Monday 15 September 2014

Weee

Assalamualaikum.

So the other day we had our class photoshoot session. Bebudak Tesl ni haa. Dah tahun dua dah punn. Kejap je lahai masa tu kan.

So, ni yg sempat dicilok. Yang lain nanti tunggu gambar sebenar siap ye :3







sila tekan untuk tumbesaran melampau ye :3

Ayen's Day Out. Yay!

Assalamualaikum.

Soo, the busy Ain is finally here! Ingat senang ke nak menaip tengah2 kesibukan semester ni. Oh donia donia. Ehek.

Well, I managed to get some times for myself lepas idk 4 months of kerja? Haih. Penat seyh tak cuti. --' Dan saya sangat sungguh amat gembira dapat bebas seketika daripada semua itu. ;)

#fresh air

I dapat jenjalan satu UKM!

Iya, aku jalan je. I malas nak lari lari ni ha. :3 Ya ampunnn sumpah seronok gila. Pusing ukm dengan cuaca redup tambah angin angin sikit ha, tambah pulak first time lepak tasik kejut tu *okay aku lambattt pastu jumpa pulak bebudak ni duk lari pusing tasik, pastu dapat pulak orang belanja vanilla. Vanilla okay, VANILLA!

Muah muah rumet! Tenkiuuu :*

motippp -.-

#12jam

Well, I went out to beli barang program, barang bilik and barang barang barang la dengan rumet. Pastu kita ada dua orang peneman and jadi pembantu yang sangat sangat membantu dengan angkat barang sayaaa. Hee. Thanks awaa dua orang! Korang memang gagah perkasa la. Cewah :3

Dah habis beli barang and ulang alik ke ukm tu, kita pegi jalan kejap. Putrajaya kita pergi. Aku je ha sebenarnya demand nak pergi sana. Lamaaaa gila dah weh tak jejak sana. 

Dan maka mereka bertiga memenuhi permintaan hati ini. Wah memang bahagia la cerita dia kan! :3



ini rumet kitaaa!
en ne :)

ini driver kitaaa. pecah pulak gambar ha -.-
mirul :)
ni kawan kitaaa.
ehsan :)

Dari masjid putra ke masjid besi. Dari dataran turun ke tasik. Dari dewasa remaja menjadi anak kecil. Dari serabut menjadi bebas. Thank you, thank you, thank you. :)

sebab me still budak belasan :3
told ya i muda lagi
*kening kening*

weee :3



Jadi now, ehem ehem, ketepi sikit semua..

Enne, terima kasih sebab sudi jadi roommate ain. Sebab sudi join program ain. Sebab sudi cari barang sama-sama. Sebab boleh layan my unpredictable perangai. Yknow i'll be budak kecik, jadi macik potpetpotpet, jadi kakak senior acah2 matang, and so far u boleh deal dengan ain. Thank you!

Ehsan, thanks sebab sudi teman si mirul tu (i know mesti dia merayu rayu peluk kaki ehsan minta ehsan teman dia kan? hahaha). pastu sebab tolong angkatkan barang2 ain beli yg masyaallah berat tu. utk jadi psikologist yg baik, leuls! utk jadi co-driver yg sangat bertanggungjawab. utk teman ain supper bila lagi dua orang macik pacik tu tanak join me makan, heh. thanks ehsan! :D

Mirul, gracias muchos sebab keluar dengan kita. wuu retis keluar dgn i haha :3 terima kasih paling utama sebab jadi driver seharian suntuk. sebab layan me soping barang. sebab tolong angkat barang jugak even sampai koyak kotak tu haritu (terharu lebih sikit part tu heee) sebab nak carikan farmasi masa ain sakit. sebab apa lagi? emm. sebab boleh bertahan dengan the childish ain yg sumpah memang perangai mintak tangan (lagi2 masa kat tengah tasik tu kan ehee). sebab sudi pinjamkan kaki so that semua orang boleh selamat dari stranded tengah tasik. sebab kasi kita guna camera baru dia yang sumpah lawa gila. sebab akhirnya kita berjaya kembali ke ukm dengan selamat. hee alhamdulillah and thank you so much!

But among all things yg kita buat berempat that day, tahu tak yang mana buat ain rasa seronok sangat sangat sangat sampai rasa nak melompat gembira?

The moment i berjaya convinced sorang2 utk kita naik that bot. The moment i dah siap terang pasal harga and berapa lama kita akan ada kat tengah tasik. The moment when i buat mata ala2 puss in the boot tu. And the moment u guys said yes and angguk kepala dekat i. Wahhhhh! Sumpah seronok sangat masa tu.

Hee :3

Good morning. Good afternoon. Good evening. Good night.
Indeed, we had such a good day! :)


Thank you. :)













Friday 27 June 2014

Hello Again!

Assalamualaikum.

Hi Hi Hiiiii !
Gosh, I'm so excited! Haha. Yeah, so my last update was in March. Now it's nearly July.

Amboi. Bizi benor gamoknye. >.<

So, where should I start?

Semester 2 Tahun 1. Banyak untuk dikenang. Banyak juga yang boleh dibuat pengajaran. :)

Alhamdulillah, mula semester dengan pointer yang cukup menggembirakan. Dan alhamdulillah jugak sebab program masa semester 1 berjaya, diri masih diberi peluang untuk mengetuai program di semester kedua.

Pengarah Program SISWI
Program semester dua, program terbesar kolej. Malam Aspresiasi Gemilang (MAG), annual dinner kitorang. And aku jadi Pengarah Pameran. Kerja apa? Brainstorm idea untuk hias dewan rasmi UKM tu luar dalam, bersesuaian dengan tema. Sediakan segala props dan hiasan, and I am proud to say that alhamdulillah semua berjaya, walaupun dengan AJK semua perempuan. Girls power! ;)

gigih cari info pasal P.Ramlee <3
And ya know what, time pergi Pustaka Peringatan ni, dapat jumpa dengan Mami Mariani, Seniman Mustapha Maarof, and ramai lagi pelakon veteran and yang baru pun ada jugak. Selama ni tengok dlm cd je. Dlm tv je. Wahh, kalau abah ada ni mesti seronok gila jumpa retis zaman dia kecik2 dulu. Hehe.

Pengarah Pameran MAG.
malam sebelum majlis. nebes nebes nebes!
Selesai program, kita beralih kepada interview. Hoho. Interview apakah?

MEP. Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Dato' Onn.



Alhamdulillah. Even tak dapat post yang diminta, tak sedih sangat. Mesti ada sebab Allah bagi jawatan yang ini kan. Maka secara rasmi, saya kini salah seorang daripada MEP. Memegang jawatan sebagai Eksekutif Akademik dan Pembangunan Inovasi. *peace*

mantan MEP.
thanks. korang abang, kakak.
korang jugak kawan.
muah muah.
MEP 2014/2015
^_^
Legacy <3
Kak Intan, in the middle, felo SISWI.
Kak Nadiah, two from left, MEP SISWI 13/14.
Kami 3 orang anak2 siswi yg menjadi MEP. ;)

Lepas tu, sempena ulang tahun UKM yang ke-44, MEP dan Ketua KelabKDO telah berjaya menawan Bukit Broga. 

Kejap. Me? Panjat bukit? Haha macam tak kena je. Nak beriadah pun malas. Tetiba nak panjat bukit. Memula memang tak yakin. Serius. Takut cuak semua ada. Masa naik tu siap muntah, nak pitam. Maybe tak cukup stamina, or perut yang kosong sekosongnya masa naik tu. Tapi sebab ada kawan, sebab ada felo, sebab ada semua orang ni, aku berjaya tawan semua tiga puncak yang ada kat Broga tu. First time naik, dapat panjat semua tiga. Wohoooo!

Sumpah gua rasa gua osem gilos :3


Ada satu part yang aku suka sangat masa panjat Broga ni. Masa nak tunggu Subuh. Aku dengan Kak Nadiah. We both stopped for a while and decided to lay down. Allah, perasaan bila jasad bersatu dengan lantai bumi yang sejuk subuh2 tu amat amat amattt osem. Stargazing. Oh Allah. Salah satu impian dalam hidup. Bertilamkan bumi menikmati ciptaan bintang bintang di dada langit. Subhanallah cantik, tenang sangat sangat. Dengar azan Subuh dari bandar bawah tu, bangun dari baring, tengok seluruh bandar dari atas bukit. Sumpah lawa. Hening suasana tu sangat mendamaikan jiwa. Tak tipu. Seronok sangat sangat sangat. It's a life treasure. And I would never ever forget those precious moments. :')

Meanwhile, pelajaran kita teruskan seperti biasa. Tak tinggal walau sibuk dengan perkara lain, insyaallah. Ada masalah dalam belajar tu, adat la. Kita kan pelajar. :) And my TESL family, awh, how can I leave them? Kitorang buat solat hajat untuk final examination. Berimamkan Class Rep (mcm ketua kelas la), kami ramai2 solat maghrib, solat hajat, baca yassin and solat isyak and lepas tu makan sama-sama. Those yg non-muslim datang lepas kami solat. See, siapa kata agama tu jadi barrier? Insyaallah, kalau kita pandai handle, takde masalah pun. Keluarga TESL, sentiasa cinta hati. :')


Lepas tu, kitorang ada Kursus MEP and Ketua Kelab Peringkat Kolej.
Minggu pertama, di Kolej Dato' Onn yang disayangi ini.
Minggu kedua, kami ke Johor Bahru. 
Dan.
Universal Studio Singapore.
Ihiks. :B




Di sini, rasanya kita semua makin rapat. Makin kita mengerti apa itu erti menjadi satu. Sebab kita hangkut semua yang takut tinggi tu naik segala jenis roller coaster yang masyaaallah laju and seram amat dekat situ. HAHA. Kita menggembara sungai sambil tengok dinasor lepas tu kita semua tenggelam ramai2. Semua lepas tu berdiri tengah panas nak keringkan diri. Leulz. Kita explore satu USS tu puas-puas. Kita solat. Kita usaha cari makanan minumam halal. Kita kongsi ketawa. Kita atasi ketakutan. Kita buang kesedihan. Dan kita jadi satu.

*amek tisu lap air mata*

Balik dari Singapura, ada AGM SISWI. Annual Grand Meeting. Majlis penghargaan untuk geng2 siswi yang banyak menabur bakti dan berpenat lelah sepanjang dua semester ni. Kita ke mana?

Yeah, Cameron Highland baby :*

#ootd #potd
diriku telah diminta untuk mengunyah benda ini.
wuwuwu telan la jugak even geli yg amat!
tahu apa?
ni nama dia ginseng ye anak2.
ginseng yg menyeramkan -.-

Haa cukup-cukup la berjalan ye. Merayap aje kerja.
Sedar tak sedar, exam pun tibalah di bumi UKM ni.  Maka semua orang menjadi baik. Duduk setadi je. Eheh.
Dan, bila exam habis.
Semua orang kembali gembira.
Heh.



And yah, I dah siap exam tu. Heh gambar atas ni tak semua ada tapi takpe, sebab yg penting muka iolls ada. Haha wajib doh nak bgambar lepas habis semester. Dengan ini, kami officially tamat sesi 2013/2014 merangkap pelajar junior tahun satu. Weee.

Currently tengah tunggu nak buat pre practicum pulak.

Rasanya that's all for now. See ya!


























Friday 14 March 2014

Terpaksa.

Assalamualaikum.

Tak keterlaluan rasanya kalau aku cakap sampai tahap ni aku dah penat. Cukup penat. Serik mungkin. Tapi masih terus dan terus dan terus memujuk, merayu.

Bukan.

Ini bukan tentang lelaki. Ini bukan mengenai hati.

Aku cuma penat.

Ibu.
Bella.
Aten.
Fina.
Madi.
Aila.
Yaya.
Adaa.
Raihan.
Ziha.
Leyqa. 

Tolong. Tolong pegang bahu ini. Tolong dakap diri ini. Sebab pelukan dari korang itu ubat.

Ya. Aku tahu. Ini bodoh. Cukup bodoh. Untuk meluah sakit di sini.

Tapi aku masih aku. Masih yang dalamnya belum benar-benar utuh.  Yang hatinya masih rapuh. Yang uratnya tidak kekar. Bukan, itu bukan aku.

Ini kisah janji. Ini perihal harapan yang diberi. Lalu dikecai sekelip mata. Terus dikutip, lantas digarap, dibentuk kembali menjadi angan-angan indah.

Bukannya tidak pernah aku alami sebelum ini. Bukannya belum pernah aku rasa sebelum ini. Menjadi ketua, dimainkan oleh anak jagaan itu suatu norma yang pasti.

Aku cuma di atas engkau sedikit. Aku juga masih di bawah insan lain. Masih menerima arahan. Masih menerima tugasan. Urusan kelas, perihal pelajaran, soal sakit lelah tubuh. Aku kira itu kita sama bukan?

Maaf. Maaf untuk berlaku sebegini. Memang yang teratas suruh lepas. Malah membenarkan kau lepas. Kau bebas. Jauh. 

Namun aku pilih untuk begini.

Aku tidak memaksa. Tapi aku terpaksa untuk memaksa.

Kau faham frasa itu?

Terus aku jadi manusia teruk. Manusia mementingkan diri sendiri. Manusia yang tidak ada toleransi. Yang tidak ada hati perasaan.

Kau cakap begitu. Mereka tunjukkan begitu. Lalu aku juga rasa begitu.

Hebat.
Sangat hebat bukan?

Untuk menjentik. Lalu menggoyahkan dalaman seorang insan. Psikolgi luar sedar mungkin?

Tak apalah. 

Kita ini pun tak lama lagi. Sebulan. Hanya aku minta sebulan lagi daripada engkau.

Kerna aku ini perempuan dengan janji.

Dan engkau sahabat yang melafazkan janji.

Aku cuma berpegang pada janji. Mahu mengajar diri sendiri, serta orang lain, bahawa janji itu bukan sekadar omong kosong. Mungkin bagi engkau itu biasa. Tapi bagi aku, itu sumpah seorang manusia.

Maaf.

Aku merapu lagi.

Aku penat.
Penat memujuk engkau. Untuk terus ada. Untuk terus bersama.

Aku lelah.
Berkejar urusan pelajaran, latihan, pembentangan, juga peperiksaan.

Mengejar jawatan? Mengejar nama? Mengejar markah tertinggi di bangunan usang ini?

Mungkin.

Tapi jauh di dalam hati.

Aku sendiri masih terikat pada janji.

Pada janji yang terlafaz dalam doa pada Tuhanku.
Pada janji yang aku lafaz pada Ibu.
Pada janji yang aku tawar pada Opah.
Pada janji yang aku cabar pada diri sendiri.

Untuk menjadi yang lebih baik. Yang terbaik. Yang menyinar hingga berkilau.

Kerna dengan tertunai janji-janji ini, aku ingin merebut perhatian dia. Kasih sayang dia. Yang tidak pernah aku rasa sepanjang umur ini.

Maka aku hidup. Demi janji itu. Demi impian itu.

Dan kerana itu. Aku terpaksa untuk memaksa.

Dan kerana itu. Aku tetap perlu berdiri.

Mandiri.
Walau sendiri. 


Thursday 27 February 2014

Tunggu Aku.




Kerlipan itu
Apa mungkin ada padanya
Gemerlapnya asing sekali
Seakan mengumpan nurani
Untuk terus berlari.

Kelam hijab dalam sinar kilauan
Cuba diri mencari bayang di balik pantulan
Lantas tanah dipijak, lalu terus merakus
Sedang denting kian dibayang malam.

Didiang obor walau lengan tersinsing
Aduh
Perit, ngilu
Bertarung belantara dalam cengkaman cahaya
Biar, nian itu galak bernyala
Demi janji permata sang gelita.

Tiba jejak di dada langit
Diusap pertama dengan senyuman
Lalu didakap dengan renungan.

Bangkitlah sayang, terus kau menyinar
Usah kau tunduk pada dunia
Kerna aku tetap ada
Dalam setiap hembusan nafas
Dalam setiap derasan darah
Usah kau akur pada lontaran
Kerna aku tetap ada
Sehingga ke pintu syurga.

Sejenak diri terkaku
Berteleku dalam jedaan panjang
Lama
Termangu memandang kerlipan nan jauh
Tunggu aku, Ibu
Akan ku kembali mencorak garis kehidupan
Demi kasihmu yang menyuluh perjalanan.



Ain


Monday 3 February 2014

Kuli

Assalamualaikum.

Korang tau kuli tu maksud dia mendape? Ala, kuliii. Bukan kuali, tapi kuli. Lebih kurang macam gelaran untuk pihak yang buat kerja untuk pihak lain. Tak boleh tidak, mesti buat. Tu la kuli, lebih kurang. Harini aku nak share satu article by Inche Gabbana.  Happy reading! ^_^

Tersebutlah sebuah kisah, ada seorang kuli yang telah ditugaskan untuk melaksanakan beberapa tugasan yang telah dipertanggungjawabkan oleh tuannya. Bertuahnya kuli ini, bukan sahaja sebuah buku panduan lengkap telah diberikan - menerangkan apakah yang wajib dan wajar dilakukan olehnya dengan terperinci, daripada A sehingga Z, Alif sehinggalah Ya dan tidak cukup dengan itu, perkara-perkara yang dilarang juga termaktub dalam buku panduan tersebut - malah dia juga mendapat seorang tuan yang luar biasa mulia dan baik hatinya.


Kuli ini dipanggil Sanna. Sanna bukanlah satu-satunya kuli yang dimiliki oleh tuannya. Masih ramai lagi kuli lain yang bertuankan tuan yang sama.



Sejak lahir lagi Sanna sudah diberi mandat untuk menjadi kuli kepada tuannya. Malah sebelum Sanna dilahirkan pun, takdirnya adalah untuk menjadi kuli. Kejam? Tidak, malah Sanna patut rasa bertuah kerana ganjaran hebat yang tidak terbayang oleh pemikiran kuli seperti Sanna bakal menantinya seandainya dia menjalankan tugasannya dengan sempurna. Tambahan pula, Sanna wajib bersyukur kerana mempunyai tuan yang begitu kasih dan sayang akan dirinya.



Pada mulanya, Sanna merupakan seorang yang kuli yang taat dan begitu patuh akan arahan tuannya. Buku panduan yang dibekalkan bukan sahaja dibaca daripada satu helaian ke helaian yang lain, malah cuba dihadamya satu-persatu buku panduan tersebut. Banyak juga arahan-arahan yang ditulis tidak dapat difahami oleh Sanna kerana bahasa yang digunakan bukan bahasa percakapan Sanna. Namun, Sanna tetap berusaha untuk mematuhi segala arahan dalam buku panduan tersebut berdasarkan kefahamannya sendiri dan atas bantuan rakan-rakan kuli yang lain.



Kuli-kuli yang lain juga seperti Sanna. Mereka juga telah ditakdirkan untuk menjadi kuli sebelum mereka kenal dan lihat dunia ini lagi. Dan kuli-kuli ini mempunyai rencah kehidupan dan ragam yang bermacam. Ada yang sangat taat dan patuh kepada tuannya, malah menghafal dan memahami seluruh isi kandungan buku panduan yang diberikan.



Ada pula di kalangan yang taat dan patuh ini, yang tidak reti duduk diam. Apabila ada peluang, pasti sahaja digunakan untuk mengajak kuli-kuli yang lain untuk taat dan patuh sama kepada tuan mereka. Sanna kasihan melihat mereka. Mereka sering sahaja tidak diendahkan. Malah ramai sahaja kuli-kuli yang lain mencemuh dan mentertawakan mereka.



Ada juga yang buat-buat taat dan patuh, tetapi di belakang kuli yang lain, apabila dirasakan tiada siapa yang melihatnya, pantas curi tulang dan ingkar kepada arahan tuannya. Di hadapan orang ramai, dialah hero, dialah juara. Semua orang salah dan dia sahajalah yang betul.



Ada yang di tengah-tengah, kadang-kadang taat dan patuh melaksanakan kerja, kadang-kadang malas dan culas. Buku panduan juga hanya digunakan apabila benar-benar perlu sahaja. Di masa lainnya, kerja dan tanggungjawab dilaksanakan mengikut selera sendiri.



Ada yang langsung tidak mendengar kata. Hanya duduk rehat goyang kaki tidak melakukan apa-apa. 




Ada yang lebih dahsyat perangainya. Bukan sahaja malas dan tidak senonoh perangainya, malah mereka menghasut pula kuli-kuli yang lain untuk bangkit menentang tuan mereka. Malah buku panduan yang diberikan dipandang enteng dan dilayan seperti sampah lagaknya.



Tanpa pengetahuan kuli-kuli ini, tuan mereka telah memasang CCTV di serata tempat. Setiap tingkah laku dan gelagat mereka dirakam dengan teliti oleh si tuan.


Sanna hanya geleng kepala melihat perangai dan tingkah laku rakan-rakannya yang bermacam ragam. Dia berasa kagum dengan kuli-kuli yang begitu patuh dan konsisten, mengajak kuli-kuli yang lain untuk bekerja keras mentaati tuan mereka. Dia begitu ingin untuk mencontohi mereka.



Pada masa yang sama, dia juga, entah mengapa, cemburu melihat kuli-kuli yang malas dan culas bersuka-ria. Mereka kelihatan begitu puas dan seronok menikmati kehidupan dunia. Segala apa yang mereka mahukan, mereka aka peroleh asalkan berusaha. Kadang-kadang tidak perlu berusaha keras pun, hanya gunakan tipu daya untuk memuaskan hawa. Yang peliknya, tuan mereka tidak berbuat apa-apa untuk menghalang tindak tanduk mereka ini. Mereka kelihatan sungguh bahagia, puas dengan kehidupan dunia. Malangnya mereka tidak sedar dunia hanyalah fana, sementara sahaja.



Akhirnya Sanna mengambil keputusan untuk menjadi orang tengah sahaja. Tidak perlu berjerih perih membanting tulang empat kerat terlalu taat dan patuh, seperti keldai kepada tuannya. Pada masa yang sama, Sanna tetap melaksanakan tugasan yang dirasakan asas baginya. Dia juga dapat memuaskan kehendak dan keperluan diri. Kadangkala dia keluar bersuka ria bersama kuli-kuli yang culas dan malas. Dan kadangkala dia bersama kuli yang taat dan patuh, berlagak seolah-olah dia peduli asalkan dapat menyenangkan hati mereka. Cukuplah sekadar itu; tuannya gembira (fikirnya) dan diri sendiri juga gembira.



Saat Sanna dan kuli-kuli yang lain pergi menghadap tuannya akhirnya tiba. Mereka dikumpulkan bersama (Bukan kepalang ramainya mereka! Tak tersangka Sanna tuannya itu cukup kaya dan berkuasa!) di suatu tempat untuk diadili dan diberikan ganjaran oleh tuan mereka.



Ketika itulah Sanna dapat melihat rakan-rakan kulinya yang lain. Dia terkejut. Ada yang berwajah putih berseri-seri. Ada yang bercahaya dada dan tangan mereka. Sanna kagum. Mereka kelihatan begitu gembira dan yakin sekali. Kebanyakan daripada mereka adalah rakan-rakan Sanna yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah tuannya dahulu.



Ada juga rakan-rakannya yang berwajah hitam dan muram. Ada yang berjalan kaki di atas tangan di bawah, gaya seorang badut sarkis lagaknya. Ada yang bernanah dan berlendir di seluruh muka dan tubuh, merembeskan bauan yang maha dahsyat hanyirnya. Sanna cuak. Gelabah. Dan Sanna perasan kebanyakan daripada mereka adalah rakan-rakannya yang culas dan malas dahulu. Yang bangkit memberontak menentang perintah tuannya lebih menjijikkan keadaan mereka.


Tiba giliran Sanna untuk dinilai, diadili dan kemudiannya diberikan ganjaran sesuai dengan pelaksanaan tugasnya. Tuannya bertanya kepada Sanna,


"Hai Sanna kuliKu. Ada kau laksanakan segala perintah dan arahanKu dengan saksama..?"


Sanna menjawab,



"Sudah tentu, tuanku. Aku menjalankan segala tanggungjawabku sesuai dengan arahanMu yang termaktub dalam buku panduan yang telah Kau berikan."


Si tuan berkata lagi,


"Kau berkata bohong, hai Sanna. Akan Aku tunjukkan yang kau berkata bohong."


Bohong?


Sanna terdiam. Mulutnya cuba untuk berkata-kata, mahu mempertahan dirinya. Tetapi terkunci rapat entah mengapa. Perasaan gentar mula menguasai dirinya.


"Hai Sanna. Dalam buku panduan yang Aku berikan, bab 51 baris ke 56, bukankah Aku telah perintahkan agar hidupmu hanyalah untuk mengabdikan diri kepadaKu? Ada kau jalankan tugasanmu ini dengan saksama?"


Oh... Aku tidak tahu. Getus hati Sanna.


"Hai Sanna. Dalam buku panduan itu, Aku juga ada perintahkan engkau agar menjadi saksi kepada kuli-kuliKu yang lain. Malah memimpin mereka, memakmurkan tempar pekerjaanmu bersama. Seperti yang termaktub di Bab 2, baris 30 dan 143 dalam buku panduan yang telah Aku berikan. Ada kau baca? Ada kau fahami? Ada kau laksanakannya...??"


Oh... Aku tidak tahu. Aku tidak tahu!!


"Ini tidak adil, tuanku. Tiada siapa yang pernah memberitahuku tentang kedua-dua perkara yang tuanku sebutkan tadi. Lagi, aku tidak mengerti sepenuhnya buku panduan yang Kau berikan itu."


"Tidak adil? Sudah aku bekalkan bersama buku panduan itu lampiran tambahan. Sudah aku utuskan seorang pekerja khas, Muhammad namanya untuk membimbing seluruh para kuliku. Tidakkah kau pernah dengar namanya? Tidakkah kau pernah membaca lampiran tambahan itu, di mana semua kata-kata dan perbuatan Muhammad sebagai pemudah cara tercatat dengan rapi di dalamnya?"


Sanna mahu berkata-kata, protes. Sekali lagi tiada apa yang keluar daripada mulutnya.


"Hai Sanna. Mari kita lihat bersama, apakah yang telah kau lakukan sepanjang hidupmu menjadi kuliKu.


Setiap saat dan detik kehidupan Sanna sebagai kuli kepada tuannya, sejak dia dilahirkan sehinggalah dia tamat bekerja dipertonton di hadapan khalayak kuli yang lain. Sanna terkejut. Sanna malu. CCTV yang dipasang tuannya merakam setiap inci pergerakan tubuhnya, tidak tertinggal suatu perbuatan pun.


Diperlihat hari ketika mana Sanna mencuri tulang.


Sanna tertunduk malu.


Dipertonton waktu ketika mana Sanna berbuat onar, disangkanya tiada siapa yang menyaksi.


Sanna tidak sanggup mengangkat wajahnya.


Dipertunjuk saat dan detik ketika mana Sanna...


"Cukup! Cukuplah wahai tuanku! Aku mengaku segala silap dan salahku. Janganlah kau malukan aku lagi di hadapan rakan-rakanku!"


"Malu? Tidakkah kau baca dalam buku panduanmu itu, bab 86 baris 9? Hari ini tiada rahsia, tiada apa yang boleh disorokkan! Semuanya didedahkan satu persatu!


Hai Sanna. Setelah meneliti dan memeriksa segala pekerjaanmu seadil-adilnya, Aku telah membuat keputusan. Nah, ambilah buku laporan dan punch card engkau ni. Para pengawalKu akan membawamu ke tempat yang sewajarnya. Terimalah ganjaranmu!"


Sanna cuba untuk mengambil buku laporan kerjanya dengan tangan kanannya. Tidak berjaya. Dicuba lagi. Gagal. entah mengapa, tangan kirinya yang bingkas menerima buku laporan tersebut.


"Tuanku! Kasihanilah aku! Adakah aku akan mandapat ganjaran yang buruk? Aku bukanlah kuli yang begitu teruk! Banyak juga yang telah aku lakukan. Pekerjaan wajib 5 kali sehari aku laksanakan dengan taat. Pekerjaan wajib sekali setahun selama sebulan itu juga tidak pernah aku tinggalkan, sedangkan ramai kawan-kawanku yang tidak tahan! Aku juga sering menghulurkan tangan, membantu rakan-rakanku yang jauh lebih lemah daripada diriku. Dan setidaknya, aku tidak pernah keluar dan lari daripada pekerjaanku ini. Sehingga tamat kerjaku, aku masih mengaku bahawa Kau adalah tuanku! Takkanlah sedikit pun tidak diberikan ganjaran...?? Kasihanilah aku, tuanku!"


"Tidak cukup pekerjaanmu itu hai Sanna. Itu bukanlah tujuan Aku menjadikan kau sebagai kuliku.


Hai Sanna, alangkah baiknya sekiranya kau baca dan ikut betul-betul buku panduan yang telah Aku berikan itu. Dan jadikan lampiran tambahan itu sebagai panduanmu..." 


Next!


Kuli yang seterusnya pula diadili. Wajahnya berseri-seri. Sanna sempat mencuri lihat, dia menerima buku laporan dengan tangan kanannya.


Sanna diheret seperti anjing kurap lagaknya. Dan dihumban, jatuh terjelepok. Tersungkur di depan pintu yang mengerbangi sebuah tempat yang maha ngeri rupanya. Sanna kecut perut. Tidak terbayang olehnya apakah yang bakal ditempuhinya di dalam sana.


Inikah balasannya? Kemudian Sanna teringat suatu ayat dalam buku panduan yang pernah dibacanya basa-basi dahulu. Bab 32 baris 12. Sanna menangis. Rupanya peringatan tersebut untuk kuli yang macam Sanna. Sanna meraung. Dia diheret dan dihumban ke dalam.


***

Cerita ini hanyalah suatu penulisan kreatif yang bertujuan ikhlas untuk dijadikan peringatan kepada semua, termasuklah diri penulis sendiri. Ditulis beralaskan daya imaginasi penulis yang cukup lemah dan terhad. Penulis bukanlah cuba untuk menggambarkan suasana ghaib yang tidak mungkin tergambar oleh pemikiran manusia biasa. Hanya sekadar latar belakang dan prop untuk menjadikan cerita pendek ini bermakna.



Sedarlah. Ambillah iktibar. Janganlah kita menjadi seperti Sanna (=Annas) yang biasa, seperti robot yang tidak tahu tujuannya diciptakan. Jadilah seorang Mukmin yang luar biasa. Semoga bermanfaat untuk semua, Insha-Allah.

Allahu a'lam.


Saturday 1 February 2014

Pernah

Assalamualaikum.

'Dia pernah suka aku.'
'Kami pernah kongsi rasa hati.'
'Dia pernah selalu ada dengan aku.'

Okay, kanak-kanak sekalian, ingin cikgu jelaskan di sini ya bahawasanya semua ayat di atas TELAH berlaku dan TELAH berlalu. Sila highlight atau bold atau bukak mata atau bukak telinga luas-luas whenever korang jumpa perkataan itu ya.

Makanya, perkara yang dah lepas tu maksudnya dah habis. Selesai. Settled. Ia tidak lagi berlaku sekarang, masa ini. Ya, maybe jadi semula in future but after all, future is something which is beyond us. We absolutely have no ideas for what might be happen at that time.

I found this one precious poem among all of her great writings. It was kinda a big slap right on my face. Duhh -.-

Suatu Pernah
by Fynn Jamal

verse 1
habis sudah madah;
tak ada satu pun yang tertinggal,
setiapnya telah—
kau ambil dan terus kau jual.

seolah tak pernah memakna apa,
seolah tak pernah kau inginkannya,
seolah—
tak pernah...

verse 2
dikutipku bila sudi,
di bila tidak, dibiar mati,
dan lebih menyakitkan—
ku tetap tunggu di tepi jalan.

seperti tak pernah ku ada harga,
seperti tak pernah kita bersama,
seperti tak pernah kau mahu aku,
--tak pernah rindu
--tak pernah rayu
--dulu.

chorus
terleburhancur kebal rusukku;
berkecaisepai, terpecahbelah,
terima kasih atas ajarmu—
--cinta tak wujud
--ah, tak pernah.

dan dengarkan jeritku;
jujur tak terfitnah,
kau hanya bagiku—
suatu yang pernah.

verse 3
takkan ada apa—
yang mampu untuk buat kau pulang,
bila sudah tiada rasa—
bikinlah apa, tetap kau terbang.

takkanku pujuk kau jangan pergi,
takkan ku minta kau fikir lagi,
takkan ku paksa renung semula,
takkan ku suruh apa2.

takkan ku izin tubuh dibuka,
takkan ku pamer reput di dada,
takkan ku rebah,
takkan ku goyah,
takkan ku biar tubuh didarah.


(repeat chorus)
bridgepernah—
suatu yang pernah
suatu yang pernah

suatu—
pernah.


Thursday 16 January 2014

2 Weeks For My Semester Break

Assalamualaikum.

Huarghh. Kuantan, at last. :)

You know, I have already done my papers by 10th of January. Still, diri ini telah terpaksa rela untuk stay lagi dekat UKM tu sampai la 17 nanti. Tapi ah, kita kira apa kan, cabut awal sikit la. Janji awal jugak dari tarikh tu. Eheh. Oh, cuti semester dikira once kita habis paper sampai 16 Februari nanti. Me? Hm, by 2nd of Feb tu dah kena terpacak semula dekat itu yukeeemmm. I sukaaaaaaaaa sangat tau dapat sem break lebih kurang dua minggu je while orang lain cuti sebulan lebih.

Suka. Suka amat amat amatttttt. =='

So apa mau buat ini cuti 2 minggu juga? Ade lerss. Nanti kita stori mori that part meh :3

Since my very first semester of degree pun dah habis, I just realized that tak pernah lagi kan share pasal batch dekat sini.

Well, here you go. TESL 2013 yaw!


ye, skema. aku tahu -.-
Gitu ler muka-muka kami semuooo. Hohoh. What could be said. Tak semua we guys ni rela hati masuk Fakulti Pendidikan ni and ambik TESL. Tapi takpe. Baru lagi beb. One sem down, 7 more to goo!

Erk. .__.

Ni part sopan kami. sopan ler sangat   Yang part huha huha masa sesi ni lupa pulak nak scan haritu. Eheh.
So we got some young and wild 19s, sweet and demure 20s, adorable 21 and loving 30 dalam batch ni (by the year 2013 la).

Batch kitorang 40 orang je. So takde la pecah kelas pun. Guys 10 orang. The highest number ever recorded for TESL tu. Heh. Even mula-mula ada a lil awkward la nak mingle sebab ada dari Asasi, Pra-U, Matriks, and even dah bekerja sekalipun, but we managed to break the ice in a heartbeat. :D

And here are some snaps right after we finished our last payyyper. >.<













Well I guess it's a wrap for sem 1 then. ^_^


<3