Tuesday, 27 August 2013

Takkan Boleh Sama Lagi

Assalamualaikum.

Well, haritu nampak Baby update status.


Auch!
In my face kot. Rasa macam kena lempang sekali. 

WHAT IF I AM NOT MY BEST FRIEND'S BEST FRIEND?

Hmm.

Ada orang cakap, tempoh masa tu tak penting dalam kita nak nilai siapa kawan siapa lawan. For me, a friend and a best friend dua perkara yang berbeza. Lain sangat. Once dia jadi my best friend, maksudnya dia tu lain daripada kawan-kawan yang lain. 

I have to admit, aku kenal dia bukan macam aku kenal budak-budak lain. And for a period of time aku tak pernah kenal siapa dia in reality. But there was a day, yang Allah pertemukan jodoh kami, so aku jumpa dia. Masa tu, entah ya. Even first time jumpa, bagi aku rasa kekok tu almost takde. Aku rasa gembira. Jadi diri sendiri aje.

As the time flies, kami masing-masing sibuk dengan urusan pelajaran. Tapi okay je. Sampai satu masa, aku yang berubah dulu. Aku yang terlebih perasaan. Makan hati pada perkara yang takde kena mengena dengan aku. Memang tu salah aku sendiri. Tak dapat nak dinafikan. 

Tapi sebenarnya, aku sentiasa rindukan dia. Entah dia tahu entahkan tidak, aku sendiri tak pasti. 

Dan lepas tu, rupanya Allah masih panjangkan ukhuwah kami. Alhamdulillah, aku tak hilang friendship ni lagi. Terima kasih jugak sebab sudi maafkan aku, sebab sudi terima aku semula sebagai kawan baik kau.

Aku tahu aku yang salah. Tapi kan, aku buat macam-macam untuk samakan rasa tu semula. Kita jumpa, kita on the phone, kita text, kita bergelak, kita mengusik, tapi rasa tu tetap lain. Tetap tak sama.

Kalau kau tanya aku pasal life kau, mesti aku tak tahu nak jawab apa kan.
And kalau aku pun tanya dekat kau pasal life aku, pasal sakit aku, mesti kau pun takde jawapan kan.
Sebab kita bukan kita yang dulu.

Mungkin tu balasan sebab aku tak jadi kawan yang baik.
So aku kena terima lah kalau kau pun layan aku macam ni.
Aku tak marah kau. Sungguh, tak marah.

Cuma aku terkilan.
Terkilan dengan diri sendiri.
Tak apalah.

Macam kertas, sekali kertas tu renyuk, kita masih boleh ratakan kertas tu semula. Tapi kesan garis renyuk tu tetap ada kan, sama ada jelas mahupun samar.

Mungkin pada mata kasar kita masih kawan baik.
Tapi pada mata aku, kita sekarang cuma kawan. Itupun kalau kau rasa aku layak untuk jadi seorang kawan buat kau.
Dan aku tahu, sebenarnya pada mata kau pun, kau nampak perkara yang sama, kan?

Dah lah. Benda dah lepas pun.
Aku tetap sayang kau, sebab sekali aku letak rasa sayang untuk kau tu sebagai kawan baik, rasa tu akan selalu lebih daripada kawan-kawan aku yang lain.

Nanti first time kau masuk universiti kan.
Jaga diri. Jaga sahsiah. Jaga prestasi.
Aku tahu kau pandai.

Be well.
Aku sayang kau. :')


Thursday, 22 August 2013

Aku Terima Cabaran Tu!

Rabu. 21 Ogos 2013.
Hari yang macam-macam, aku rasa lah. *taktahu nak buat ekspresi apa. -_-

I went back to SMKSD untuk sahkan dokumen for degree purposes later. Well, masa Foundation dulu guna khidmat Ketua Kampung aje but as haritu dah jenjalan dekat sekolah, kan jumpa GPK Pentadbiran jugak and yah, I got this in return.

“ Kenapalah tak datang sekolah aje bagi cikgu sahkan? Awak susah-susah jumpa Ketua Kampung semua macam dah tanak balik sekolah lagi dah.”

Eheh. Hambik kau.
Pasal tu yang untuk degree ni aku pergi sekolah. Hehew.

So tadi pergi dengan Amira, Salleh and Shamil. Konon nak pergi reramai before masuk degree next week tapi biasalah kan janji melayu. Tiba masa dia, masing-masing senyap tanpa berita. Hmm.
Oh oh ni eksaited nak cerita!


Tadi I pergi tengok board dekat dewan. Yang ada list pengetua, Ketua Pengawas and Penolong Ketua Pengawas yang pernah ada dekat sekolah ni.

KP & PKP :D


nampak tak nama kitew? lol
tapi salah eja. -..-
mencik mencik !

namaku kini hanya sejarah.
haih.
Dah namanya pergi sekolah of kos le jumpa cikgu balik kan. Wahh, seronok! Sumpah seronok jumpa. Tapi tadi pun ramai cikgu yang takde. L

I got bumped into Pn. Chan, our counselor. Masa sekolah dulu ada la sekali aku buat sesi dengan dia. Masalah jiwa kronik gila ah that time. Haha. As she’s a Chinese, memang biasa cakap omputeh la kan. Sama la jugak cam tadi, cakap omputeh la kami.

Jap jap jap. Ain, kau ambik TESL kan? Apedehal nak cakap omputeh? Lek ahhh.
Hamboi, sape piker cengghitu tu meh nak ketuk kepala dia sikit. -..-

Masalahnya, family I bukan jenis yang bilingual punya tongue. Masa sekolah dulu pun jarangggg gila boleh speaking. Maklumla, masa tu tak berapa  nak matang. Takut sangat orang cakap kita kerek bila nak speaking in English. Kira if aku ada speaking pun dekat kampus jela. And do you know how long it’s been since I left my Foundation? Adalah 4 bulan kot. Haaaa, kan ke lama tu. Tapi nasib baik la tadi boleh gak berbual in English tanpa memalukan diri sendiri. Alhamdulillah. Hehe.

Pastu tadi ada Kak Ruqaiyah dekat office. Oh, rupanya dia jadi guru sandaran. Bagusnya tabur bakti dekat sekolah sendiri. Aku pun camtu ke nanti? Huuuu, taktau lah. Ehek.
Suddenly GPK Pentadbiran, Pn. Fariza panggil kitorang masuk her office. Dia mintak kitorang datang Jumaat ni. Buat apa? Jumpa dengan budak-budak yang nak exam besar ni. Both PMR and SPM students.
Leulz. Saya ni PMR tu Alhamdulillah  la cikgu Allah bagi rezeki lebih. Tapi SPM tu, tak cukup kot nak motivate bebudak ni.

PMR students ni kira kitorang punya last junior. Time aku form 5 dorang form 1. SPM? Time tu dorang form 3. Masalah aku sekarang ni kan, to be honest la ye, aku ni ada sikit allergic dengan budak 1996. Seriously, aku taktahu la pasal hape. Be them junior sekolah ke, budak kenal luar sekolah ke, kalau budak tu 1996, mesti ada je yang tak kena. Aku ada masalah dengan 1996 and biasanya dorang pun ada rasa tak best dekat aku. Kira takleh masuk ah.

So, the best part was,

“Okay, kamu berempat cover untuk budak SPM ya.”

LIKE WHATTTT?!!!!                              
                      
Okay, the thing is, bila aku jenjalan around sekolah tu and nampak nama-nama bebudak ni pun mood aku boleh berubah, ni pulak nak have a talk dengan dorang.

Fuhhhh. Ain Ain Ainnn. Breathe in. Breathe out. Chill.

Professional lah babe. Jangan campur urusan umum dengan masalah peribadi, dengan emosi.

Dah lepas agih topik tu, Pn. Fariza ajak kitorang borak-borak. Banyak rahsia yang dikongsi. I mean, rahsia untuk jadi a better student, macam mana nak cope dengan rakan sejawat masa dah kerja nanti. Sebab dia dalam field of education jugak, so banyak la yang boleh aku ambil kan. Ibu pun cikgu jugak tapi kira ni ilmu dari perspekftif seorang pentadbir sekolah. Ha, gittew :3

Let see cikgu apa yang I jumpa tadi. ;)

Cikgu Zaki

Cikgu PJ, Maths and Science yang sangat ohsem! Now cikgu dah jadi GPK Kokurikulum. Wahh, tahniah! :D

" Hah, kamu. Nak sambung ke mana pulak belajar ni? Good luck."

Timekasehhh cikgu! :D

Teacher Sofea Eaida

Teacher ni TESL graduated. One of Ibu’s bestie. Teacher dulu pun degree dekat UKM. Banyak la benda she shared pasal degree in TESL, pasal cara belajar dekat UKM. Yang paling best Teacher cakap
“ Last time, there was this one lecture who name ______. Kalau masuk kelas dia kena pakai gincu. Wajib. Sebab dia suka student pakai gincu, bermake-up. Tapi tak tahulah dia ada lagi ke tak masa awak ni.”

Err. Hopefully dia takde dah la teacher. Leceh ah nak bermake-up bagai ni. Haish. Ade gak lecturer gitu  
-.-             
Btw thanks Teacher! :D

Cikgu Jarina

Jeng jeng jenggg. Boleh cakap semua pernah kena dengan Cikgu Jarina ni. Aku pun pernah kena. Dulu, masa first time diaa masuk kelas menggigil kot tangan aku baca doa. Haha, sengal betul. Entahla, bagi aku marah-marah, tegas, jerit cikgu ni semua ada baiknya. Cuma kita je yang tak terbukak mata hati lagi. Ha, sape yang buat muka bajet tu? Aku tak heran ah. Betul, aku okay je dengan Cikgu Jarina ni. Nak cakap ape cakap ah.

“ Buat betul-betul ijazah ni. Jangan hampakan harapan semua.”
Insyaallah cikgu J

Cikgu Jusoh
Haa, ni cikgu Kimia aku. Dua tahun uolls I belajar dengan dia. Tapi apakan daya, I takde chemistry dengan subjek Chemistry tu. Hahah. Acano? Nasib baik tak sangkut paper time SPM haritu.

“ Ha, kamu sambung TESL lagi ya? Nanti degree TESL ada sentuh sikit pasal kimia ni.”

Tahu dah cikgu ni gebang aku je. Mana lak TESL ada masuk Chemist kan. Tapi disebabkan I dah selalu kena provoke, kena gebang dengan cikgu Jusoh ni since form 4, so otak tu macam percaya aje apa yang Cikgu Jusoh ni cakap.

Aku ni pun kategori sengal plus blur plus senget sikit kan. Sempat la percaya sesaat dua yang TESL nanti ada sentuh kimia jugak. Tak ke sengal tu? =.=

Cikgu Khidzir

Taraa, ni cikgu Sejarah aku zaman lower form. Tapi tetap rapat sebab Cikgu Khidzir ni jugak one of guru pengawas and lepas tu meja Ibu kira dekat je dengan meja Cikgu Khidzir ni. Kira kalau aku tunggu Ibu habis kelas ke, meeting ke, kekadang lepak dengan cikgu ni. Hehew.

“ Ehh, lama betul Cikgu tak jumpa awak lah. Nak masuk degree dah ya. Selamat lah ya Cikgu ucapkan. Belajar elok-elok. Jaga peribadi dekat tempat orang nanti.”

Insyaallah, Cikgu. Terima kasih :’)

Ustaz Sapuan

Tak pernah dapat belajar dengan Ustaz ni. 5 tahun memang belajar dengan Ustazah. Best je Ustazah ajar, lagi senang kan sebab sama perempuan. Tapi, Ustaz ni, lembut sangat. Tenang je kalau dengar Ustaz mengajar ke, bercakap ke. Paling best tu kalau Ustaz lead solat hajat atau bacaan Yassin. Allah, sedapnya. :’)

Orang graduated dari Mesir kan. Lain la sikit caranya. J Tapi tadi tak sempat nak cakap lama dengan Ustaz. L

“ Nak buat ijazah dah? Subhanaallah, sekejap betul ya masa berjalan.”

Hehe. Ye ustaz J

Cikgu Ismawaty

Sukaaaaa dengan Cikgu Ismawaty ni :D Cikgu ni salah seorang yang selalu jumpa dengan Ibu sebab Ibu kan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Seorang yang sangat lembut, cantik, baik.

“Ainnn, lamanya tak dengar cerita. Sihat tak? Ni berseri semacam ni ada apa-apa ke? Bila nak bagi kad jemputan dekat cikgu ni?”

Ihikss. Cikgu ni buat I blush aje lah. Hehe.

Cikgu Khairi

Aha, ni cikgu yang jugak jiran aku. Dekat je rumah. Hehe. I tak belajar pun dengan Cikgu ni sebab masa upper form elektif aliran sains ada Biologi dengan Lukisan Kejuruteraan. And cikgu ni ajar LK. Me budak Bio. Eceh, bangga le sangat -_-

“Hah Ain, lama sungguh tak nampak. Berkurung dalam rumah aje dia.”

Well, I kan budak baik cikgu. :3

Cikgu Shaifuddin

Tak pernah belajar dengan cikgu ni. Tapi selalu jugak la selisih and borak dengan Cikgu Shaifuddin ni. Lagi satu, sebab dulu aku Co-Editor untuk majalah sekolah and cikgu ni cikgu majalah.
“ Ke mana nak buat ijazah ni? Oh, selamat lah dekat sana tu.”
Yep cikgu. Terima kasihh :D

Ustazah Sarina

Pernah belajar dengan Ustazah ni masa lower form dulu.

" Buat degree dah? Baik-baik ya."

Thanks ustazah! :)

Cikgu Zamilah

Ha, cikgu BM jugak ni. Tapi masa form 2 cikgu ni ajar aku Geografi. Kira sama dengan Ibu lah. Major BM, minor Geografi.

“ Eh Ainn, apa khabar awak? Amboi, makin sihat sekarang.”

Haha. Iye cikgu, saya memang tengah dalam mood makannn aje sekarang ni. Hehew :3

And ya, jumpa Cikgu Zamilah ni dekat dewan sekolah. Dewan baru tu. Zaman aku dulu tak siap lagi dewan tu. Cikgu Zamilah ada program motivasi ke apa tah dengan budak PMR. So aku tunggu luar dewan. Pastu dengar suara cikgu lain.

Hm. Macam kenal. Siapa ya?

Oh. Cikgu Fakhrul Razi. Cikgu ni pernah datang bagi motivasi dekat my batch. Ibu selalu cerita pasal cikgu ni dulu. Kira baik la Ibu dengan cikgu ni. Cikgu ni kira junior Ibu lah. Sama-sama guru cemerlang Bahasa Melayu. Dulu dekat SHAH, Pekan and now pindah SMKSD. Ingat tanak jumpa sebab I don’t think he knows me.

Then Cikgu Zamilah cakap,

“ Ini anak arwah Kak Hasnah.”

Muka dia terus berubah.

And he said,

“ Ibu awak dulu selalu cerita pasal awak. Ibu awak tu dulu orangnya baik sangat. Cikgu masuk sini pun kira isi kekosongan yang Ibu awak tinggalkan lah.”

Subhanallah. Ibu, orang yang Ibu anggap adik ni sudahnya ganti tempat Ibu dekat sekolah ni. Cikgu ni masih gunakan ilmu yang Ibu pernah kongsi sama-sama bu. :’)

Cikgu Mahmud

Ha, ni pun kauselor jugak. Cerita pasal cikgu ni, biarlah budak sekolah kami aja yang tahu.

" Wah, masih sambung TESL kau? Baguslah. Mak kau dulu BM. Kau sekarang BI."

Jangan pelik, memang ni style cikgu ni.
Btw, thanks cikgu :)

Cikgu Zazana

Tak pernah belajar dengan cikgu ni. Tapi Cikgu Zazana ni kira yang rapat dengan Ibu. I even pernah pergi bercuti sesama dengan family Cikgu Zazana ni, :)

" Kirim salam family ya Ain. All the best buat degree."

Thanks cikgu :)

Ustazah Nabila

Tak pernah belajar dengan Ustazah ni. Tapi, Ustazah ni lembut, lembut sangat. :)

" Baik-baik buat ijazah nanti tau."

Okay Ustazah! :D

Itu yang sempat bertegur lah. Yang tak sempat berborak sangat macam Cikgu Sharifah Dalilah, Cikgu Zuraidah.

Cikgu Nazran dekat hospital. Admitted katanya. Ustazah Faridah MC. Cikgu Wan Suhaida keluar pulak. Cikgu Marini ada kelas rasanya.

Nama kelas pun dah berubah. Yelah, pengetua baru. Cara tadbir sekolah pun barulah kan.

Well, harap-harap I’ll do my best jumaat ni.
Oh Ain, jangan tengok muka budak tu.
Jangan. Jangan.
-___-

Ha, balik tu singgah Jaya Gading. Lepak tempat doluw-doluw. Hehe
Apa lagi, makan leee :3
ABCCCCC :)

port feveret ni. :P

blogspot ni konfem dengki tau.
asal makanan sume takleh rotate -..-








Sunday, 18 August 2013

THE PASAR :D

It’s Sunday people! Hari minggu. Hari yang biasanya stok lauk pauk semua dah licin dekat dalam fridge. Hari ni jugak lah ramai orang keluar pagi-pagi untuk cari bahan makanan segar.

Ehem.

Hari yang indah sudah semestinya dimulakan dengan sarapan yang enak lagi mengenyangkan. Hehew. Makan lagiiii :D

Sebab kita nak keluar beli barang japgi, so kita makan dekat luar aje harini okes. I had nasi minyak for my breakfast. Yeler, nak makan nasi minyak majlis sendiri taktahu lagi bila sampai seru kan, so kita cekik jela nasi minyak orang. Ehek. And I minum teh tarik! Yipeeeee! Such a perfect diet Ainnnnnn -.-


Tadaaa ~

asal letak gambar nasi je dia tanak rotate.
haih -.-

see the foam?
omomomomo <3

As the perut pun sudah la kenyang, kita pun ucap Alhamdulillah sebab ada rezeki and masih berpeluang untuk mengisi perut dengan nikmat makanan macam ni. J

So our next destination is PASARRRRR *eksaited doe!

Aku pun taktau la bila last aku pergi pasar ni. Pasar malam tu ada jugak pergi. Ni aku cakap pasal pasar pagi, pasar tani, pasar basah tu. Sebab rasanya asyik beli barang dekat mini market, dekat kedai runcit, dekat supermarket, hypermarket.

Kalau masa tinggal dekat Bentong dulu every Sunday morning ikut Ibu pergi Pasar Besar Bentong. Awesome gilaaa masa masuk section ikan, ayam semua tu. Dengan lantai dia basah so boleh main skate lepas tu kena marah dengan Ibu sebab langgar orang. Haha. Dengan rasa penuh keterujaan tengok macam-macam jenis and saiz ikan. Besar, kecik, sedang semua ada. Yang hidup, yang dah habis nyawa, semua ada. Tengok orang buang sisik ikan dengan high speed, orang siang ikan, orang belah ayam. Wahhhh, hebat betul ah dorang. Laju gila buat kerja tapi tak cedera langsung.

Dekat pasar jugak lah Ibu ajar jenis-jenis ikan, jenis ayam, jenis sayur. Nampak tak sesi pengajaran dan pembelajaran telah berlaku secara tidak langsung di situ oleh Cikgu Hasnah? Memang beliau seorang guru dan ibu yang aku memang takkan jumpa pengganti dalam dunia ni. :’)

So tadi beli ikan, beli ayam, beli sayur, beli buah.

Cuma beza sekarang aku guna duit sendiri. Aku dah reti pilih lauk yang segar. Hehe. Terima kasih bu ajar orang dulu. J

To those yang dah lama tak jejak kaki dekat pasar, pergi lah. For sure korang akan rasa seronok. :D
Tapi kalau yang memang jenis tak pernah pergi pasar tu, just give it a try. It’d take you to a new world. To a new dimension of life. Cewah. Haha.

Dah la. Aku pun dah siap jenjalan dekat pasar tadi.

So now nak rehat sebab lepas ni nak masak. Lepas masak kita buat apa?

Kita makannnn :P

Saturday, 17 August 2013

Nak Nasi Ayam!

Sebenarnyakan, daripada hari tu kan, lepas dua tiga kali lalu depan My Chicken Rice Shop tu kan, lepas tengok iklan My Chicken Rice Shop tu dekat tv kan, teringinnnnn sangat nak makan nasi ayam. Tanak nasi ayam buat sendiri. Tanak nasi ayam yang biasa makan dekat warung tu. Nak nasi ayam My Chicken Rice Shop!

Okay, sila lempang saya sekarang. Gedik betul nak nasi ayam. Demand pulak tu nasi ayam ada brand bagai. -.-

Maka planning hari ni ialah keluar beli barang sikit untuk degree nanti. Stationary, toiletries dan yang sewaktu dengannya. Konon-konon nak lunch dekat My Chicken Rice Shop tu. Maka apabila diri ini, yang sedang mengidam ini terlihat akan restoran tersebut yang tersergam indah, timbullah perasaan yang sangat teruja.
Ayat pun dah macam ayam sebab duk teringin nasi ayam sangat. Haish.

Tapi, pelik jugak sebab takde orang pun duduk dekat meja restoran tu. Aku pun pergi la usha dekat sikit.

SORRY, THE RESTAURANT IS RESERVED FOR ECM.

WEHHHHHH !!                                                              

Tak aci ah ceni. Nak buat jamuan or hape ke pergi la buat tempat lain. Tak kesian ke dekat insan yang nak makan nasi ayam macam aku ni. Tak dapat lah aku makan nasi ayam My Chicken Rice Shop harini. Kecewa. Sedih woo. Sobs sobs. T.T

Pastu Kak Ngah tanya nak makan mana kita ni. Hmm. Jalan jalan terstop depan Laksa Shack.  Nak masuk, tanak masuk? Tak pernah masuk pun restoran ni. Takpe ah, kita try yep.

Tengok dia punya menu tu, then I saw Ice Blended Cappuccino.

CAPPUCCINO tu wehhhhh! Semalam dapat VANILLA. Harini dapat CAPPUCCINO pulak. Ehek ehek. Hilang kejap kuciwa tak dapat masuk My Chicken Rice Shop tu. Tambah pulak ada menu nasi ayam jugak dekat situ. Tapi aku nak My Chicken Rice Shop punya nasi ayam. -..-


So I sudah semestinya minum Iced Blended CAPPUCCINO. Hehew. Rindu sebenarnya nak minum CAPPUCCINO biasa aje. Iced blended ni kan likat sikit. Kalau yang biasa tu senang je aku minum. Teringat zaman buat asasi. Macam yg dekat DC Uitm Shah Alam tu. Hari-hari aku labur duit dekat kedai tu beli iced CAPPUCINO .



I makan set Nasi dengan Ayam Masak Lemak Cili Api as lauk tu antara my feveret. Eheh. 



Dia ada side dishes jugak. Served with plain soup, papadom, kerabu taugeh, otak-otak and telur dadar. Oh yes, aku langgar pantang makan telur hari ni. Memang now tengah tanggung akibat la ni. Dah naik gatal dekat kulit dah. Lepas tu dah terasa dah biji-biji yang tak diundang bertapak dekat muka ni. Haih. Makan lagi benda yang tak boleh makan Ainnnn. -__-

Kak Ngah makan set Nasi Kerabu dengan Ayam Percik. Dia punya side dishes ada keropok, kerabu taugeh, telur dadar and otak-otak. Angah minum Lemonade yang ada letak asam boi tu. Erk, aku tak boleh la minuman letak asam boi. Kacau rasa air tu aje. Tapi Angah cakap rasa dia refreshing. Aku minum, boleh la refreshing tapi kalau takde asam boi tu lagi bagus. Hehe. Lidah orang lain-lain :3

Tria makan set Nasi Ayam Halia. Hohoh. Nilah masa aku mencukai nasi ayam daripada budak tersebut. Kuikuikui. Jadi la dapat nasi ayam sesuap. Even bukan yang My Chicken Rice Shop punya. Kiranya takdelah kempunan sangat ke nasi ayam tu kan.

Iqa pulak dia share makanan aje. Bukan apa, budak ni tak makan banyak. Daripada membazir makanan better kita kongsi aje kan. Budak kecik ni minum ABC.

Ingatkan nak ajak Angah tengok The Smurfs 2. Iqa pulak sakit perut. Tak daya nak berjalan katanya. So? Pulanglah kami semua ke rumah.

Sebelum balik tu beli roti dekat Roti Boy. Beli 3 jenis roti pulak tu. :D

Aku memang bahagia dengan proses menggemuks kembali ni. Hehew. Nanti la dekat UKM kita diet semula yek. *tu pun kalau rajin. :P

Nanti nak keluar jugak makan nasi ayam dekat My Chicken Rice Shop tu! At least sebelum masuk degree. Nanti kat sana susah nak keluar awal-awal. Orientation la bagai kan.

Nak nasi ayam!