tak dapat mana-mana. Biarlah. Congrats lagi sekali untuk kau.”

“Weh, kau dapat uni yang kau mintak? Tahniah weh!”

“Hm. Aku dapat jugak. Tapi, aku tanak uni ni. Aku nak uni tu.”

“This is a failure.”

“Saya tanak cakap pasal ni dah. Cukup, saya tanak belajar dah.”

“Life is unfair. My life is so unfair!”

“Nak menangis kuat-kuat.”

“ Isn’t it sucks’’

Allah. Oh Allah.
Kawan-kawanku sayang. Ya Allah.
Aku membaca. Aku mendengar.
Aku juga rasa kesakitan, kesedihan, kekecewaanmu itu sayang.

Kuatlah sayang. Usah begini.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[2;216]

Kita tidak memilih. Allah yang memilih.

Allah bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.

Bersangka baik lah. :')


UPU. DEGREE. TESL. UKM. :D

Haritu asasi tutup tirai dalam 07.04.13 centu.

Lepas tu kami bercuti panjang. Menunggu untuk mendaftar program ijazah 02.09.13 nanti, Insyaallah.
Tudia, lama kan cuti kitorang? -.-

Tapi, 11.07.13, pukul 1200 ada announcement from pihak UPU.
Check la sesapa hat duk apply tu mai la pakat check dapat uni mana, kos apa. Hehew.

Maka aku pun dengan nebes, dengan eksaited, dengan cuak, hangkut le lappy pegi duk tepi kotak wifi tersebut. Tepat jam aku pukul 12, aku click nak bukak. Ohjeng, jam UPU lambat daripada jam aku. Fine. Takpa. Aku tunggu 15 minit. Bukak lagi.

Loading~
 Page error~
*harus le. satu Malaysia check. Of kos la line busy yedok. -.-

Nak tanya via sms aku tiada berkredit. Oh, tragis. Pastu pi dekat maklong, buat muka simpati jap, maka dapat la 5 hengget. Wehoo. *joget joget :3

Elok ja dapat reply daripada Upu, web pun boleh gerak. Ceit -.-

Lalu aku merenung skrin lappy. Tengok pulak screen taliponku.

Senyap. Otak sedang menghadam.

Ehh?


Betul ni?


Subhanallah. Masyaallah. Alhamdulillah ya Allah.
Syukran syukran syukran :’)

Aku doa siang malam untuk ini. Terima kasih sangat untuk rezeki ni. Bulan puasa pulak tu. Barakah of Ramadan. :)

Arwah ibu dulu guru cemerlang dalam bidang bahasa, dalam bidang sastera, dalam bidang geografi.
Ibu pernah cakap, Ibu bangga aku dapat warisi darah bahasa tu. Tapi ibu cakap lagi bagus kalau aku boleh guna bahasa lain jugak. Bahasa asing. Sebab tu ibu dedahkan aku dengan English, dengan Arabic since aku kecik lagi.

Tapi yang Arabic tu macam tak berapa nak lekat la. Hehe -.-

Orang dah mula dengan asasi, bu. Insyaallah lepas ni orang buat ijazah pulak. Scroll ijazah tu, itu impian Ibu kan? Insyaallah, kalau ada rezeki, tak lama lagi dalam genggaman, bu.

My infinity love to those yang  congratulates me.
I really need your du’a. I do need your support.
Aku tak tahu perjalanan ni macam mana nanti. Aku cuma ada sedikit ilmu untuk masuk ke alam tu. Alam ijazah.

May Allah ease the way.
May the victory be ours.

02.09.13
Bismillah..

Baby of July #2

Selamat sudah puasa sulung dan kedua untuk tahun ni. Aku sempat berterawih. Alhamdulillah, ada hikmah cuti asasi lama ni kan. :)


12.07.1994

NURUL NAZIHAH SHAMSUDDIN

THE LOVE. <3

Aku pun taktahu lah keadaan masa tu macam mana. Mesti kecoh kan nak sambut kau keluar. I bet mesti kau menangis wawawa punyalah time tu. Ihiks. Sorry babe, couldn’t explain much. Well, kau keluar awal 3 bulan dari aku kot. Haha :P

Well let see..  


                                                
Aku kenal kau dekat Skfas. Kelas 6 Aktif. Aku ingat lagi, time aku masuk tu aku duk belakanggg sekali *amboi, jauh benau.  Masa tu, horang tu pengawas, kita ni budak baru. Dia kawan dengan geng pengawas dia jaa. Tak nampak kita di sinun. Haha. Emo jap aku -_-

Aku pernah cakap dekat kau kan, kawan tu bagi aku lain-lain.
Ada kenalan. Ada kawan. Ada kawan baik. Ada sahabat.

Dan kau pernah tanya aku, kau sahabat aku ke tak.
And aku. Dengan kejamnya jawab, ‘TAK’.

Sampai ada orang tu siap kasi surat kat aku, ada le lebih kurang cengghini ghopenye,

“aine, aku tau aku bukan sahabat kau. dan aku tak mampu jadi sahabat kau macam dia. tapi aku nak kau tau, aku selalu sayang kau.”

Gulp!

Terdiam kejap aku baca. Terasa aku kejam. Sangat kejam dekat sorang kawan macam kau. Haih. -,-

My lovely Zie,

Kau tahu tak, aku tak pernah lagi jumpa orang macam kau. Yang mulut dia tak reti berenti, ada je cerita dia nak cotcet dengan aku but still, dalam masa yang sama, dia boleh diam untuk dengar cerita aku, dengar masalah aku, marah aku sebab aku ni teramatlah sengal, boleh nangis sesama dengan aku, boleh pujuk aku, bagi aku cool down, bagi aku senyum balik.

Dan semua tu dalam masa yang sama. All in once. Whoa! :D

Walaupun kau dah pindah, walaupun kita jauh, kadang-kadang aku tak rasa pun macam tu. Sebab cara kau treat aku sama je macam kau still ada dekat sini. Cara kau jerit, cara kau gelak, cara kau marah kat aku. Tetap sama. Sebab kau tetap kau. Kau tak lupa kawan. :’)

Anyway,





 Happy Birthday. :)

Meh aku nak buat ucapan sikit. Hehew :3

Selamat cukup 19 tahun. Alhamdulillah, masih cukup sifat sempurna akal fikiran. Lepas ni kena belajar jadi budak besar tahu. Nak masuk 20 la tahun depan. Dah tak boleh jadi budak kecik lagi. Ehek. Rajin-rajin belajar. Buat pbs tu even kau penat ke rasa malas cemana sekalipun. Sikit lagi nak habiskan semester ni kan. Aku tunggu kau dekat universiti nanti. Selalu ingat, kau buat pra uni pun, kau tetap sama dengan aku. Takde beza. Kita sama-sama cari ilmu. :) Jaga diri. Jangan hanyut sangat even kau tengah berchenta. Kalau dia cuba nak buat pape, kau sepak aje. Lepas tu blah. Okes? Nak nikah ajak aku. Tak ajak aku tembak kau. Aku doakan yang terbaik untuk kau Zie. Semoga sentiasa dalam lindungan Dia, dalam rahmat Dia. Anything kau still ada aku tahu. Faham budak jendoi yang comel?



 Aku sayang kau. :')

*entri untuk kau dengan entri untuk syikin lain. tapi korang tetap Baby of July. :)







Saturday 6 July 2013

JANGAN BACA NOVEL NI !



Kali pertama aku nampak novel ni, aku dah ada satu rasa. Perasaan seakan diperli, seakan dicabar.Sebab most novel yang aku baca semua tema yang sama. Mana tidaknya, sinopsis novel di kulit belakang tu macam ni, *just for clearer reading as gambar tu tak berapa jelas.


Kalau asyik baca novel cinta saja pun kadang-kadang bosan juga kan?
Try novel ni.
Tapi jangan baca seorang diri. Make sure ada teman.
Sebab ada kemungkinan anda akan berasa aneh. Juga berhalusinasi benda yanhg bukan-bukan.
Novel ini bukanuntuk mereka yang lemah semangat. Tapi untuk mereka yang nak menjana minda dan menguatkan jantung. Sebab semakin jauh membaca, otak anda akan semakin ligat berputar dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar.
Tak percaya? Cubalah.


Nak beli, tanak beli. Beli. Tak. Beli. Tak. Ok tak payah. Takde duit. -_-

Sampai la tadi. Bila tiba-tiba Kak Ngah tanya, “Nak beli buku ni?”  Oho, maka dapat la saya membaca buku tersebut. :) 

Sebelum baca tu aku ada buat review dekat internet. Orang cakap, buku ni harus dibaca dari helaian ke helaian. Kulit ke kulit. Jangan langkau walau sehelai. Bimbang nanti tak faham cerita yang cuba disampaikan.
Maka dengan emosi yang bercampur baur, lepas koyakkan plastic novel, aku pun belek kulit muka tu. Tahu apa aku jumpa? A note. Nota daripada penulis.

“Saya ingin berpesan bahawa ada cerita-cerita di dalam novel ini agak ‘disturbing’. Jadi saya ingin menasihati pembaca agar tidak terlalu terpengaruh ataupun terkesan dengan cerita di dalam novel ini. Adalah ingin diingatkan juga bahawa novel ini tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Terima kasih.”

Aku kasi buku ni 3.5 la out of 5. Buku ni pakai font macam untuk buku budak-budak. Cerita dia memang related, sangat related. Memang kena baca betul-betul. Aku mengaku, there’re certain parts in this novel have successfully increased the rate of my heartbeat. Ada certain part yang buat emosi aku terganggu. Haih  -_-

Aku sarankan korang baca buku ni sendiri. Jangan terpengaruh sangat dengan review yang korang baca dekat internet. Baca sendiri. Give it a try, at least.

Aku bukan la penakut. Tapi aku bukan jugak sorang yang berani. Just, aku suka cabar diri baca or tonton genre seram or thrill ni. Lepas dah siap effect tu dah konfem ada, cuma lama tak lama tu bergantung pada keadaan.

Novel ni tak berapa tebal pun. 226 muka surat je. Aku habiskan dalam masa sejam sepuluh minit. Tupun duk berselang seli sambil minum air and makan kek. *makan tu tetap ada, hehe :P

Hmm. Tapi kan. Sebenarnya. Aku. Kind of menyesal kot baca buku ni.
Bukan meyesal sebab habiskan duit. Tapi menyesal sebab..

Aku dah terbaca buku ni. Padahal tajuk dia dah larang.

Sebab..

Aku pun dah terjebak dengan cerita ni.

……..







Friday 5 July 2013

DZAEC



- DZAEC -

Ohh, rindunya nama ni.
Nama yang bagi macam-macam perasaan. Seronok, sedih, kecik hati, semua lah. Nama yang selalu ada kasih sayang. Nama yang sarat dengan perhatian. Nama yang selalu aku rindu. Nama yang aku ingat. Nama yang selalu di hati. J

Let me tell ya  a story.

Aku pindah Kuantan masa darjah enam. Back then, the surrounding was never good to me. I longed for my friends, my old friends. Everything was totally different! Haih.
Yet, I survived that one year. Yeah baby! :D

err -.-


err lagi -.-
ni paling err -.- gamba crop -_-

As I am the only child in the family, memang tak lepas nak ke SBP. Even dapat offer, tak reti berdikari katanya. Hadoi. So I went to SMKSD.

Masa tu baru sampai sekolah. Dekat depan pejabat. All of sudden, aku dengar bunyi tapak kasut. Kuat gila! Laju gila! Anddd…

“Aineeeee !!! Weh kau! Kau tahu, aku tak kenal sape pun. Tak jumpa pun budak sekolah kita. Nasib baik kau ada!”

Lalu berlakulah adegan peluk memeluk, cium mencium. Ehhh? Haha. Tulah NURUL NAZIHAH SHAMSUDDIN. My classmate when I was in stardard 6. Eksaited uolls jumpa aku. Heheh. She is my lovely Zieha. My cutie yang celoteh, yang manja, yang sangat berseni, yang suka ketawa macam orang putus fius otak, yang baik, yang diva, yang gedik, yang garang, yang yang yang aku sayang! Atau nama yg ibu suka panggil, Jiha Jihot. Oh sayang kau! <3

budak pra u buat muka puss in boot. haha XD

cewah :P

tudiaa~

Lepas tu, masuk kelas. 1 Ibnu Sina. Masa tu meja susun 2-2 straight sampai belakang. Ada 3 main rows. Aku sah-sah la duduk sebelah Zieha la. Belakang kitorang, ada sepasang budak perempuan yang manessss. Sorang nampak malu-malu kucing, sorang lagi nampak ganas semacam. Hehe.

Ha, yang malu-malu kucing tu namanya NOR ZULAIKHA ZUKIFLI. She is my gorgeous Eyka. Hotsetap nii. Maklumle, stok mek klate tulen. Haha. Macam-macam nama budak ni. Zulaikha, Eyka, Leyqa, Zue, Zulex, haa see see? Tak mudoh.  Padahal orangnya sama je. Haha. Budaknya kecik je, lawa buut tetap garang. Tapi kalau datang mood dia nak bercerita, nak bergosip, hambekkk, punya la bersungguh. Takde dah nak control ayu. Hehe.

tunggu pinangan katanya. lol

she is just adorable, isn't she?

someone's in red!

Yang sorang lagi pulak, NORASYIKIN NORDIN. Memang kawan baik dengan Leyqa since sekolah rendah ke tadika tah. Sebab dorang sekampung. Huntongg le. Syikin ni dia tak lawa macam Lyeqa, tapi dia sangat comel! Dia ada something yang buat orang suka pandang dia. Dia ni pulak jenis tak control ayu, suka buat benda pelik, sangat sporty, suka buat muka pelik, oh! sangat berseni jugak. Point garang tu tetap ada, wajibul ghunnah tu. Hehe. Aku teruja gila sebab dia reti belasah orang. Haha. :P

freedommmm, la sangat :P

raya yg classy ;)

muka bahagia sang atlet, lol
Nak dijadikan cerita, kami berempat pergi temu duga pengawas sekolah. Guess what? Semua dapat! Happy gila masa tu. Maka lepas tu kitorang pun semua tukar uniform jadi tudung ungu, baju ungu, kain hitam, kasut hitam. Kalau melepak tu, elok je nampak kaler ungu dari jauh. Ehek ehek :P

Pastu dalam mid year kot tetiba kecoh ada budak baru nak masuk. Masa tu aku dengan zieha lah kemain eksaited uolls nak pegi ‘menjemput’ budak baru kat pejabat. Yela, dah nama baru, mana tau jalan. Kang sesat, naya ke kawan tu. Masa tu dari dalam kelas dah kecoh pasal jantina budak tu. Lol. Punya la tak matang kan. Yang girls dah sah-sah nak budak tu budak lelaki. Yang guys pulak, nak perempuan. Tak dapat disangkal lagi fakta itu. Haih. -_-

Sekali bukak pintu pejabat..perempuan rupanya. Kuciwa sikijap rasa hati. Haha. Tak senonoh betul. Tapi, ehhh. Comel la budak ni. Oh, dari Sabah rupanya. Dari utara jugak dia, patut la cakap utara laju semacam. Kawan pertama yang aku kenal cakap utara. Hehe. DAYANG KU NUR SYQIN ASMIH. Tudiaaa, berdayang  lagi. Kau hado? Ihikss. She is my flawless Dayang. Or nama femes lain dia Kuno. Bunyi je macam nama lama tapi orang dia vogie da vass uolls! Hehe. Dayang yang comel, yang garang, yang pandai buat serombong(part ni ohsem gilaa weh), yang berseni, yang sentiasa banyak cerita, semua semua yang lah Dayang sayang! <3

gittuw! :P

renunganmu menusuk kalbuku ohh~


ihikss :D

Masa tu zaman jahiliah la lebih kurang. Trend ambik nama buat jadi group la ape la. So kami pun mengikut la trend tu. Macam-macam nama keluar untuk geng kitorang. Jap, bukan la geng pun sebenarnya tapi sebab kitorang rapat, baik berlima, senang cita geng ah :P So last sekali, kami setuju dengan nama DZAEC. Kenapa DZAEC? Sebab..

D : Dayang
Z : Zieha
A : Aine
E : Eyka
C : Cqyen

Studi sesama, gelak macam pontianak sesama, gaduh sesama, gosip sesama, makan sesama, keluar jalan sesama, semua sama-sama lah! Plus, ibu cikgu dekat sekolah tu jugak so senang la apa-apa hal pun. Paling best kalau ibu bawak kitorang jalan-jalan. Shopping, karaoke, movie, makan, and the best part is pergi pantai! Pergi laut! Main air! Main ombak! Rasa angin laut! Ohh, awesome! Sangat seronok to have such understanding and sporting mum macam Ibu. Berkawan masa anak menginjak remaja, lebih senang nak pantau and nasihat. J Dan jugak untuk ada kawan yang sangat wow itu amat best! :D

Lepas tu, Dayang kena pindah. Sebab ayah dia askar, normal la. Lepas tu, Zieha pulak pindah. Sebab ayah dia kena tukar tempat kerja. Lepas tu, aku pulak, pindah sekolah. Last sekali Leyqa pindah. Kesin Syikin. Haih. Sorang-sorang pergi. Bila masing-masing dah jauh, mula rasa cabaran dalam friendship ni. Tapi, that’s life kan. :’)

Sekarang semua dah lain. Semua dah berubah.

Ibu pun dah takde. :’(
Dayang, Zieha dengan Syikin masing-masing tengah menghabiskan semester akhir Pra-Universiti dorang.
Leyqa, diploma Uitm Seri Iskandar.
Aku pulak, bercuti habis asasi. *cuti yang lama teramat -_-
Macam mana lain pun, rasa sayang aku dekat DZAEC masih sama. Tak berubah. Sebab sekali aku berkawan, selamanya aku anggap kau kawan.

Aku dah jumpa Zieha, tadi pulak terserempak dengan Syikin. Dayang nun jauh di utara sana. Tinggal nak jumpa Leyqa pulak. Rindu wehh!
*kalau korang baca line by line sampai habis memang terbaik ah :D

<3








Thursday 4 July 2013

Student + Nikah = Salah?

Just now I berwassep dengan one friend ni. Kitorang borak pasal nikah awal.

*okay, mind if I guna term nikah instead of kahwin? ala, kesah tak kesah aku kira apa, entri ni aku yang tulis, korang baca jek diam-diam. Kejam gila statement. Muohoho!


So actually daripada haritu kami ada bincang bout this. Dia ada tanya, what’s my view on this topic.
Well…

As a matter of fact, this thing kan, both of them ada pros and cons dia. I rasa yang my friend tu taktahu yang I almost get involved into this. Almost.

*flashback kejap*

I was on my way to meet my cousin, my lovely cousin. Dia cakap ada benda nak tanya. So kitorang jumpa, jenjalan, borak borakss, and aktiviti wajib, makan <3

Time makan tu dia tanya,

She : Ape pendapat kau pasal nikah awal?

Me : Huh? Hm. Jap. Bagi aku okay je. Tadek hal ah. Best ape nikah awal. Takde la kumpul dosa.

She : Kalau kau kena nikah awal cemana?

Me : Means..?

She : Naah. Haritu my dad ade cakap..

Me : Amende? Better be good.

She : Dia bawak aku pergi satu rumah ni. Boleh la tahan family orang tu. Pastu, dia panggil aku dengan my big bro masuk satu bilik. Bilik tu kemas je, tapi Nampak macam takde orang duduk.

Me : Mmhmm.

She : Pastu dia bawak kitorang tengok satu gamba. Aku tanya la sape. Dia cakap, ha nilah orang yang Ain’s dad nak bagi kat anak dia.

Me : Uhuk uhuk! Hah?!

She : Jap la, aku tak habis lagi. Kiranya kalau ada rezeki, kau jadilah dengan budak tu.

Me : Amende kau merepek ni wehhh?!

She : Loh, chill la. Kata tak kisah dengan nikah awal.

Me : Memang la. Tapi, aku ni belajar lagi tau. Ni, asasi pun tak siap lagi.

She : Ala slow la kau ni. Budak tu pun tengah belajar lagi. Btw, ade je orang nikah awal masa belajar.

Me : Ah, tak kisah la. So, sape budak tu? Nama dia? Belajar mana?

She : Hamboi kauu. Haha.

Me : Gelak ape. Cepat la.

She : Okay okay. Dia tua sikit la. Tengah siapkan degree dia. Dia budak Physics. Ada background agama yang alhamdulillah, boleh jadi ustaz tapi appearance dia tak macam ustaz. Ha, kena la tu  kau punya demand. Nak ustaz yang gila-gila.

Me : Banyak la kau punya kena. Ala, fizik? Engineering lagi best kot. T.T

She : Ceit. Ala, tapi kes kau ni takde ah macam orang dulu yang confirm kena nikah. Both families cadang aje. Kalau taknak takpe. Nanti kau cuti lepas asasi kita pegi rumah dia eh? Aku teman.

Me : Erk =.= Haa, ape jelah weh.

***

So macam tu la. Almost, tak terlibat lagi pun. Hehe.

Bagi aku sebagai remaja,

# tak salah anak-anak memilih pasangan hidup mereka sendiri kerana mereka yang melihat keikhlasan insan tersebut untuk berkenalan serta  kekurangan insan tersebut dalam mengenali mereka. Benar, mungkin mereka hanya melihat pada permukaan dan tidak pada dasarnya, namun tetap juga mereka saling mengenali hati budi masing-masing.

# anak-anak berhak menentukan pasangan hidup mereka sebab mereka yang akan hidup bersama insan tersebut, maka berjaya mahupun tidak sesebuah rumah tangga tersebut berada di pundak mereka sendiri. Ibu bapa juga sewajarnya memberikan kepercayaan terhadap anak-anak yang kini menginjak dewasa dalam meniti titian kehidupan mereka. Andai berjaya, mereka pastinya lebih yakin akan diri masing-masing. Namun jika sebaliknya, mereka akan lebih jelas dalam mengenali erti tanggungjawab. Plus, keluarga tidak dibebani rasa bersalah atas kegaagalan rumah tangga tersebut. :)

Bagi aku sebagai seorang anak,

# tiada salahnya bernikah atas pilihan keluarga kerana tiada ibu bapa yang ingin menjerumuskan anaknya sendiri ke kancah penderitaan. So, insyaallah, pilihan yang dicari itu mampu menjanjikan keadaan yang baik untuk si anak, walau mungkin si anak terlalu kabur untuk melihatnya.

# sudah namanya juga orang tua, haruslah mereka lebih dahulu makan garamnya. Mereka juga akan sentiasa bersedia untuk memberi bantuan serta panduan terhadap anak-anak dalam melayari bahtera rumah tangga. Kan dah save khidmat kaunselor kat situ, yedok? :)

Aku bagi 2 points each jela eh. Tak la nampak berat kat mana-mana kan. Hehe.

As for me, nikah atas pilihan sendiri or keluarga, tu aku taktau. Precisely, malas lagi nak ambil tahu. I got long way to explore out there. Jodoh ni kan salah satu rahsia Allah. Have faith, be nice, be well and insyaallah, Dia dah janji, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Janji Allah itu tidak pernah dimungkiri. Semoga kita tidak menjadi yang sebaliknya, na’uzubillah. Dan andai tiada jodoh kita di dunia ini, untuk yang perempuan telah dijanjikan bidadara syurgawi manakala bagi yang lelaki, di sana, bidadari syurga menanti. :)

If korang perasan, muka pasangan suami isteri ni ada iras. Tak banyak sikit mesti ada. Tahu kenapa?
Sebab Hawa itu dijadikan daripada rusukya Adam A.S, yakni sebahagian daripada tubuh baginda sendiri. Maka haruslah ada ciri-ciri yang sama, kan :)

To those yang mungkin dah dapat sekilas pandangan mengenai bakal pasangan, Alhamdulillah. Just like my beautiful friend tu, pernah dapat mimpi. Insyaallah, tak lama lagi kot. Hehe.
Jodoh daripada Dia itu, insyaallah, hingga ke Firdausi. :)



Till then, be good.
Insyaallah, yang baik-baik untuk kita semua. :)