Friday 5 July 2013

DZAEC



- DZAEC -

Ohh, rindunya nama ni.
Nama yang bagi macam-macam perasaan. Seronok, sedih, kecik hati, semua lah. Nama yang selalu ada kasih sayang. Nama yang sarat dengan perhatian. Nama yang selalu aku rindu. Nama yang aku ingat. Nama yang selalu di hati. J

Let me tell ya  a story.

Aku pindah Kuantan masa darjah enam. Back then, the surrounding was never good to me. I longed for my friends, my old friends. Everything was totally different! Haih.
Yet, I survived that one year. Yeah baby! :D

err -.-


err lagi -.-
ni paling err -.- gamba crop -_-

As I am the only child in the family, memang tak lepas nak ke SBP. Even dapat offer, tak reti berdikari katanya. Hadoi. So I went to SMKSD.

Masa tu baru sampai sekolah. Dekat depan pejabat. All of sudden, aku dengar bunyi tapak kasut. Kuat gila! Laju gila! Anddd…

“Aineeeee !!! Weh kau! Kau tahu, aku tak kenal sape pun. Tak jumpa pun budak sekolah kita. Nasib baik kau ada!”

Lalu berlakulah adegan peluk memeluk, cium mencium. Ehhh? Haha. Tulah NURUL NAZIHAH SHAMSUDDIN. My classmate when I was in stardard 6. Eksaited uolls jumpa aku. Heheh. She is my lovely Zieha. My cutie yang celoteh, yang manja, yang sangat berseni, yang suka ketawa macam orang putus fius otak, yang baik, yang diva, yang gedik, yang garang, yang yang yang aku sayang! Atau nama yg ibu suka panggil, Jiha Jihot. Oh sayang kau! <3

budak pra u buat muka puss in boot. haha XD

cewah :P

tudiaa~

Lepas tu, masuk kelas. 1 Ibnu Sina. Masa tu meja susun 2-2 straight sampai belakang. Ada 3 main rows. Aku sah-sah la duduk sebelah Zieha la. Belakang kitorang, ada sepasang budak perempuan yang manessss. Sorang nampak malu-malu kucing, sorang lagi nampak ganas semacam. Hehe.

Ha, yang malu-malu kucing tu namanya NOR ZULAIKHA ZUKIFLI. She is my gorgeous Eyka. Hotsetap nii. Maklumle, stok mek klate tulen. Haha. Macam-macam nama budak ni. Zulaikha, Eyka, Leyqa, Zue, Zulex, haa see see? Tak mudoh.  Padahal orangnya sama je. Haha. Budaknya kecik je, lawa buut tetap garang. Tapi kalau datang mood dia nak bercerita, nak bergosip, hambekkk, punya la bersungguh. Takde dah nak control ayu. Hehe.

tunggu pinangan katanya. lol

she is just adorable, isn't she?

someone's in red!

Yang sorang lagi pulak, NORASYIKIN NORDIN. Memang kawan baik dengan Leyqa since sekolah rendah ke tadika tah. Sebab dorang sekampung. Huntongg le. Syikin ni dia tak lawa macam Lyeqa, tapi dia sangat comel! Dia ada something yang buat orang suka pandang dia. Dia ni pulak jenis tak control ayu, suka buat benda pelik, sangat sporty, suka buat muka pelik, oh! sangat berseni jugak. Point garang tu tetap ada, wajibul ghunnah tu. Hehe. Aku teruja gila sebab dia reti belasah orang. Haha. :P

freedommmm, la sangat :P

raya yg classy ;)

muka bahagia sang atlet, lol
Nak dijadikan cerita, kami berempat pergi temu duga pengawas sekolah. Guess what? Semua dapat! Happy gila masa tu. Maka lepas tu kitorang pun semua tukar uniform jadi tudung ungu, baju ungu, kain hitam, kasut hitam. Kalau melepak tu, elok je nampak kaler ungu dari jauh. Ehek ehek :P

Pastu dalam mid year kot tetiba kecoh ada budak baru nak masuk. Masa tu aku dengan zieha lah kemain eksaited uolls nak pegi ‘menjemput’ budak baru kat pejabat. Yela, dah nama baru, mana tau jalan. Kang sesat, naya ke kawan tu. Masa tu dari dalam kelas dah kecoh pasal jantina budak tu. Lol. Punya la tak matang kan. Yang girls dah sah-sah nak budak tu budak lelaki. Yang guys pulak, nak perempuan. Tak dapat disangkal lagi fakta itu. Haih. -_-

Sekali bukak pintu pejabat..perempuan rupanya. Kuciwa sikijap rasa hati. Haha. Tak senonoh betul. Tapi, ehhh. Comel la budak ni. Oh, dari Sabah rupanya. Dari utara jugak dia, patut la cakap utara laju semacam. Kawan pertama yang aku kenal cakap utara. Hehe. DAYANG KU NUR SYQIN ASMIH. Tudiaaa, berdayang  lagi. Kau hado? Ihikss. She is my flawless Dayang. Or nama femes lain dia Kuno. Bunyi je macam nama lama tapi orang dia vogie da vass uolls! Hehe. Dayang yang comel, yang garang, yang pandai buat serombong(part ni ohsem gilaa weh), yang berseni, yang sentiasa banyak cerita, semua semua yang lah Dayang sayang! <3

gittuw! :P

renunganmu menusuk kalbuku ohh~


ihikss :D

Masa tu zaman jahiliah la lebih kurang. Trend ambik nama buat jadi group la ape la. So kami pun mengikut la trend tu. Macam-macam nama keluar untuk geng kitorang. Jap, bukan la geng pun sebenarnya tapi sebab kitorang rapat, baik berlima, senang cita geng ah :P So last sekali, kami setuju dengan nama DZAEC. Kenapa DZAEC? Sebab..

D : Dayang
Z : Zieha
A : Aine
E : Eyka
C : Cqyen

Studi sesama, gelak macam pontianak sesama, gaduh sesama, gosip sesama, makan sesama, keluar jalan sesama, semua sama-sama lah! Plus, ibu cikgu dekat sekolah tu jugak so senang la apa-apa hal pun. Paling best kalau ibu bawak kitorang jalan-jalan. Shopping, karaoke, movie, makan, and the best part is pergi pantai! Pergi laut! Main air! Main ombak! Rasa angin laut! Ohh, awesome! Sangat seronok to have such understanding and sporting mum macam Ibu. Berkawan masa anak menginjak remaja, lebih senang nak pantau and nasihat. J Dan jugak untuk ada kawan yang sangat wow itu amat best! :D

Lepas tu, Dayang kena pindah. Sebab ayah dia askar, normal la. Lepas tu, Zieha pulak pindah. Sebab ayah dia kena tukar tempat kerja. Lepas tu, aku pulak, pindah sekolah. Last sekali Leyqa pindah. Kesin Syikin. Haih. Sorang-sorang pergi. Bila masing-masing dah jauh, mula rasa cabaran dalam friendship ni. Tapi, that’s life kan. :’)

Sekarang semua dah lain. Semua dah berubah.

Ibu pun dah takde. :’(
Dayang, Zieha dengan Syikin masing-masing tengah menghabiskan semester akhir Pra-Universiti dorang.
Leyqa, diploma Uitm Seri Iskandar.
Aku pulak, bercuti habis asasi. *cuti yang lama teramat -_-
Macam mana lain pun, rasa sayang aku dekat DZAEC masih sama. Tak berubah. Sebab sekali aku berkawan, selamanya aku anggap kau kawan.

Aku dah jumpa Zieha, tadi pulak terserempak dengan Syikin. Dayang nun jauh di utara sana. Tinggal nak jumpa Leyqa pulak. Rindu wehh!
*kalau korang baca line by line sampai habis memang terbaik ah :D

<3








No comments:

Post a Comment