Just now I berwassep dengan one friend ni. Kitorang borak
pasal nikah awal.
*okay, mind if I guna term nikah instead of kahwin? ala,
kesah tak kesah aku kira apa, entri ni aku yang tulis, korang baca jek
diam-diam. Kejam gila statement. Muohoho!
So actually daripada haritu kami ada bincang bout this. Dia
ada tanya, what’s my view on this topic.
Well…
As a matter of fact, this thing kan, both of them ada pros
and cons dia. I rasa yang my friend tu taktahu yang I almost get involved into
this. Almost.
*flashback kejap*
I was on my way to meet my cousin, my lovely cousin. Dia
cakap ada benda nak tanya. So kitorang jumpa, jenjalan, borak borakss, and
aktiviti wajib, makan <3
Time makan tu dia tanya,
She : Ape pendapat kau pasal nikah awal?
Me : Huh? Hm. Jap. Bagi aku okay je. Tadek hal ah. Best ape
nikah awal. Takde la kumpul dosa.
She : Kalau kau kena nikah awal cemana?
Me : Means..?
She : Naah. Haritu my dad ade cakap..
Me : Amende? Better be good.
She : Dia bawak aku pergi satu rumah ni. Boleh la tahan
family orang tu. Pastu, dia panggil aku dengan my big bro masuk satu bilik.
Bilik tu kemas je, tapi Nampak macam takde orang duduk.
Me : Mmhmm.
She : Pastu dia bawak kitorang tengok satu gamba. Aku tanya
la sape. Dia cakap, ha nilah orang yang Ain’s dad nak bagi kat anak dia.
Me : Uhuk uhuk! Hah?!
She : Jap la, aku tak habis lagi. Kiranya kalau ada rezeki,
kau jadilah dengan budak tu.
Me : Amende kau merepek ni wehhh?!
She : Loh, chill la. Kata tak kisah dengan nikah awal.
Me : Memang la. Tapi, aku ni belajar lagi tau. Ni, asasi pun
tak siap lagi.
She : Ala slow la kau ni. Budak tu pun tengah belajar lagi.
Btw, ade je orang nikah awal masa belajar.
Me : Ah, tak kisah la. So, sape budak tu? Nama dia? Belajar
mana?
She : Hamboi kauu. Haha.
Me : Gelak ape. Cepat la.
She : Okay okay. Dia tua sikit la. Tengah siapkan degree
dia. Dia budak Physics. Ada background agama yang alhamdulillah, boleh jadi ustaz
tapi appearance dia tak macam ustaz. Ha, kena la tu kau punya demand. Nak ustaz
yang gila-gila.
Me : Banyak la kau punya kena. Ala, fizik? Engineering lagi best kot. T.T
She : Ceit. Ala, tapi kes kau ni takde ah macam orang dulu
yang confirm kena nikah. Both families cadang aje. Kalau taknak takpe. Nanti
kau cuti lepas asasi kita pegi rumah dia eh? Aku teman.
Me : Erk =.= Haa, ape jelah weh.
***
So macam tu la. Almost, tak terlibat lagi pun. Hehe.
Bagi aku sebagai remaja,
# tak salah anak-anak memilih pasangan hidup mereka sendiri
kerana mereka yang melihat keikhlasan insan tersebut untuk berkenalan serta kekurangan insan tersebut dalam mengenali
mereka. Benar, mungkin mereka hanya melihat pada permukaan dan tidak pada dasarnya,
namun tetap juga mereka saling mengenali hati budi masing-masing.
# anak-anak berhak menentukan pasangan hidup mereka sebab mereka
yang akan hidup bersama insan tersebut, maka berjaya mahupun tidak sesebuah
rumah tangga tersebut berada di pundak mereka sendiri. Ibu bapa juga sewajarnya
memberikan kepercayaan terhadap anak-anak yang kini menginjak dewasa dalam
meniti titian kehidupan mereka. Andai berjaya, mereka pastinya lebih yakin akan
diri masing-masing. Namun jika sebaliknya, mereka akan lebih jelas dalam mengenali erti tanggungjawab. Plus, keluarga tidak dibebani rasa bersalah atas kegaagalan rumah tangga tersebut. :)
Bagi aku sebagai seorang anak,
# tiada salahnya bernikah atas pilihan keluarga kerana tiada
ibu bapa yang ingin menjerumuskan anaknya sendiri ke kancah penderitaan. So,
insyaallah, pilihan yang dicari itu mampu menjanjikan keadaan yang baik untuk
si anak, walau mungkin si anak terlalu kabur untuk melihatnya.
# sudah namanya juga orang tua, haruslah mereka
lebih dahulu makan garamnya. Mereka juga akan sentiasa bersedia untuk memberi bantuan
serta panduan terhadap anak-anak dalam melayari bahtera rumah tangga. Kan dah
save khidmat kaunselor kat situ, yedok? :)
Aku bagi 2 points each jela eh. Tak la nampak berat kat
mana-mana kan. Hehe.
As for me, nikah atas pilihan sendiri or keluarga, tu aku
taktau. Precisely, malas lagi nak ambil tahu. I got long way to explore out
there. Jodoh ni kan salah satu rahsia Allah. Have faith, be nice, be well and
insyaallah, Dia dah janji, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Janji
Allah itu tidak pernah dimungkiri. Semoga kita tidak menjadi yang sebaliknya,
na’uzubillah. Dan andai tiada jodoh kita di dunia ini, untuk yang perempuan
telah dijanjikan bidadara syurgawi manakala bagi yang lelaki, di sana, bidadari
syurga menanti. :)
If korang perasan, muka pasangan suami isteri ni ada iras.
Tak banyak sikit mesti ada. Tahu kenapa?
Sebab Hawa itu dijadikan daripada rusukya Adam A.S, yakni
sebahagian daripada tubuh baginda sendiri. Maka haruslah ada ciri-ciri yang
sama, kan :)
To those yang mungkin dah dapat sekilas pandangan mengenai
bakal pasangan, Alhamdulillah. Just like my beautiful friend tu, pernah dapat
mimpi. Insyaallah, tak lama lagi kot. Hehe.
Jodoh daripada Dia itu, insyaallah, hingga ke Firdausi. :)
Till then, be good.
Insyaallah, yang baik-baik untuk kita semua. :)
No comments:
Post a Comment