Sebenarnyakan, daripada hari tu kan, lepas dua tiga kali
lalu depan My Chicken Rice Shop tu kan, lepas tengok iklan My Chicken Rice Shop
tu dekat tv kan, teringinnnnn sangat nak makan nasi ayam. Tanak nasi ayam buat
sendiri. Tanak nasi ayam yang biasa makan dekat warung tu. Nak nasi ayam My
Chicken Rice Shop!
Okay, sila lempang saya sekarang. Gedik betul nak nasi ayam.
Demand pulak tu nasi ayam ada brand bagai. -.-
Maka planning hari ni ialah keluar beli barang sikit untuk
degree nanti. Stationary, toiletries dan yang sewaktu dengannya. Konon-konon
nak lunch dekat My Chicken Rice Shop tu. Maka apabila diri ini, yang sedang
mengidam ini terlihat akan restoran tersebut yang tersergam indah, timbullah
perasaan yang sangat teruja.
Ayat pun dah macam ayam sebab duk teringin nasi ayam sangat.
Haish.
Tapi, pelik jugak sebab takde orang pun duduk dekat meja
restoran tu. Aku pun pergi la usha dekat sikit.
“ SORRY, THE RESTAURANT IS RESERVED FOR ECM.”
WEHHHHHH !!
Tak aci ah ceni. Nak buat jamuan or hape ke pergi la buat
tempat lain. Tak kesian ke dekat insan yang nak makan nasi ayam macam aku ni.
Tak dapat lah aku makan nasi ayam My Chicken Rice Shop harini. Kecewa. Sedih woo.
Sobs sobs. T.T
Pastu Kak Ngah tanya nak makan mana kita ni. Hmm. Jalan
jalan terstop depan Laksa Shack. Nak
masuk, tanak masuk? Tak pernah masuk pun restoran ni. Takpe ah, kita try yep.
Tengok dia punya menu tu, then I saw Ice Blended Cappuccino.
CAPPUCCINO tu wehhhhh! Semalam dapat VANILLA. Harini dapat
CAPPUCCINO pulak. Ehek ehek. Hilang kejap kuciwa tak dapat masuk My Chicken
Rice Shop tu. Tambah pulak ada menu nasi ayam jugak dekat situ. Tapi aku nak My
Chicken Rice Shop punya nasi ayam. -..-
So I sudah semestinya minum Iced Blended CAPPUCCINO. Hehew.
Rindu sebenarnya nak minum CAPPUCCINO biasa aje. Iced blended ni kan likat
sikit. Kalau yang biasa tu senang je aku minum. Teringat zaman buat asasi.
Macam yg dekat DC Uitm Shah Alam tu. Hari-hari aku labur duit dekat kedai tu
beli iced CAPPUCINO .
I makan set Nasi dengan Ayam Masak Lemak Cili Api as lauk tu
antara my feveret. Eheh.
Dia ada side dishes jugak. Served with plain soup, papadom, kerabu
taugeh, otak-otak and telur dadar. Oh yes, aku langgar pantang makan telur hari
ni. Memang now tengah tanggung akibat la ni. Dah naik gatal dekat kulit dah.
Lepas tu dah terasa dah biji-biji yang tak diundang bertapak dekat muka ni.
Haih. Makan lagi benda yang tak boleh makan Ainnnn. -__-
Kak Ngah makan set Nasi Kerabu dengan Ayam Percik. Dia punya
side dishes ada keropok, kerabu taugeh, telur dadar and otak-otak. Angah minum
Lemonade yang ada letak asam boi tu. Erk, aku tak boleh la minuman letak asam
boi. Kacau rasa air tu aje. Tapi Angah cakap rasa dia refreshing. Aku minum,
boleh la refreshing tapi kalau takde asam boi tu lagi bagus. Hehe. Lidah orang
lain-lain :3
Tria makan set Nasi Ayam Halia. Hohoh. Nilah masa aku
mencukai nasi ayam daripada budak tersebut. Kuikuikui. Jadi la dapat nasi ayam
sesuap. Even bukan yang My Chicken Rice Shop punya. Kiranya takdelah kempunan
sangat ke nasi ayam tu kan.
Iqa pulak dia share makanan aje. Bukan apa, budak ni tak
makan banyak. Daripada membazir makanan better kita kongsi aje kan. Budak kecik
ni minum ABC.
Ingatkan nak ajak Angah tengok The Smurfs 2. Iqa pulak sakit
perut. Tak daya nak berjalan katanya. So? Pulanglah kami semua ke rumah.
Sebelum balik tu beli roti dekat Roti Boy. Beli 3 jenis roti
pulak tu. :D
Aku memang bahagia dengan proses menggemuks kembali ni.
Hehew. Nanti la dekat UKM kita diet semula yek. *tu pun kalau rajin. :P
Nanti nak keluar jugak makan nasi ayam dekat My Chicken Rice
Shop tu! At least sebelum masuk degree. Nanti kat sana susah nak keluar
awal-awal. Orientation la bagai kan.
Nak nasi ayam!
No comments:
Post a Comment