Rabu. 21 Ogos 2013.
Hari yang macam-macam, aku rasa lah. *taktahu nak buat
ekspresi apa. -_-
I went back to SMKSD untuk sahkan dokumen for degree
purposes later. Well, masa Foundation dulu guna khidmat Ketua Kampung aje but
as haritu dah jenjalan dekat sekolah, kan jumpa GPK Pentadbiran jugak and yah,
I got this in return.
“ Kenapalah tak datang sekolah aje bagi cikgu sahkan? Awak
susah-susah jumpa Ketua Kampung semua macam dah tanak balik sekolah lagi dah.”
Eheh. Hambik kau.
Pasal tu yang untuk degree ni aku pergi sekolah. Hehew.
So tadi pergi dengan Amira, Salleh and Shamil. Konon nak
pergi reramai before masuk degree next week tapi biasalah kan janji melayu.
Tiba masa dia, masing-masing senyap tanpa berita. Hmm.
Oh oh ni eksaited nak cerita!
Tadi I pergi tengok board dekat dewan. Yang ada list
pengetua, Ketua Pengawas and Penolong Ketua Pengawas yang pernah ada dekat
sekolah ni.
KP & PKP :D |
nampak tak nama kitew? lol tapi salah eja. -..- mencik mencik ! |
namaku kini hanya sejarah. haih. |
Dah namanya pergi sekolah of kos le jumpa cikgu balik kan.
Wahh, seronok! Sumpah seronok jumpa. Tapi tadi pun ramai cikgu yang takde. L
I got bumped into Pn. Chan, our counselor. Masa sekolah dulu
ada la sekali aku buat sesi dengan dia. Masalah jiwa kronik gila ah that time.
Haha. As she’s a Chinese, memang biasa cakap omputeh la kan. Sama la jugak cam
tadi, cakap omputeh la kami.
Jap jap jap. Ain, kau ambik TESL kan? Apedehal nak cakap
omputeh? Lek ahhh.
Hamboi, sape piker cengghitu tu meh nak ketuk kepala dia
sikit. -..-
Masalahnya, family I bukan jenis yang bilingual punya
tongue. Masa sekolah dulu pun jarangggg gila boleh speaking. Maklumla, masa tu
tak berapa nak matang. Takut sangat
orang cakap kita kerek bila nak speaking in English. Kira if aku ada speaking
pun dekat kampus jela. And do you know how long it’s been since I left my
Foundation? Adalah 4 bulan kot. Haaaa, kan ke lama tu. Tapi nasib baik la tadi
boleh gak berbual in English tanpa memalukan diri sendiri. Alhamdulillah. Hehe.
Pastu tadi ada Kak Ruqaiyah dekat office. Oh, rupanya dia
jadi guru sandaran. Bagusnya tabur bakti dekat sekolah sendiri. Aku pun camtu
ke nanti? Huuuu, taktau lah. Ehek.
Suddenly GPK Pentadbiran, Pn. Fariza panggil kitorang masuk
her office. Dia mintak kitorang datang Jumaat ni. Buat apa? Jumpa dengan budak-budak
yang nak exam besar ni. Both PMR and SPM students.
Leulz. Saya ni PMR tu Alhamdulillah la cikgu Allah bagi rezeki lebih. Tapi SPM tu,
tak cukup kot nak motivate bebudak ni.
PMR students ni kira kitorang punya last junior. Time aku
form 5 dorang form 1. SPM? Time tu dorang form 3. Masalah aku sekarang ni kan,
to be honest la ye, aku ni ada sikit allergic dengan budak 1996. Seriously, aku
taktahu la pasal hape. Be them junior sekolah ke, budak kenal luar sekolah ke,
kalau budak tu 1996, mesti ada je yang tak kena. Aku ada masalah dengan 1996
and biasanya dorang pun ada rasa tak best dekat aku. Kira takleh masuk ah.
So, the best part was,
“Okay, kamu berempat cover untuk budak SPM ya.”
LIKE WHATTTT?!!!!
Okay, the thing is, bila aku jenjalan around sekolah tu and
nampak nama-nama bebudak ni pun mood aku boleh berubah, ni pulak nak have a
talk dengan dorang.
Fuhhhh. Ain Ain Ainnn. Breathe in. Breathe out. Chill.
Professional lah babe. Jangan campur urusan umum dengan masalah
peribadi, dengan emosi.
Dah lepas agih topik tu, Pn. Fariza ajak kitorang
borak-borak. Banyak rahsia yang dikongsi. I mean, rahsia untuk jadi a better
student, macam mana nak cope dengan rakan sejawat masa dah kerja nanti. Sebab
dia dalam field of education jugak, so banyak la yang boleh aku ambil kan. Ibu
pun cikgu jugak tapi kira ni ilmu dari perspekftif seorang pentadbir sekolah.
Ha, gittew :3
Let see cikgu apa yang I jumpa tadi. ;)
Cikgu Zaki
Cikgu PJ, Maths and Science yang sangat ohsem! Now cikgu dah jadi GPK Kokurikulum. Wahh, tahniah! :D
" Hah, kamu. Nak sambung ke mana pulak belajar ni? Good luck."
Timekasehhh cikgu! :D
Teacher Sofea Eaida
Teacher ni TESL graduated. One of Ibu’s bestie. Teacher dulu
pun degree dekat UKM. Banyak la benda she shared pasal degree in TESL, pasal
cara belajar dekat UKM. Yang paling best Teacher cakap
“ Last time, there was this one lecture who name ______.
Kalau masuk kelas dia kena pakai gincu. Wajib. Sebab dia suka student pakai
gincu, bermake-up. Tapi tak tahulah dia ada lagi ke tak masa awak ni.”
Err. Hopefully dia takde dah la teacher. Leceh ah nak
bermake-up bagai ni. Haish. Ade gak lecturer gitu
-.-
Btw thanks Teacher! :D
Cikgu Jarina
Jeng jeng jenggg. Boleh cakap semua
pernah kena dengan Cikgu Jarina ni. Aku pun pernah kena. Dulu, masa first time
diaa masuk kelas menggigil kot tangan aku baca doa. Haha, sengal betul.
Entahla, bagi aku marah-marah, tegas, jerit cikgu ni semua ada baiknya. Cuma
kita je yang tak terbukak mata hati lagi. Ha, sape yang buat muka bajet tu? Aku
tak heran ah. Betul, aku okay je dengan Cikgu Jarina ni. Nak cakap ape cakap
ah.
“ Buat betul-betul ijazah ni.
Jangan hampakan harapan semua.”
Insyaallah cikgu J
Cikgu Jusoh
Haa, ni cikgu Kimia aku. Dua tahun uolls I belajar dengan
dia. Tapi apakan daya, I takde chemistry dengan subjek Chemistry tu. Hahah. Acano? Nasib baik tak sangkut
paper time SPM haritu.
“ Ha, kamu sambung TESL lagi ya? Nanti degree TESL ada
sentuh sikit pasal kimia ni.”
Tahu dah cikgu ni gebang aku je. Mana lak TESL ada masuk
Chemist kan. Tapi disebabkan I dah selalu kena provoke, kena gebang dengan
cikgu Jusoh ni since form 4, so otak tu macam percaya aje apa yang Cikgu Jusoh
ni cakap.
Aku ni pun kategori sengal plus blur plus senget sikit kan.
Sempat la percaya sesaat dua yang TESL nanti ada sentuh kimia jugak. Tak ke
sengal tu? =.=
Cikgu Khidzir
Taraa, ni cikgu Sejarah aku zaman lower form. Tapi tetap
rapat sebab Cikgu Khidzir ni jugak one of guru pengawas and lepas tu meja Ibu
kira dekat je dengan meja Cikgu Khidzir ni. Kira kalau aku tunggu Ibu habis kelas
ke, meeting ke, kekadang lepak dengan cikgu ni. Hehew.
“ Ehh, lama betul Cikgu tak jumpa awak lah. Nak masuk degree
dah ya. Selamat lah ya Cikgu ucapkan. Belajar elok-elok. Jaga peribadi dekat
tempat orang nanti.”
Insyaallah, Cikgu. Terima kasih :’)
Ustaz Sapuan
Tak pernah dapat belajar dengan Ustaz ni. 5 tahun memang
belajar dengan Ustazah. Best je Ustazah ajar, lagi senang kan sebab sama
perempuan. Tapi, Ustaz ni, lembut sangat. Tenang je kalau dengar Ustaz mengajar
ke, bercakap ke. Paling best tu kalau Ustaz lead solat hajat atau bacaan
Yassin. Allah, sedapnya. :’)
Orang graduated dari Mesir kan. Lain la sikit caranya. J Tapi tadi tak sempat
nak cakap lama dengan Ustaz. L
“ Nak buat ijazah dah? Subhanaallah, sekejap betul ya masa
berjalan.”
Hehe. Ye ustaz J
Cikgu Ismawaty
Sukaaaaa dengan Cikgu Ismawaty ni :D Cikgu ni salah seorang
yang selalu jumpa dengan Ibu sebab Ibu kan Ketua Panitia Bahasa Melayu. Seorang
yang sangat lembut, cantik, baik.
“Ainnn, lamanya tak dengar cerita. Sihat tak? Ni berseri semacam
ni ada apa-apa ke? Bila nak bagi kad jemputan dekat cikgu ni?”
Ihikss. Cikgu ni buat I blush aje lah. Hehe.
Cikgu Khairi
Aha, ni cikgu yang jugak jiran aku. Dekat je rumah. Hehe. I
tak belajar pun dengan Cikgu ni sebab masa upper form elektif aliran sains ada Biologi
dengan Lukisan Kejuruteraan. And cikgu ni ajar LK. Me budak Bio. Eceh, bangga
le sangat -_-
“Hah Ain, lama sungguh tak nampak. Berkurung dalam rumah aje
dia.”
Well, I kan budak baik cikgu. :3
Cikgu Shaifuddin
Tak pernah belajar dengan cikgu ni. Tapi selalu jugak la
selisih and borak dengan Cikgu Shaifuddin ni. Lagi satu, sebab dulu aku
Co-Editor untuk majalah sekolah and cikgu ni cikgu majalah.
“ Ke mana nak buat ijazah ni? Oh, selamat lah dekat sana tu.”
Yep cikgu. Terima kasihh :D
Ustazah Sarina
Pernah belajar dengan Ustazah ni masa lower form dulu.
" Buat degree dah? Baik-baik ya."
Thanks ustazah! :)
Cikgu Zamilah
Ha, cikgu BM jugak ni. Tapi masa form 2 cikgu ni ajar aku
Geografi. Kira sama dengan Ibu lah. Major BM, minor Geografi.
“ Eh Ainn, apa khabar awak? Amboi, makin sihat sekarang.”
Haha. Iye cikgu, saya memang tengah dalam mood makannn aje
sekarang ni. Hehew :3
And ya, jumpa Cikgu Zamilah ni dekat dewan sekolah. Dewan
baru tu. Zaman aku dulu tak siap lagi dewan tu. Cikgu Zamilah ada program
motivasi ke apa tah dengan budak PMR. So aku tunggu luar dewan. Pastu dengar
suara cikgu lain.
Hm. Macam kenal. Siapa ya?
Oh. Cikgu Fakhrul
Razi. Cikgu ni pernah datang bagi motivasi dekat my batch. Ibu selalu
cerita pasal cikgu ni dulu. Kira baik la Ibu dengan cikgu ni. Cikgu ni kira
junior Ibu lah. Sama-sama guru cemerlang Bahasa Melayu. Dulu dekat SHAH, Pekan
and now pindah SMKSD. Ingat tanak jumpa sebab I don’t think he knows me.
Then Cikgu Zamilah cakap,
“ Ini anak arwah Kak Hasnah.”
Muka dia terus berubah.
And he said,
“ Ibu awak dulu selalu cerita pasal awak. Ibu awak tu dulu
orangnya baik sangat. Cikgu masuk sini pun kira isi kekosongan yang Ibu awak
tinggalkan lah.”
Subhanallah. Ibu, orang yang Ibu anggap adik ni sudahnya
ganti tempat Ibu dekat sekolah ni. Cikgu ni masih gunakan ilmu yang Ibu pernah
kongsi sama-sama bu. :’)
Cikgu Mahmud
Ha, ni pun kauselor jugak. Cerita pasal cikgu ni, biarlah budak sekolah kami aja yang tahu.
" Wah, masih sambung TESL kau? Baguslah. Mak kau dulu BM. Kau sekarang BI."
Jangan pelik, memang ni style cikgu ni.
Btw, thanks cikgu :)
Cikgu Zazana
Tak pernah belajar dengan cikgu ni. Tapi Cikgu Zazana ni kira yang rapat dengan Ibu. I even pernah pergi bercuti sesama dengan family Cikgu Zazana ni, :)
" Kirim salam family ya Ain. All the best buat degree."
Thanks cikgu :)
Ustazah Nabila
Tak pernah belajar dengan Ustazah ni. Tapi, Ustazah ni lembut, lembut sangat. :)
" Baik-baik buat ijazah nanti tau."
Okay Ustazah! :D
Itu yang sempat bertegur lah. Yang tak sempat berborak
sangat macam Cikgu Sharifah Dalilah, Cikgu Zuraidah.
Cikgu Nazran dekat hospital. Admitted katanya. Ustazah
Faridah MC. Cikgu Wan Suhaida keluar pulak. Cikgu Marini ada kelas rasanya.
Nama kelas pun dah berubah. Yelah, pengetua baru. Cara
tadbir sekolah pun barulah kan.
Well, harap-harap I’ll do my best jumaat ni.
Oh Ain, jangan tengok muka budak tu.
Jangan. Jangan.
-___-
Ha, balik tu singgah Jaya Gading. Lepak tempat doluw-doluw.
Hehe
Apa lagi, makan leee :3
ABCCCCC :) |
port feveret ni. :P |
blogspot ni konfem dengki tau. asal makanan sume takleh rotate -..- |
No comments:
Post a Comment