Kali pertama aku nampak novel ni, aku dah ada satu rasa.
Perasaan seakan diperli, seakan dicabar.Sebab most novel yang aku baca semua
tema yang sama. Mana tidaknya, sinopsis novel di kulit belakang tu macam ni,
*just for clearer reading as gambar tu tak berapa jelas.
Kalau asyik baca
novel cinta saja pun kadang-kadang bosan juga kan?
Try novel ni.
Tapi jangan baca
seorang diri. Make sure ada teman.
Sebab ada kemungkinan
anda akan berasa aneh. Juga berhalusinasi benda yanhg bukan-bukan.
Novel ini bukanuntuk
mereka yang lemah semangat. Tapi untuk mereka yang nak menjana minda dan
menguatkan jantung. Sebab semakin jauh membaca, otak anda akan semakin ligat
berputar dan jantung anda akan semakin kuat berdebar-debar.
Tak percaya?
Cubalah.
Nak beli, tanak beli. Beli. Tak. Beli. Tak. Ok tak payah.
Takde duit. -_-
Sampai la tadi. Bila tiba-tiba Kak Ngah tanya, “Nak beli
buku ni?” Oho, maka dapat la saya
membaca buku tersebut. :)
Sebelum baca tu aku ada buat review dekat internet. Orang cakap,
buku ni harus dibaca dari helaian ke helaian. Kulit ke kulit. Jangan langkau
walau sehelai. Bimbang nanti tak faham cerita yang cuba disampaikan.
Maka dengan emosi yang bercampur baur, lepas koyakkan plastic
novel, aku pun belek kulit muka tu. Tahu apa aku jumpa? A note. Nota daripada
penulis.
“Saya ingin berpesan bahawa ada cerita-cerita di dalam novel
ini agak ‘disturbing’. Jadi saya ingin menasihati pembaca agar tidak terlalu
terpengaruh ataupun terkesan dengan cerita di dalam novel ini. Adalah ingin
diingatkan juga bahawa novel ini tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak di bawah
umur 13 tahun. Terima kasih.”
Aku kasi buku ni 3.5 la out of 5. Buku ni pakai font macam untuk buku budak-budak. Cerita dia memang related,
sangat related. Memang kena baca betul-betul. Aku mengaku, there’re certain
parts in this novel have successfully increased the rate of my heartbeat. Ada
certain part yang buat emosi aku terganggu. Haih -_-
Aku sarankan korang baca buku ni sendiri. Jangan terpengaruh
sangat dengan review yang korang baca dekat internet. Baca sendiri. Give it a
try, at least.
Aku bukan la penakut. Tapi aku bukan jugak sorang yang
berani. Just, aku suka cabar diri baca or tonton genre seram or thrill ni.
Lepas dah siap effect tu dah konfem ada, cuma lama tak lama tu bergantung pada
keadaan.
Novel ni tak berapa tebal pun. 226 muka surat je. Aku
habiskan dalam masa sejam sepuluh minit. Tupun duk berselang seli sambil minum
air and makan kek. *makan tu tetap ada, hehe :P
Hmm. Tapi kan. Sebenarnya. Aku. Kind of menyesal kot baca
buku ni.
Bukan meyesal sebab habiskan duit. Tapi menyesal sebab..
Aku dah terbaca buku ni. Padahal tajuk dia dah larang.
Sebab..
Aku pun dah terjebak dengan cerita ni.
……..
No comments:
Post a Comment