Wednesday, 6 November 2013

First Step.

Assalamualaikum.

Satu dua menjak ni, aku rasa aku macam hilang sesuatu. Bila fikir semula, bila duduk sorang-sorang, sikit demi sikit aku mula nampak apa yang hilang tu. Dan jauh di sudut hati, aku tahu benda tu penting. Penting sangat.

Tapi.
Ego tu tetap ada. Iblis tu setia duk mengipas kiri kanan depan belakang.

Jangan, Ain.
Jangan buat.
Biarkan aje macam tu.
Kau kan dah biasa macam tu.
Dia tak penting.
Biarkan.
Biarkan.

Aku, aku rasa tak boleh biarkan.
Aku nak jugak buat.
Tapi.
Aku malu.
Malu.

Semalam,
Aku buat jugak.
Dengan hanya satu panggilan telefon.
Yang mana aku tahu dia pun tak menduga.

Tak apalah,
Yang penting aku dah mulakan langkah kan.

Dan yang lagi penting,
Aku rasa kekosongan tu dah mula terisi, semula.

:')


Saturday, 2 November 2013

Midsem Break :)

Assalamualaikum.

Well, here's the midsem break *finally.
Time flies so fast that I could hardly believe that we are now heading December. Got such hectic life here I tell ya. Ingenious enough to survive, huh? I guess so. Haha.

Should we look back on my promise regarding the great seniors during the orientation week, well I must say that hmm, the laziness just got on me. -.- But hey, how if I replace the Episod 3 with another entry? Bisa aja kan? :3

I won't be home for this break. Kenapa?
Sebab malas. Eheh.
Kali ni best sikit, sebab rumie pun tak balik jugak. :)

edited by kakfa
nak feeling dreamlike katanyaaa





Friday, 1 November 2013

Mind Your Words

Assalamualaikum.

So this entry is gonna be more or less about the people around us. The society, the friends, or even the family themselves.

Well, let me just get the thing clear.

Sopan sikit kalau nak bercakap tu boleh tak?
Boleh tak consider orang lain punya maruah?

I'm saying this for myself as well for others jugak.
It has been quite some times that I tengok kita senang sangat bagi impression dekat orang lain. I mean, yes, you are free to do so.

But then let's take the situation into a certain extent. Okay? I'll show you that it is not the matter of gender but it is the matter of the degree of acceptance. It's the humanity that you showed through both your action and words.

''Fuyoh, kau gemuk gila ah sekarang''
''Awat hg makin hitam weh''
''Muka kau teruk lah. Dengan minyak, jerawat, parut bagai''
''Pendek tetap pendek aje kau ni''
''Gigi kau memang camtu ek''

and so that is how it goes on..

Percaya kan. kalau benda ni you cakap dekat manusia yang waras, tak kisah dia lelaki mahupun perempuan, mesti dia akan terasa hati, betul tak? Even you guys kawan baik ke, saudara sedarah sedaging ke, dia akan tetap rasa something dekat hati dia tu. Sebabnya? Sebab dia ada hati, ada perasaan. Maka semua tu leads to the alter of emotion degrees.

As a matter of fact, yes, mungkin memang betul pun apa yang kau cakap tu. Memang dia gemuk, hitam, tak lawa and so forth. Yet, everybody has their dark side kan. Kau pun, tak payah bajet perfect sangat. Kita ni Allah cipta ada kurang lebih masing-masing. Elok je stabil dia. And I bet most of us tahu pasal tu kan. Maybe kau je kot, your brain's position tu tak berapa nak selari dengan lidah kau.

Cumanya, orang sekarang macam *macam okay* baik sikit. Terima je apa yang orang cakap. As those kind of so-called-manusia kata apa yang dorang cakap tu as gurauan, takde intention nak kutuk sekalipun, but then do they ever give a thought on keadaan orang yang dicakapkan itu? Heh, I guess the answer is no.

Aku bukan orang baik.
Aku pun pernah jugak cakap dekat orang.
Kadang-kadang tak sedar pun benda tu boleh terlepas.

Tapi.

At least aku try untuk jadi a better me.
Even mulut aku ni dia punya curiosity kekadang tak dapat nak dibendung.
Aku akan pergi cakap dekat orang tu sendiri.
Personally.
Bukannya depan semua orang.
Bukannya sesaje menggedik letak dekat komen social media.

Again.
Aku cakap ni based on my own experiences.
And others' as well.

Sebab aku pernah menunjuk.
Dan aku juga pernah ditunjuk.
Jadi aku faham.
Rasa gah mempermainkan orang lain.
Rasa pedih, malu, dipermainkan orang lain.

Kau ada otak.
Aku pun ada.
Kita sama-sama punya pendapat.
Punya pandangan.

Cumanya,
Fikir la dua, tiga, empat, lima kali sebelum cakap.
Sebelum tulis.

Sebab selalunya,
Kesan dari kata-kata mulut manusia ni,
Orang bawak sampai ke mati.

Bila dia dah mati.
Kau tak sempat nak mintak maaf.
Kan ke susah akhirat nanti.

*note to self as well.



Wednesday, 16 October 2013

19

Assalamualaikum.

Uiks. Sebulan dah tak jengah blog ni. Tak berjemah kat sini. Ada readers yang merindui cerita beta kah? Ceh, bajet je orang baca kan.  -_-

So,
14.10.20143 haritu, cukup lah sembilan belas tahun bernafas atas muka bumi ni. Alhamdulillah. Allah bagi kesempatan untuk teruskan hidup ni lagi. Dulu, selalu jugak fikir,

‘eh, sempat tak aku ni sekolah menengah?’
‘macam mana la rasa jadi cukup umur 18 tahun tu kan’
‘agak-agak dapat tak aku ni masuk universiti nanti?’

Syukur alhamdulillah tiga soalan tu dah terjawab. Dah lepas pun tiga-tiga fasa tu. J

Pengalaman turning officially 19?


Got vanilla ice-cream cakeeee! Omg omg! Bayangkan, VANILLA ice-cream cake. VANILLA tu. Pergh!  Memang sedap! Thanks to Kak Ngah sebab buat ala-ala mini surprise for me. Time hujan pulak tu kan datang rumah ain bawak cake. Atototo. Shuweet lah awak :3

Tadaaa ^_^

ni, anak2 angah. lagi sorang insyaallah tahun depan :)

maka bermula lah scene ituu...




Nampak tak kesungguhan nak potong kek tu? Lol. XD

Tapi ni actually dlm lepas isyak 13/10. But it's okay. Dalam Islam kan masa maghrib tu yang pertukaran hari. Kira dah masuk 14/10 lah :) 

Besoknya tu, siang 14/10, keluar dengan my DZAEC. It's been so long since we last lepak kan. I mean, lepak yang betul-betul duduk sekali, borak sekali, ketawa sekali. I miss those moments. I really do. :')

Syikin sponsor kereta, while me, Zieha and Leyqa duduk menumpang. Hehew. Thank youu babes for the day. Even ada krik krik moments jugak kan, tapi apedehal. Kita kan DZAEC :')

Lepas ni Syikin nak merantau tempat orang. Jauhhh di sana. Hati-hati sayang. Jangan lupa balik sini. Apepun, sini tanah kita, tempat kita. :) Zieha pulak, insyaallah habis STPM nanti nak tunggu panggilan uni kan. Aku tunggu kau dekat unis world ni. :) Leyqa, dah nak masuk part 4 untuk diploma dia. Wahh, senior tu. Hehe :) Dayang, tengah siap-siap nak makan nasi minyak. Dia yang paling awal dalam DZAEC ni. Ihiks. Rindu semua. :')

Sorry, I cakap pasal DZAEC selalu over. :3

Oh ya, lepas tu before balik UKM pun dapat ice-cream cake lagi. VANILLA chocolate ice-cream cake dari Kak Uda. Tu kalau chocolate tu tukar CAPPUCCINO mesti lagi ohsem. Haha, demand pulak kann. Well, betul la angah uda ni adik beradik. Taste sama. Dua-dua kasi ice-cream cake. Dua-dua ada perisa VANILLA. But takpeee, ain sukaaaaa :3 Thank you thank you thank youuuu! :*

So, what else? Hmm. Malam before 14/10 tu rasa nampak je scene Ibu wish my birthday. My birthday yang last dengan Ibu. Masa tu cukup 17 tahun. Ibu dekat bawah, tanda kertas exam. Me dalam bilik dekat atas. 12 midnight, Ibu ketuk pintu, ucap selamat hari lahir, lepas tu Ibu peluk, cium, and after that duduk dekat my katil. So Ibu ulang cerita pengalaman 1994 tu. Macam mana gembiranya rasa nak sambut kelahiran her precious princess ni. Proses kelahiran tu semua. How time flies that Ibu rasa macam baru semalam aku belajar berjalan but that night rupanya aku dah jadi SPM candidate. Then Ibu pesan SPM nanti buat betul-betul. Ibu pesan pasal nak cari kawan yang macam mana. Ibu pesan pasal macam mana nak tempuh hidup lepas dah habis sekolah nanti. Ibu pesan macam mana nak cari bakal suami nanti. Lepas dah habis pesan tu Ibu suruh tidur sebab dah lewat sangat. Again, she put me in her arms, selimutkan aku, cium dekat dahi, and masa nak tutup pintu tu, she smiled to me and said, ''Happy Birthday, sayang. Ibu sayang adik sangat-sangat. Goodnight. Assalamualaikum.''

Yeah, I stared at the door. The same door. But Ibu wasn't there anymore. Allah, rindunya. :')

Tahun ni tarikh hari lahir tu jatuh sehari sebelum Aidil Adha. Hari yang umat Islam disarankan berpuasa. :)

Thanks to those yang ingat. Thanks for those beautiful wishes. Insyaallah, umur ni takkan dipersia begitu sahaja. Insyaallah, I'll be a better me. You guys jugak, moga sama-sama kita ke arah kebaikan. :)

These are some of the beautiful messages :)

'' Kepada Aine-Maizurie, maafkan saya sebab lambat kasi wish :( HAPPY BIRTHDAY WAHAI BUDAK YANG BAIK, PENDIAM DAN ACTIVE. May Allah bless you always and through out your life. Domino's jgn dilupakan. I know that you've been through many things but hey, you though and that is admirable :) live life the fullest ay? Thank you for everything and Selamat Hari Raya AidilAdha :D ''

" AIN, HAPPYYY BIRTHDAYYY MAKCIKKKKKK! Selamat hari jadi, selamat hari raya! Haha. I wish u all the best in ur life. N byk2 kan doa arini. Ibu ain lahirkan a warrior not a normal human ni..haha sorry present tade la. Jauh.haha "

'' Assalamualaikum.. Buat Aine-Maizurie tersayang,,adik awak nii nk ucap Happy Birthday yg dh pun mencecah ke-19 hari ini. Hewhewhew.. Adik la pangkatnye sbb i lahir disember kan.. Haa.. Ain fina mintak maaf sgt.. Fina lambat wish.. Fina doa kn Ain happy selalu.. Sentiasa dirahmati dan diberkati Allah.. Sentiasa berjaya dlm ape yg ain ceburi.. Dpt jd great english teacher one day n x lupa semoga ain ditemukan dgn seorang pasangan hidup yakni jodoh yg benar2 tulus dan mampu pimpin Ain ke syurga Allah.. Fina syg Ain.. Jgn sedih2 ye.. Jaga diri selalu.. Lw ada apa2 bgthu la fina ye.. Lw fina xangkat fon jgn merajuk.. Nnt fina mst akn call balik.. In sha Allah.. Hehe. K syg.. Sweet  19 dear.. Love,, Fina <3 <3 <3 ''

'' Epy bezfay to u,, Epy bezday to aine,, Epy bezday to u... Selamat ary lahir shabat.. Smoga pnjg umo n dmrhkn rezeki.. I mizz u so damn much!!! Tlus eklaz : zulaikha ''

'' Sanah Helwah sygs! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, sentiasa diberikan kesihatan yang baik, sentiasa kuat hadapi ujian-Nya, sentiasa dilindungi oleh Allah dan dipermudahkan segala urusan dunia akhirat. Ameen. :) muahh cket :* hehe. ''

'' hepy bufday to u.. hepy bufday to u.. hepy bufday to aine montel.. hepy bufday to u.. semoga sahabatku murah rezeki.panjang umur..yang paling penting..semoga persahabatan kita dirahmati Allah dan kekal selamanya..terima kasih kerana sudi jd kawan aku selama ni. kaulah kawan yang terbaik ! i love u so much!''

'' Dear ainnnn sayangku <3 sayang selamat hari lahir. Ya Allah rindunya kat ainnnn. Wuwu. Sweet 19 sayang. Mudah2an Allah permudahkan semua urusan dunia akhirat+berjaya di sini dan di sana ;) sayangg ainnn sampai syurga <3 ''

'' Happy bday to youuu happyy bdy to youuu! Happy bday my soul buddy ! Happy bday to you dearest aine ! May be blessed always love you my soulmate ! :* ''


Thanks. <3