Assalamualaikum.
So, it has been months since my last entry here. Okay lupakan
kejap nak catch up cerita apa semua tu, harini I wanna share something
specific.
“Ain bila lagi?”
Straight to the point, soalan tu bukanlah merujuk kepada
bila aku nak habis belajar. Instead, soalan tu merujuk pada bila aku nak
tamatkan zaman bujang. Senang cakap, kahwin.
Rasanya cepat atau lambat memang semua orang akan dapat
soalan ni jugak kan. Cumanya kalau macam aku, soalan ni dah ditanya sejak aku
umur 19 tahun. I am currently 22 years and 3
months old, and yes, masih lah menghadap soalan tu.
Apa je yang belum buat. Diam sudah, senyum sudah,
menjawab pun sudah. Tapi biasalah orang kita, mana mungkin akan berhenti.
Nanti, kalau dah lepas itu pun akan ada soalan-soalan lain yang menyusul. Faham
sangat dah.
Kalau tak ada angin tak ada ribut pun boleh orang
bertanyakan soalan tu, apatah lagi bila ada majlis bertunang dan kenduri
kendara. Kau rasa?
Entah ya. Mungkin sebab aku anak tunggal kot. Masing-masing
membayangkan oh nanti mesti majlis nak buat besar-besaran kan. Ain kan sorang
je, banyaklah duit boleh guna untuk meraikan ye tak. Sedara mara pun tak sabar nak
tengok Ain nikah, Ain naik pelamin, tak sabar sangat nak tengok Ain ada teman
hidup.
Ye. Tahu niat yang bertanya tu baik. Tapi..
Hidup ni tujuannya bukan untuk nikah semata-mata tau. Tipu
kalau kata aku takda rasa nak bernikah. Tipu kalau kata aku tak cemburu
langsung bila tengok kawan, lebih lagi kawan yang sebaya dah ada suami, dah
anak, dah ada keluarga sendiri. Tipu, semua tu tipu.
Aku ni belajar pun belum habis. Thesis pun baru siap
separuh, itupun entah banyak ke sikit ke pembetulan kena buat nanti belum tahu
lagi. Belanja pun masih lagi bergantung dengan abah walaupun ada kerja
sambilan. Tu belum kira mana nak bayar balik ptptn tu ha. Kemahiran pun belum
semua yang betul-betul pandai lagi. Insyaallah lah nanti suami tu tidaklah mati
kelaparan, rumah pun tidaklah macam tongkang pecah tapi still…jadi isteri bukan
itu je. Banyak benda lagi kena sedia. Emosi lagi, rohani lagi, fizikal lagi, ekonomi
lagi. Komitmen pada diri sendiri, tanggungjawab pada keluarga pun banyak lagi.
Bagi yang dah lepas mesti cakap alaaaa alasan je semua tu.
Kau kena ingat Ain, ikut islam rezeki tu datang lepas nikah. Bukan tunggu
rezeki dulu baru nak nikah. Kau kata tanggungjawab, kalau kau nikah pun tetap
kena jalankan jugak. Lagi best, kau dah share tanggungjawab tu, takdelah
sorang-sorang.
Okay taknak gaduh dengan orang yang dah selamat. Sebab apa?
Sebab jalan kita tak sama. Cerita kau dengan cerita aku lain. Ujian kau dengan
ujian aku lain. Jadi kita masing-masing tak ada hak nak judge keadaan orang. So
dia jadi macam pointless, buat penat je.
Lepas tu, soalan kedua cenggini bunyi dia,
“Dekat UKM tu takde
ke dapat sesiapa? Luar UKM pun boleh jugak awak cari ha. Baik cari cepat, nanti
dah habis belajar susah tau nak dapat dah”
Serius, aku taktahu lah ideologi mana yang korang ikut
sampai boleh berpegang dengan statement tu. Kalau tak fikir hormat, eii rasa
nak ketuk ketuk je kepala tu, bagi memikir tu biar logik sikit. Tayah desperate
sangat doh. Kau sembang oh nikah tu bagus oh nikah tu sunnah tapi kau macam tak
percaya takdir, macam tak yakin dengan janji Dia.
Aku bukan jenis yang official kan something. Well obviously I’m
talking about relationship here. Jenis aku, cukup untuk aku dengan dia tahu
hati masing-masing, jelas dengan rasa tu. Berkawan, dalam masa yang sama kita
menjaga lebih sikit daripada kawan biasa. Mudah-mudahan, kalau ada rezeki ada
jodoh, nikah. Simple.
Itu cara aku. Ada orang dia tak boleh macam tu. Munafik
katanya (hiks maafkan saya) sebab kau acah macam tak ada apa apdahal kau
bercinta jugak. Bahaya katanya bila kau tak letak nama pada hubungan tu sebab
apa-apa jadi, kau nak claim apa pun tak boleh. Sebab kau cuma kawan biasa.
Risiko tinggi sebab hati orang berbolak-balik. Janji setia, kasih sayang dia
semua tu boleh hilang macam tu je.
Well..macam aku cakap tadi. Setiap orang ada cara
masing-masing.
Aku pun dah taktau aku merepek apa sebenarnya ni. Elok
kiranya kita berhenti setakat ini haha.
Semoga urusan kita dipermudah, walau apa juga sekalipun.
Tahniah kepada yang dah selamat ataupun yang bakal
melangsungkan tu, rezeki korang sampai awal. Gerak dulu kay, insyaallah ada
rezeki nanti aku follow belakang hee :3