Thursday, 7 November 2013

It's Just A Game :P

Assalamualaikum.


Ehem ehem.
So, macam apa yang anda boleh lihat di atas tu.
Ehem.
Saya. Eh, aku. 
Nak. Nak confess.

EHH?

Haha. Takde makna okaii I nak konpes segala bagai. Meh sini nak kongsi cerita sikit. :D

Alkisah bermula nampak my senior, a guy senior's status update,

"My mum set me for a blind date."

Kita ni punyalah nak support dia kan  aku kan junior baik so aku pun like la. Tetiba dah like tu, tak sempat nak comment good luck ke hapeh tetiba dapat chatbox dari dia. Message kat chatbox tu camni,

Yay you fell into the trap. This is a game. The person who likes/comments has to choose one of the following to post on his/her timeline. 1. I've been in 42 relationships 2. I think I like someone, what should I do? 3. My mom arranged me for a blind date 4. Someone invited me to be a prostitute, what should I do? 5. I forgotten to wear my underwear today 6. I am gona confess, support me 7. I still love my ex Note: you should not explain anything, just post and leave it for at least a day. I am also a victim lol I know it's lame but c'mon, be a sport and do it! After all, u fell for it too!

And I was like,

Abg Fahmiiiiiii!
Hampes sungguh la dia ni -_-

So, benda tu game rupanya. Wuwuwu. Bila tengok, memang ah lame. Amende la main game cenghitu kan. Tapi bila fikir lagi, sambil duk buat research tu, best jugak kot kalau try post ni. Maka aku pun mengepost la benda alah tersebut. And...


Dan komen-komen seterusnya di bawah ituuu.
Bila aku forward message tu dekat mereka ini, punya lah sorang-sorang bising. Lol XD

Apakah yang anda harapkan dari saya wahai sayang sayang?
Me confessing?
Haish.
Takkan kot.
Pernah buat sekali aje dulu.
Tu pun nasib baik tepuk dua belah yang berbunyi.
Tapi tak ke mana jugak kan.
-_-

But one thing yang aku dapat daripada game ni, I do have such great friends! Insan yang sangat supportive! Yep, I know some of them tahu cerita dulu tu. Dan ada jugak yang tak putus-putus mendoakan supaya jumpa dengan insan yang sebenarnya. Siap ada yang text lagi, "Ain, you're not gonna confess to the same person, aren't you?" 

Haha. Tidak la sayang. Insyaallah tidak.

Well. Setakat ni still menikmati jalan hidup yang free. Serik? Hm. Tak jugak. Cuma malas. Tak nak dah? Hoi, hg hilang akal ka apa? Mesti la nakk. Tapi chill lah. Ikut je flow dulu. :)


Ada rezeki nanti adalah.
And oh, nanti I buat confession besar-besaran yek.
Sekali dengan attach kad jemputan lagi uolls!

Eheh. XD





Wednesday, 6 November 2013

First Step.

Assalamualaikum.

Satu dua menjak ni, aku rasa aku macam hilang sesuatu. Bila fikir semula, bila duduk sorang-sorang, sikit demi sikit aku mula nampak apa yang hilang tu. Dan jauh di sudut hati, aku tahu benda tu penting. Penting sangat.

Tapi.
Ego tu tetap ada. Iblis tu setia duk mengipas kiri kanan depan belakang.

Jangan, Ain.
Jangan buat.
Biarkan aje macam tu.
Kau kan dah biasa macam tu.
Dia tak penting.
Biarkan.
Biarkan.

Aku, aku rasa tak boleh biarkan.
Aku nak jugak buat.
Tapi.
Aku malu.
Malu.

Semalam,
Aku buat jugak.
Dengan hanya satu panggilan telefon.
Yang mana aku tahu dia pun tak menduga.

Tak apalah,
Yang penting aku dah mulakan langkah kan.

Dan yang lagi penting,
Aku rasa kekosongan tu dah mula terisi, semula.

:')


Saturday, 2 November 2013

Midsem Break :)

Assalamualaikum.

Well, here's the midsem break *finally.
Time flies so fast that I could hardly believe that we are now heading December. Got such hectic life here I tell ya. Ingenious enough to survive, huh? I guess so. Haha.

Should we look back on my promise regarding the great seniors during the orientation week, well I must say that hmm, the laziness just got on me. -.- But hey, how if I replace the Episod 3 with another entry? Bisa aja kan? :3

I won't be home for this break. Kenapa?
Sebab malas. Eheh.
Kali ni best sikit, sebab rumie pun tak balik jugak. :)

edited by kakfa
nak feeling dreamlike katanyaaa





Friday, 1 November 2013

Mind Your Words

Assalamualaikum.

So this entry is gonna be more or less about the people around us. The society, the friends, or even the family themselves.

Well, let me just get the thing clear.

Sopan sikit kalau nak bercakap tu boleh tak?
Boleh tak consider orang lain punya maruah?

I'm saying this for myself as well for others jugak.
It has been quite some times that I tengok kita senang sangat bagi impression dekat orang lain. I mean, yes, you are free to do so.

But then let's take the situation into a certain extent. Okay? I'll show you that it is not the matter of gender but it is the matter of the degree of acceptance. It's the humanity that you showed through both your action and words.

''Fuyoh, kau gemuk gila ah sekarang''
''Awat hg makin hitam weh''
''Muka kau teruk lah. Dengan minyak, jerawat, parut bagai''
''Pendek tetap pendek aje kau ni''
''Gigi kau memang camtu ek''

and so that is how it goes on..

Percaya kan. kalau benda ni you cakap dekat manusia yang waras, tak kisah dia lelaki mahupun perempuan, mesti dia akan terasa hati, betul tak? Even you guys kawan baik ke, saudara sedarah sedaging ke, dia akan tetap rasa something dekat hati dia tu. Sebabnya? Sebab dia ada hati, ada perasaan. Maka semua tu leads to the alter of emotion degrees.

As a matter of fact, yes, mungkin memang betul pun apa yang kau cakap tu. Memang dia gemuk, hitam, tak lawa and so forth. Yet, everybody has their dark side kan. Kau pun, tak payah bajet perfect sangat. Kita ni Allah cipta ada kurang lebih masing-masing. Elok je stabil dia. And I bet most of us tahu pasal tu kan. Maybe kau je kot, your brain's position tu tak berapa nak selari dengan lidah kau.

Cumanya, orang sekarang macam *macam okay* baik sikit. Terima je apa yang orang cakap. As those kind of so-called-manusia kata apa yang dorang cakap tu as gurauan, takde intention nak kutuk sekalipun, but then do they ever give a thought on keadaan orang yang dicakapkan itu? Heh, I guess the answer is no.

Aku bukan orang baik.
Aku pun pernah jugak cakap dekat orang.
Kadang-kadang tak sedar pun benda tu boleh terlepas.

Tapi.

At least aku try untuk jadi a better me.
Even mulut aku ni dia punya curiosity kekadang tak dapat nak dibendung.
Aku akan pergi cakap dekat orang tu sendiri.
Personally.
Bukannya depan semua orang.
Bukannya sesaje menggedik letak dekat komen social media.

Again.
Aku cakap ni based on my own experiences.
And others' as well.

Sebab aku pernah menunjuk.
Dan aku juga pernah ditunjuk.
Jadi aku faham.
Rasa gah mempermainkan orang lain.
Rasa pedih, malu, dipermainkan orang lain.

Kau ada otak.
Aku pun ada.
Kita sama-sama punya pendapat.
Punya pandangan.

Cumanya,
Fikir la dua, tiga, empat, lima kali sebelum cakap.
Sebelum tulis.

Sebab selalunya,
Kesan dari kata-kata mulut manusia ni,
Orang bawak sampai ke mati.

Bila dia dah mati.
Kau tak sempat nak mintak maaf.
Kan ke susah akhirat nanti.

*note to self as well.